MTDM | 12 July 2019

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Tafsir Quran | Riyadhus Solihin | Syarah Hadis Jibril




Tafsir Quran (Al-A’raf Ayat 73-79)

73
  • Bila dengar kisah Al-Quran, perlulah kita ambil perhatian terhadap siapa yang menceritakan kisah tersebut.
  • Diceritakan kisah2 terdahulu atas tujuan tertentu dan bukan sekadar hiburan. Banyak kisah yang disebutkan jadi pengajaran buat kita semua.
  • Allah ceritakan dlm Quran kisah2 terbaik.
  • Cth: zaman kita & zaman Firaun, diikutkan langsung takde kaitan zaman kita dgn zaman Firaun.
  • Lalu Allah selamatkan jasad Firaun supaya jadi pengajaran dan peringatan buat orang yang ada sifat sombong.
  • Allah masih menunjukkan rahmatNya kepada orang yang ingkar kepadaNya dengan diutuskan para Rasul.
  • Kekufuran itu muncul setelah keimanan. Mula dari Nabi Adam dan generasi bawahnya, semua pada awalnya beriman kepada Allah.
  • Kini ulama pewaris para Nabi setelah Baginda S.A.W. Dan tugas dan peranannya sama. Cuma ulama tidak dikurniakan wahyu.
  • Tsamud asalnya dari keturunan Sam. Allah utuskan seorang Rasul drpd saudara kaum Tsamud sendiri iaitu Nabi Soleh.
  • Hikmah Allah utuskan para Rasul dalam kalangan bangsa sendiri agar supaya Rasul itu mudah menawan hati kaumnya.
  • Sebagai hamba yang beriman, semua ciptaanNya adalah tanda keagungan Allah Taala, walau hanya kita melihat haiwan. Apatah lagi manusia.
  • Semua manusia hakikatnya bersaudara kerana asalnya manusia semua dari Nabi Adam.
  • Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu lebih daripada kamu mencintai diri sendiri.
  • Ada ikatan persaudaraan atas dasar Islam, dan ada juga ikatan persaudaraan atas dasar kemanusiaan.
  • Nabi Soleh panggil kaumnya dgn panggilan kasih sayang. Menunjukkan bahawa adanya aturan dalam berdakwah. Perlunya ada wawasan ketika berdakwah.
  • Jika nampak orang yang minum arak, tidaklah kita panggil mereka “Wahai syaitan, wahai fulan celakalah kamu!”, yakni panggilan yang kasar. Sebaliknya kita nasihat mereka dengan penuh hikmah.
  • Bukanlah tugas/kuasa kita mengubah hati orang untuk terima apa yang kita sampaikan. Kita tak berhak untuk menghukum kepada orang.
  • Semua tempat yang dimurkai oleh Allah, seboleh mungkin elakkan diri kita daripada berada di situ. Lalulah tempat tersebut dalam keadaan menangis/wujudkan perasaan takut.
  • Kaumnya mencabar Nabi Soleh agar keluar unta dari sebuah batu yang besar.
  • Maka Nabi Soleh solat 2 rakaat lalu keluarlah unta dari batu tersebut dan perut unta tersebut bergoyang tanda adanya janin.
  • Ketua dari kaum Tsamud beriman dan ramai yang tidak beriman. Menunjukkan betapa berharganya hidayah Allah Taala.
  • 9 orang kaum Tsamud akhirnya sembelih unta Nabi Soleh disebabkan hawa nafsu mereka.
74
  • Menunjukkan hebatnya teknologi zaman dulu, boleh buat rumah atas gunung, bina banyak istana dsb.
  • Lalu adakah zaman kita sekarang boleh buat demikian?
75
  • Suatu pembunuhan karakter terhadap Nabi Soleh daripada kaumnya, “Benarkah dia ini utusan Allah? Benarkan dia ini orang alim?”
76
  • Orang yang sombong lalu berkata, Sesungguhnya kami ingkar kepada kamu wahai Nabi Soleh.
77-78
  • Lalu disembelihnya unta Nabi Soleh dan cabar Nabi Soleh agar diturunkan azab.
  • Nabi Soleh berkata kepada mereka, tunggulah selama 3 hari.
  • Setelah itu berlaku suatu goncangan/gempa yang dahsyat dan menghancurkan seluruh tempat tinggal/khazanah hebat mereka.
79
  • Sesungguhnya tugas Nabi Soleh hanyalah menyampaikan dan pengakhiran kaumnya ditentukan oleh Allah.

Riyadhus Solihin (Keutamaan Solat Dhuha, Bilangan Rakaat & Anjuran untuk Selalu Mengerjakannya)

Hadis #1

  • Berpuasa 3 hari setiap bulan adalah sunnah. Tidak kisah jika asing atau berterusan 3 hari.
  • Afdhal untuk berpuasa Hari Putih (13,14 & 15) setiap bulan.
  • Min rakaat Dhuha: 2
  • Max rakaat Dhuha: Ada yang kata 8 dan ada yang kata 12
  • Waktu Syuruk: Matahari baru terbit
  • Waktu Isyraq: Matahari terbit 4 darjat ke depan (4 darjat: 16 mins setelah waktu Syuruk)
  • Waktu antara Syuruk & Isyraq, tak boleh ada solat sunat.
  • Masuk saja waktu Isyraq, maka bermulanya waktu Dhuha!
  • Afdhal buat solat Dhuha: setelah cahaya matahari telah terbentang luas.
  • Habis waktu Dhuha: ketika matahari tegak berada di atas.
  • Masuk waktu Witir: Selepas Solat Isyak
Hukum Solat Witir:

  • Imam Abu Hanifah: WAJIB
  • Imam Syafie & Jumhur Ulama : Sunnah yang sangat digalakkan
Buat solat witir ada 2 keadaan:

  • Pada penghujung waktu malam
  • Sebelum tidur (setelah solat Isyak)
Habis solat witir ada 2 pendapat:

  • Mula terbit fajar
  • Di waktu subuh selagi belum buat Solat Subuh
Hadis #2 (Riwayat Muslim)



Hadis #3 
(Riwayat Muslim)



Hadis #4 (Mutaffaqun Alaih)





Syarah Hadis Jibril (Takut Serta Pengharapan)

  • Takut & harapan: Kedua-dua ini merupakan amalan hati
  • Amalan ada 2 bahagian: amalan tubuh badan dan amalan hati
  • Tubuh badan: Lihat, dengar benda baik, menolong orang lain dsb.
  • Hati: Ikhlas, tawaduk, zuhud, husnudzon (baik sangka), takut kpd Allah, mempunyai harapan.
  • Amalan hati yg tak baik: Riak, sombong, rakus, tak takut kpd Allah, putus asa.
  • Untuk wujud rasa takut kpd Allah, perlu kita kenal Allah serta keagunganNya.
  • Bertafakur baca Quran akan lahir rasa takut kpd Allah. Diceritakan nikmat azab dari Allah Taala.
  • Berharap, agar hilang rasa putus asa. Putus asa akan menghampakan seseorang.
  • Jangan ukur banyaknya dosa kita berbanding dengan besarnya rahmat Allah kepada kita.
Dalil:
  • Surah Al-A’raf (Ayat 99)
  • Surah Yusuf (Ayat 87)
  • Hadis Qudsi


Wallahualam.


Post a Comment

0 Comments