77 Cabang Iman | 25 July 2019


Ustaz Hanafi | Masjid Tengku Mizan, Kerteh




Cabang Iman #11: Wajib Takutkan Allah


  • Allah Maha Suci dari sifat-sifat kekurangan.
  • Sifat Jalal: Sifat KeagunganNya. Bila manusia menghayati sifat ini maka timbul rasa takut.
  • Sifat Jamal: Sifat KehebatanNya. Ianya akan timbul perasaan cinta dalam hati manusia.
  • Diwajibkan utk kita takut kepada Allah.
  • Kebiasaannya orang beriman itu ada sifat taqwa kepada Allah.
  • Sifat takut orang beriman itu ada tinggi ada rendah.


Takut kepada Allah:
  • Dapat pahala.
  • Suatu nikmat Allah kepada kita yang tak boleh dilupa.



  • Dinyatakan dalil dari Quran & Hadith menyatakan bahawa wajibnya takut kepada Allah.
  • Ada orang, memang rasa takut tapi tak menghadirkan perasaan itu dalam hati.
  • Bukti tiada perasaan takut: Dia tak heran pun hukum hakam akan apa yg dia buat.


Macam mana nak lahirkan sifat takut?

Kenal Allah Taala!
  • Perasaan takut hadir ketika kita kenal sesuatu.
  • Cth: Budak takkan takut kpd ular jika budak tu tak kenal ular yang keluarkan bisa.
  • Orang yang tak takut Allah, dia tak kenal Allah.
  • Cara banteras jenayah: Kenalkan hamba itu kepada Allah.
  • Ketika kenal Allah Taala, dia akan rasa malu dan cinta serta memuliakan Allah.
  • Cara nak kenal Allah? Banyakkan berfikir tentang ciptaan Allah. Bila berfikir cthnya penciptaan langit dan bumi, dia akan merasa malu kepada Allah, dan yakin bahawa Allah ciptakan sesuatu bukan sia-sia.

Hadis dari Adi bin Hatim r.a


  • Perkara yang boleh hilangkan dosa seseorang adalah SEDEKAH.
  • Nabi S.A.W pernah bersabda mafhumnya: Sedekah dapat memadamkan dosa seseorang seperti air memadamkan kepada api.
  • Sedekah benteng kita dari neraka Allah.
  • Sedekahlah walau dengan separuh biji kurma.


Hadis dari Anas r.a


  • Zaman kita sekarang, banyak ketawa dan kurang menangis.
  • Memang patut orang yang berdosa itu menangis.


Cabang Iman #12: Wajib Menaruh Harapan Kepada Allah

Manusia kena sentiasa berada dalam 2 keadaan ini:
  • Takut (takut akan dosa yang kita buat)
  • Mengharap (berharap agar Allah ampunkan dosa kita)




Al-Isra (Ayat 57)
  • Orang yang kenal Allah, takut dan berharap akan silih berganti dalam hati.
  • Semakin kenal kepada Allah, semakin kuat silih berganti antara 2 perasaan itu.
  • Ketika kita banyak kesalahan, sungguh Allah Maha Pengampun (sangat suka memberi maaf) kepada hambaNya.


Az-Zumar (Ayat 53)
  • Sentiasa ingat bahawa pintu pengampunan Allah itu lebih besar dari dosa/kezaliman yang kita lakukan.
  • Allah memanggil hambaNya yang berdosa dengan penuh kasih sayang, ianya tidak sama dengan sikap kita bilamana bertemu dengan orang yang berbuat zalim pada kita.


An-Nisa (Ayat 48, 116)
  • Dosa syirik, jika dia mati sebelum dia taubat maka Allah tak ampunkan.
  • Jika dia bertaubat sebelum dia mati, maka in shaa Allah akan diampunkan oleh Allah.
  • Jangan pandang remeh akan kebaikan yang kecil. Kita tak tahu manakah kebaikan yang boleh mendatangkan rahmat Allah kepada kita.
  • Cth: Kisah wanita pelacur Bani Israel bagi minum kpd anjing. Lalu Allah rahmati dia dan dimasukkan dalam syurga.


Hadis dari Abu Hurairah r.a


  • Jika seorang Mukmin tahu azab Allah maka tiada seorang pun inginkan syurgaNya. Jika seorang kafir tahu rahmat Allah, maka tiada seorang pun akan putus asa daripada syurgaNya.
  • Makna ungkapan mukmin itu: dia sedar akan banyak dosa yang dia lakukan. Jadi rasa tak layak masuk syurga Allah.
  • Jika terlanjur buat maksiat, bertaubatlah kepada Allah dan berharap agar Allah terima taubat kita.


Hadis dari Jabir r.a


  • Bersangka baik kepada Allah.
  • Yakin bahawa Allah akan ampunkan dosa-dosa kita.


Hadis dari Abu Hurairah r.a


  • Allah Taala akan bersamanya bagi mereka yang sentiasa mengingatiNya.
  • Maksud 'bersama' itu: Menurunkan pertolongan dan urusan dipermudahkan.




Rujukan: Kitab 77 Cabang Iman (karangan Imam Qazwini As-Syafi')


Wallahualam.



Post a Comment

0 Comments