Tafsir Al-Quran | 15 July 2019

Ustaz Zulkhairi Ngah | Masjid Tengku Mizan, Kerteh



Surah An-Nisa (Ayat 63-66)

63
  • Sambung daripada ayat yang sebelumnya (iaitu berkenaan orang munafik. Mereka dpt kebenaran tapi tidak mengamalkannya)
  • Flashback ayat2 sebelumnya (diceritakan bagaimana orang munafik itu akan sentiasa menghalang orang lain untuk patuh pada hukum Allah Taala)
  • Ada pada zaman kita sekarang yg dakwa mereka ini beriman tapi tidak yakin akan janji serta perintah Allah dan Rasul. Justeru, menjadi fitnah besar kepada kehidupan hari ni.
  • Allah beri garis panduan kpd orang beriman, bahawa Allah tahu akan isi hati orang munafik. Mereka akan tetap tolak kebenaran.
  • Maka hati mereka itu ada penyakit namun tidak mahu merawatnya. Sampai satu tahap Allah tutup hati mereka utk terima kebenaran setelah banyak sekali peringatan diberikan.
  • Mereka claim mereka buat kebaikan. Namun hati mereka penuh dengan kebencian kpd Allah dan Rasul.
  • Mereka ambil konsep Matlamat Menghalalkan Cara. Dan ada juga mereka yang terus menolak syariat yang dinyatakan dalam Al-Quran & Sunnah.
Contoh:
  • Tafsiran Rahmatan Lil Alamin (Rahmat bagi Sekalian Alam) kini disalah erti demi kepentingan mereka sendiri.
  • Bangkitkan semula kemungkaran yg berlaku zaman umat terdahulu spt LGBT.

  • Bila sesuatu ketetapan itu diwajibkan maka WAJIB KITA IKUT DAN PATUH.
  • Penyakit orang munafik: Kewajipan yg ditetapkan tak ikut selera nafsu/logik akal mereka. Maka jatuhlah moral kehidupan manusia dan hilang keberkatan hidup.
  • Berpalinglah daripada segala perkara yang boleh membawa fitnah kepada kita.
  • Bila jumpa dgn mereka, hendaklah kita tetap nasihat dengan hikmah & bijaksana. Bertuturlah kata2 yang beri kesan kepada mereka kerana orang munafik ini masih ada kalimah tauhid dlm hati mereka.
  • Elakkan daripada pertumpahan darah.


64
  • Wajiblah taat kepada Rasul utusan Allah kerana mereka ini di bawah lindungan dan bimbingan Allah Taala.
  • Jangan redha akan kemaksiatan yg berlaku. Benci akan maksiatnya tapi bukan individunya.
  • Buruk manapun orang Islam, jika beri peringatan kat mereka, bila2 masa shj mereka boleh bertaubat dan kembali beriman.
  • Gunalah strategi yang bijak, yakni tidak melibatkan pertempuran darah.
  • Jika kita yakin akan janji Allah dan Rasul setelah kita usaha/ikhtiar maka serahkan selebihnya kpd Allah.
  • Allah Maha Penerima Taubat. Dan kita hanya boleh judge luaran shj. Kita langsung takde hak untuk hukum isi hati manusia.


65
  • Kekallah kita dengan prinsip Islam walau di mana pun.
  • Janganlah kita mudah tumbang dengan segala agenda/pemikiran jahat spt sekular, liberal dsb.
  • Pentingnya utk kita kembali kpd hukum Allah, untuk buktikan bhw kita ada prinsip tersendiri.


66
  • Allah beri banyak keistimewaan kpd umat Nabi S.A.W. Masih diberi peluang kpd kita.
  • Umat terdahulu contohnya, ketika mana kebanyakan umat Bani Israel sembah lembu, Allah turunkan azab serta-merta.
  • Maka Allah berikan tanggungjawab kpd kita untuk laksanakan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar pada akhir zaman ini.
  • Jaminan Allah yang dijanjikan kpd mereka yang kembali beriman, melaksanakan ketaatan dan segala syariat Allah, akan diberikan ganjaran pahala yang amat besar.


Wallahualam.


Post a Comment

0 Comments