Amalan Utama Di 10 Awal Zulhijjah | 26 July 2019


Ustaz Mahadi Nawi | Masjid Tengku Mizan, Kerteh


Tajuk Khutbah: Amalan Utama di 10 Awal Zuhijjah

Intro
  • Marilah kita sama-sama bertaqwa kepada Allah, patuhi segala perintahNya, baik yang fardu mahupun yang sunnah, serta jauhi segala laranganNya.
  • Mudah-mudahan dengan asbab ini kita peroleh kejayaan cemerlang di dunia dan di akhirat in shaa Allah.


Amalan Utama di 10 Awal Zuhijjah

  • Bulan Zulhjjah (10 hari pertama) terkandung pelbagai kelebihan yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk hambaNya, sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya.
  • 10 hari pertama ini mempunyai keutamaan tertentu di dalam konteks beribadah kepada Allah.

Dalil:
  • Surah Al-Fajr (Ayat 1 & 2)
  • Hadis Nabi S.A.W mafhumnya: "Hari yang paling utama di dunia adalah hari-hari 10 Awal Zulhijjah."
  • Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: "Sebab kelebihan 10 hari Awal Zulhijjah ialah kerana terhimpun padanya segala ibu ibadah, iaitu solat, puasa, sedekah dan ibadah haji."

Antara amalan yang diutamakan 10 hari Awal Zulhijjah ini ialah:
  • Berpuasa sunat 10 hari pertama Zulhijjah.
  • Perbanyakkan bertahlil, bertakbir dan bertahmid pada hari tersebut.
  • Qiamullail (bangun malam), kerana ianya adalah amalan para salafus soleh.

Digalakkan untuk pertingkatkan amalan berikut:
  • Taubat kepada Allah, yakni taubat yang sungguh-sungguh.
Surah At-Tahrim (Ayat 8)

  • Mendirikan solat fardu secara berjemaah di masjid-masjid.
  • Perbanyakkan amalan sunat.
  • Perbanyakkan sedekah, baca Al-Quran dan berdoa kepada Allah.


 Surah At-Taubah (Ayat 105)

[Sumber: E-Khutbah Negeri Terengganu]

Wallahualam. Moga beroleh manfaat!

Post a Comment

0 Comments