MTDM | 19 July 2019


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Tafsir Quran | Riyadhus Solihin | Syarah Hadis Jibril




Tafsir Quran (Al-A’raf Ayat 80-84)

80
  • Dalam kisah yg lalu, diceritakan kisah Luth dan kaumnya.
  • Nabi Luth satu zaman dengan Nabi Ibrahim.
  • Disebutkan Nabi Soleh sebagai saudara mereka (kaum Tsamud).
  • Sebaliknya Nabi Luth bukanlah diutus dalam kalangan kaum sendiri.
  • Beriman dengan Nabi Ibrahim, yang berhadapan dengan Namrud.
  • Nabi Luth diutuskan kepada kaum Saa’dum.
  • Setiap nabi yg diutus itu, memanggil/menyeru kaumnya dengan bahasa dakwah yang sangat dihormati/professional. (Dipanggil dengan bahasa lembut spt “wahai kaumku”).
  • Contoh lain: Nabi S.A.W pernah tulis surat kepada penguasa Rome iaitu Hercules dengan bahasa dan panggilan yang lembut.
  • Mengajarkan kpd kita bagaimana kita berinteraksi dengan orang kafir dengan penuh etika.
  • Faahisyah: maksudnya apa jua perbuatan yang amat jijik dan kotor (bukan disebut sebagai“zina” dalam ayat ini).
  • Dinyatakan ayat ini merupakan suatu pertanyaan yang menunjukkan peliknya kejadian tersebut, yang umat sebelumnya tak pernah buat ketika itu.
81
  • Berbicara tentang syahwat dan nafsu.
  • Tidak hanya terhad kpd memuaskan nafsu, bahkan menyatakan tujuan mengapa Allah ciptakan hawa nafsu kepada manusia.
  • Wujudnya hawa nafsu/syahwat untuk meneruskan generasi demi generasi.
  • Homoseksual menjadi penghalang kepada tujuan manusia diciptakan di atas muka bumi supaya berterusan generasinya.
  • Syahwat dijadikan Allah kepada manusia supaya adanya keturunan. Jika tiada syahwat antara lelaki dan perempuan, bagaimana boleh berterusannya generasi?
  • Nabi S.A.W bersabda: Ketika mendatangi isterimu ianya sedekah. Sahabat bertanya: Adakah datangkan syahwat itu beroleh pahala? Jawab Nabi S.A.W: Jika syahwatnya itu kepada yang diharamkan maka berdosalah ia. Sebaliknya jika syahwatnya itu kepada yang halal baginya maka diberikan pahala untuknya.
  • Orang yang sengaja mengugurkan rahim, ianya dilarang dalam syarak kerana menghalang kewujudan generasi baru.

82
  • Orang yang salah sepatutnya insaf, tapi yang terjadi sebaliknya. Justeru orang yang ingkar itu menghalau pual Nabi Luth dan pengikutnya yang beriman.
  • Jika orang itu terbiasa dengan maksiatnya, maka dia semakin tak selesa untuk bersama dengan orang yang taat kepada Allah.
  • Contoh (yang diberi oleh Habib): Orang hisap rokok. Kita beri nasihat. Tapi mereka kata, jangan kawan dengan orang ni. Buat bising saja.
83
  • Hidayah sememangnya milik Allah. Jika Allah takdirkan dia untuk mendapatkan hidayah, maka tiada sesiapapun yang mampu menghalangnya.
  • Allah selamatkan Nabi Luth dan ahli keluarganya kecuali isterinya.
  • Contoh: Firaun dan isterinya Asiah. Asiah kekal beriman kepada Allah meskipun suaminya itu sampai tahap mengaku dirinya Tuhan.
  • Nabi Nuh dan Nabi Luth, kedua-dua isterinya tidak beriman. Walaupun di bawah peliharaan orang yang baik.
  • Hidayah ini tak boleh dipaksa. Ini kuasa Allah untuk menurunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki meskipun isteri Firaun.
  • Hidayah itu mahal harganya. Mudah-mudahan Allah kurniakan hidayah kepada kita sampai akhir hayat.
84
  • Allah binasakan mereka yang ingkar, dengan hujan batu. Dan batunya seperti ada sasarannya yang nak dijatuhkan.
  • Tiada perkara yang susah pun bagi Allah. Mudah-mudahan Allah lindungi kita daripada azab Allah Taala yang pedih.

Riyadhus Solihin (Mula Solat Dhuha Sejak Matahari Mulai Naik Sampai Sebelum Tergelincir)

Hadis #1
  • Masuknya waktu Dhuha = masuknya waktu Isyraq.
  • 4 darjat ke depan dipanggil Isyraq (16 mins matahari naik)
  • Afdhal buat Dhuha = tunggu sehingga cerah dan hangatnya badan.

Riyadhus Solihin (Solat Sunat Tahiyatul Masjid)

Hadis #1 (Muttafaqun Alaih)

  • Tahiyyah = ucapan pembuka
  • Tahiyatul Masjid = ibadah pembuka ketika masuknya ke dalam masjid
  • Makruh jika tak buat Tahiyatul Masjid
  • Cth: Saidina Umar sampaikan khutbah. Ada sahabat sampai lewat lalu terus duduk dengar khutbah. Terus ditegur agar buat Solat Tahiyatul Masjid.
  • Ianya sunnah yang amat digalakkan.
  • Tidak digalakkan jadikan masjid sebagai tempat laluan sahaja.
  • Berikan hak kepada masjid iaitu solat 2 rakaat dulu, baru boleh lalu.
  • Adapun keluar untuk beli barang sebentar contohnya dan masuk balik, cukup tahiyatul masjid kali pertama sahaja.
  • Makruh tahiyatul masjid:
    • Selepas solat Subuh / Asar / saat matahari terbit / saat matahari terbenam / saat matahari mula tegak di atas.
  • Ikut Imam Hanifah: Haram solat di 5 waktu berikut.
  • 5 waktu ini dilarang solat sunat kecuali Mazhab Syafie yang melarang pada solat yang tertentu.
  • Ikut Mazhab Imam Syafie: 5 waktu yang dilarang solat – tapi dibolehkan Solat Tahiyatul Masjid, Solat Gerhana Bulan/Matahari, adapun sebabnya di akhir spt Solat Istikharah/Solat Hajat adalah dilarang.
  • Ulama mutakhirin mengambil jalan tengah, demi mengelak daripada perbezaan pendapat ulama. Jalan tengahnya ialah tidak solat dalam 5 waktu tersebut. Adapun solat Qada’ itu boleh buat bila-bila masa saja. Kerana ianya seperti hutang maka langsaikan hutang itu dengan kadar segera.

Hadis #2 (Muttafaqun Alaih)

  • Solat ini adalah penghormatan kepada masjid.
  • Ulama dalam mazhab Imam Syafie mengatakan, apa saja solat yang ketika masuk masjid kita kerjakan, ianya juga termasuk dlm kategori Tahiyatul Masjid (maknanya tidak semestinya buat secara khusus Tahiyatul Masjid, Solat Taubat pun boleh buat masa tu)
  • Adapun ketika masuk masjid imam dah takbiratul ihram dan kita terus solat, juga termasuk dlm kategori Tahiyatul Masjid.

Riyadhus Solihin (Solat Sunat Setelah Wuduk)

Hadis #1 (Muttafaqun Alaih)


  • Anjuran menjaga wuduk dan solat sunat wuduk.
  • Allah suka kepada orang yang bertaubat dan bersuci.
  • Wuduk jadi sebab digugurkan dosa oleh Allah Taala.
  • Banyak kelebihan lain berkaitan wuduk.
  • Dalil peristiwa: Ditunjukkan kepada Baginda S.A.W dalam Israk Mikraj, mendengar suara tapak kaki Bilal di syurga, kerana Bilal selalu bersuci dan solat sunat wuduk.

Riyadhus Solihin (Keutamaan Hari Jumaat)

Hadis #1
  • Dibahaskan keutamaan Hari Jumaat.
  • Kaifiat Jumaat ini dahulunya sama dengan 2 Solat Hari Raya (Solat dulu kemudian khutbah).
  • Dalil Peristiwa: Nabi S.A.W berkhutbah setelah solat. Lalu ahli jemaah yang berniaga semua keluar dan sambung berniaga. Dan tak ramai yang kekal untuk dengar khutbah.
  • Turunnya firman Allah dalam Surah Jumuah. Maka diubahkan kaifiat Jumaat (Khutbah dulu, solat kemudian)
  • 2 syarat:
    • As-Sama’: Yang mendengar khutbah jangan tidur
    • Al-Isma’: Khatib perlu suara lantang
  • Hari yang paling baik terbit matahari ialah hari Jumaat.
  • Jumuah = berjemaah , Sabtu = istirehat

Syarah Hadis Jibril (Takut Serta Pengharapan)

  • Takut dan berharap, umpama 2 sayap yang mengimbangkan burung ketika terbang.
  • Perasaan takut untuk buat maksiat, dan berharap agar tidak tergelincir dalam maksiat itu semula serta kekal dalam ketaatan.
  • Jika dia selalu bermaksiat tanpa rasa apa-apa, maka tekankan dia dengan perasaan TAKUT yang lebih berbanding perasaan BERHARAP.
  • Jika dia mengaku dia banyak bermaksiat dan dia mengeluh, maka tekankan dia dengan perasaan BERHARAP yang lebih berbanding perasaan TAKUT.
  • Baik sangka kepada Allah, maka Allah akan turunkan rahmat kepadanya.




Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments