Special MTDM | 28 June 2019


Habib Nael bin Taher

  • Syawal adalah suatu bulan yang mulia bagi kita. Ambil fadhilat bulan ini untuk saling menziarahi, saling duduk bersama kerana Allah SWT dengan harapan semakin kuat ketaatan kepada Allah. Ambillah kelebihan ini sepertimana diamalkan oleh para solihin.
  • Saidina Ali berkata, hari ini hari raya, besok hari raya dan hari-hari lain juga hari raya. Kerana setiap hari yang tidak bermaksiat kepada Allah, maka itulah hari raya.
  • Ambil kesempatan ini untuk duduk bersama para ulama.
  • Imam al-Ghazali menyebutkan, jikalau ada orang yang menasihati kita, tapi orang yang mendengar itu tak hiraukannya, maka sesuatu yang bahaya berlaku kepada orang itu.
  • Ibnu Masud berkata, salah satu dosa besar iaitu bilamana orang beri nasihat kepadanya, tetapi dia tidak ambil peduli.


Habib Ubaydillah bin Muhsin Al-Attas



  • Pujian kepada Allah Taala kerana banyak kurniaan nikmat diberikan kepada kita, serta selawat dan salam kepada Baginda S.A.W.
  • Kita berdoa kepada Allah moga rahsia berpuasanya kita di bulan Ramadhan dapat kita rasai pada hari ini dan seterusnya.
  • Hakikat puasa tu bukan sekadar puasa lapar dahaga. Jika ia sekadar lapar & dahaga saja, ianya boleh dilakukan oleh haiwan dan orang yang tidak beriman. Tapi hakikat puasa itu adalah bagaimana kita menahan diri daripada perkara yang dimurkai oleh Allah yakni menahan mata, lidah, telinga dan tubuh badan kita daripada perkara yang haram.
  • Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata, hari raya sebenar adalah bilamana dipanggil nama fulan ibnu fulan di hari kiamat, maka diterima buku amalannya dengan tangan kanan.
  • Syaratnya mestilah mempunyai hati yang bersih suci.
  • Dalam jasad manusia itu adanya seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya. Ketahuilah bahawa ianya adalah HATI.
  • Kota Madinah asalnya penuh dengan kegelapan dan perkara yang tidak baik. Tapi bila tibanya Nabi S.A.W ke Madinah, kota itu mula bercahaya.
  • Jika kota Madinah yakni objek bukan hidup pun boleh bercahaya dengan hadirnya Nabi S.A.W, apatah lagi hati manusia pun boleh bercahaya jika meletakkan kecintaan kepada Baginda S.A.W.
  • Banyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W. Amalkan adab dan akhlak Baginda S.A.W. Bila kita amalkan semua ini, maka akan bercahayalah hati kita.


 Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid



  • Nabi SAW bersabda: Yang menjadikan rambut putih ini muncul di kepala aku, disebabkan adanya surah Hud dan saudara-saudara surah Hud.
  • Apa yang ada dalam surah Hud? Sehingga Baginda SAW mengatakan rambutnya putih yakni risau adanya satu perintah yang berat dalam surah Hud. Apakah perintah tersebut? Iaitu perintah untuk ISTIQAMAH.
  • Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu. (Surah Hud:112)
  • Amalan ada 2 bahagian; iaitu amalan hati yang tidak boleh dibuat oleh anggota badan, dan amalan tubuh badan yang tidak didasari dengan hati. Salah satu amalan hati iaitu ketergantungan dan rindu kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Jika hatinya rindu kepada Rasulullah, maka itulah amalan yang termulia dan suci.
  • Nabi S.A.W bersabda, kamu akan bersama orang yang kamu cintai.
  • Sejauh mana sayangnya kita kepada Rasulullah, Rasulullah lebih sayang kepada kita. Sejauh mana kecintaan kita kepada Rasulullah, Rasulullah lebih cinta kepada kita. Sejauh mana rindunya kita kepada Rasulullah, Rasulullah lebih rindu kepada kita.
  • Biarlah Nabi S.A.W mengikut kemampuan beliau, kerana pastinya kemampuan kita takkan mungkin sebanding dengan kemampuan Rasulullah S.A.W.
  • Penuhilah hati ini dengan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W, bukan hanya berkata saja tapi perlu dirasai kecintaannya.


Wallahualam.


Post a Comment

0 Comments