Habib Ali Zaenal Abidin
Al-Hamid | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa
Tafsir Quran | Riyadhus Solihin | Syarah Hadis Jibril
Tafsir Quran (Surah Al-A’raf Ayat 85-89)
85
- Setiap Nabi diutus oleh Allah, berhadapan dengan satu isu/perkara yang terpesong dari kebenaran.
- Diutus Nabi untuk meluruskan yang bengkok.
Ayat yang sebelumnya Allah ceritakan tentang:
- Nabi Hud - Umatnya kuat tubuh badan, namun sombong dengan kekuatan badan mereka. Lalu mereka kufur.
- Nabi Soleh - Ilmu arkitek. Mereka mampu membangunkan bangunan, istana, memahat gunung menjadi rumah. Namun kufur.
- Nabi Luth - Masalah akhlak yakni masalah homoseksual. Lalu mereka diazab oleh Allah.
- Dengan sifat mereka yang sombong akan segala kelebihan yang ada, semuanya dihukum oleh Allah setelah Allah utuskan kepada mereka Nabi dan kaum itu enggan untuk terima kebenaran.
- Nabi Syuaib, berhadapan dengan masalah jual beli perniagaan. Kaumnya itu mengurangkan sukatan dan timbangan.
- Menunjukkan bagaimana syariat ini mengatur segala-galanya.
- Kurang sukatan ini satu kelakuan yang jujur. Dan diutus Nabi Syuaib untuk meluruskan yang bengkok.
- Dalil Quran: Surah Al-Mutaffifin (Diceritakan tentang mereka yang menipu sukatan dan timbangan akan disoal oleh Allah).
- Dalam beberapa hadis Nabi S.A.W juga ada disebutkan berkenaan tatacara jual beli, supaya tiada pelanggaran dalam hukum syarak.
- “Barangsiapa yang menipu maka mereka bukan dari golongan kami”, kata Nabi S.A.W.
- Syariat ambil berat tentang sistem jual beli.
- Madyan adalah anak keturunan Nabi Ibrahim a.s. Daripada 2 orang menjadi ramai generasi serta terbentuk satu kafilah. Nabi Syuaib diutus kepada kaum Madyan.
- Timbangan itu ada 2 jenis, iaitu Kail dan Mizan.
- Janganlah kamu merugikan orang lain ketika membeli barang kepada kamu, walaupun dikurangkan satu butir.
- Barang yang original dan fake itu juga merupakan bahagian daripada perniagaan yang merugikan orang lain serta dikecam di dalam Al-Quran.
- Orang ramai zaman sekarang was-was dalam berjual beli, “betul ke barang ni?”.munculnya persepsi ini kerana banyak penipuan dalam jual beli.
- Berjalan di atas bumi, bukan hanya menjadi orang yang soleh. Tetapi menjadi seorang yang muslih (yang memperbaiki).
- Tak cukup kita hanya jadi baik, malah turut memperbaiki sekeliling. Bukan hanya fikirkan diri sendiri malah ambil berat terhadap orang lain.
(Habib Ali memberi
ruang kepada tetamu istimewa untuk sampaikan tausiyah….)
As-Syeikh Muhammad Adnan bin Fahmi As-Saqqa (Tetamu Istimewa)
(Diterjemahkan oleh Habib Ali)
- Pentingnya niat yang tidak berubah (kukuh) serta mempunyai niat yang baik.
- Sesungguhnya setiap negeri itu dilihat maju bilamana ada di dalamnya orang yang menjadi sebab majunya negeri tersebut.
- Sebuah komuniti itu, lelaki atau perempuan. Bilamana mereka suka majlis ilmu dan mencatit apa yang didengarkan maka akan digelar sebagai negeri yang maju.
- Bersyukurlah kamu kepada Allah kerana adanya kemudahan yang diberikan oleh Allah yang sekarang kamu menikmatinya, di mana ada yang lain yang tak dapat merasai nikmat ini disebabkan sistem diktator yang menindas mereka.
- Dalam menyambut kehadiran seseorang itu bukan hanya disambut dengan lisan, malah juga dapat disambut melalui wajah setiap yang menghadiri.
- Tidak mungkin masuk syurga itu kecuali dengan iman, tiada mungkin seseorang mendapatkan iman kecuali dengan perasaan cinta.
- Dalam ungkapan salam, ia tidak terhad kepada ucapkan salam sahaja. Tetapi menyebarkan salam, kerana ia mempunyai makna keselamatan dari hati kita kepada hati orang lain.
- Apa yang kita dengar tentang kisah Nabi Syuaib, ia untuk memperbetulkan keadaan yang menyimpang dari agama. Kerana satu umat itu akan ‘hidup’ bilamana mereka berpegang kepada agama dan sebaliknya ‘mati’ suatu umat itu kerana menyimpang dari pegangan agama.
- Dalam ayat tadi Allah perintahkan supaya menepati sukatan timbangan serta tak rugikan orang lain. Secara spiritualnya ia bermakna, kita tak boleh kedekut kepada orang lain.
- Dalam menilai kepada orang lain, seseorang itu segan untuk menilai kelebihan orang lain. Sebaliknya akan lebih melihat kekurangan orang lain.
- Nabi S.A.W pernah bersabda,”Kalau melihat kepada kekurangan pasangan kamu, maka lihatlah akan kelebihannya dalam perkara lain.” Timbanglah kelebihan dengan kekurangan seseorang, maka baru digelar sebagai orang yang adil.
- Islam mengajar kita untuk berbaik sangka kepada orang lain. Hendaklah melihat orang lain itu dari aspek positif di samping kesilapan yang mereka lakukan kepada kita.
- Dalam hukum hakam, orang yang mendedahkan rahsia negara, mereka itu boleh dihukum pancung/bunuh.
- Dalil peristiwa: Nabi S.A.W ingatkan kepada Saidina Umar akan perkara baik yang pernah dilakukan oleh Hatim bin Abi Balta’ah yakni pernah menyertai Perang Badar.
- Islam menganjurkan supaya berlaku adil dan berlaku ihsan.
- Adil = Melihat nilai-nilai yang baik sepertimana menimbang nilai-nilai yang buruk pada seseorang.
- Ihsan = Hati-hati manusia yang baik memandang kesilapan hanya dengan akal sahaja dan memandang kebaikan orang itu dengan hati.
- Hati yang cantik tidak akan melihat sesuatu melainkan perkara yang baik-baik/cantik sahaja.
(As-Syeikh sampaikan
bait-bait syair) - maksudnya:
- Setiap manusia berpeluang untuk dapat percikan daripada air Madyan, kalau mendapatkan ia maka hati akan menjadi sejuk. Ia dikiaskan dengan mendapatkan ilmu yang baik
- Kalau kamu sudah merasai sejuknya air Madyan itu di hati kamu, dan bila lihat orang lain kehausan, maka jangan kedekut untuk beritahu bagaimana untuk dapatkan air Madyan itu. Maksudnya, hati-hati manusia itu dahagakan ilmu, maka kongsikan supaya orang lain turut dapat ilmu juga.
- Mendidik anak dengan ilmu dan adab seawal 5 tahun, maka akan kekal ilmu dan adab yang dia peroleh itu hinggalah dia dewasa.
- Beruntunglah kamu semua kerana berada di tempat yang baik.
- Para sahabat dapat tarikan yang kuat kerana adanya ‘tarikan’ daripada Nabi S.A.W. Tetapi Abu Jahal itu umpama kayu yang kalau didekatkan dengan magnet maka takkan tertarik.
- Dalam peristiwa lain: Salman Al-Farisi yang bukan berasal dari Tanah Arab juga dapat ‘tarikan’ Nabi S.A.W sehingga memeluk Islam.
- Manusia ini nilainya umpama harta kekayaan di bumi, kekayaan di bumi yang paling mulia adalah emas, maka ulama itu umpama emas di mana kita merasa terhiasi/tertarik dengan kehadiran mereka.
- Beberapa hasil kekayaan di bumi ini, ada yang keras dan ada yang lembut hingga boleh ikut kemahuan kita. Begitu juga dengan pendakwah. Pendakwah itu tegas kepada dirinya dan berlemah lembut kepada orang lain.
- Air umpama ilmu. Ulama itu umpama laluan air, yang mengalirkan ilmu yang datang daripada Allah. Laluan air itu (ulama) mestilah suci bersih untuk sampaikan air itu (ilmu) kepada orang lain.
- Hati kita ini umpama runway airport, yang akan bersedia untuk pesawat landing. Kalau luas tempat landingnya maka mudahlah pesawat itu untuk landing. Begitu juga dalam mengambil ilmu. Dalam menerima ilmu itu bergantung kepada persediaan kita dalam mengambilnya. Sesungguhnya cahaya ilmu itu akan sampai bergantung kepada kebersihan hati kita.
- Allah berfirman, “Bertaqwalah kamu kepadaKu, dan Aku akan memberi ilmu kepada kamu.” Ianya bermaksud taqwa akan jadi asbab Allah bukakan hati manusia untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang lain.
- Pandanglah kamu kepada orang lain dengan pandangan suka.
Wallahualam.
P/s: Indeed the best ta’lim guest I’ve ever met, so
many analogies yang indah-indah daripada beliau! (aduhh cepatlah habis intern
and balik KL hahaha)

0 Comments