MTDM @ Putrajaya | 29 July 2019


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Surau Putra Al-Amin, Putrajaya

 
Mukhtasar Sahih Bukhari (Koleksi Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Bab 36 (Orang yang Ingin Dikebumikan di Tanah Suci)
  • Tanah suci di sini maksudnya: Baitulmaqdis, Palestin atau yang lebih mulia dari Baitulmaqdis (Makkah dan Madinah)
  • Seperti disebutkan, solat di:
    • Masjidil Haram: 100,000 kali ganda ganjaran
    • Masjid Nabawi: 1,000 kali ganda ganjaran
    • Baitulmaqdis: 500 kali ganda ganjaran
  • Ganjaran ini bergantung kepada kemuliaan tempat tersebut.
  • Nabi S.A.W bersabda: Jangan berpergian ke masjid untuk menunaikan solat melainkan solat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Baitulmaqdis.
  • Nabi S.A.W bersabda: Barangsiapa yang ingin mati di suatu tempat, maka mohonlah mati (dikebumikan) di Madinah.
  • Ada nilai barokah pada 3 tempat ini (kebaikan yang banyak diberikan oleh Allah).
  • Terkadang berkat diberikan kepada tempat, waktu dan orang, yang bilamana kita berada di 3 perkara ini kita akan dapat berkatnya.
 
  • Digalakkan untuk mohon agar dikuburkan berdekatan dengan para anbiya/auliya’/orang yang soleh. Kerana mesti ada kubur para auliya di mana-mana ceruk bumi, tidak semestinya di tanah suci.
  • Dalil peristiwa: Saidina Umar ingin dikuburkan di sebelah Nabi S.A.W dan Saidina Abu Bakar, minta izin daripada Saidatina Aisyah, kerana sebelum tu ada ruang kosong di samping Baginda dan Saidina Abu Bakar.
  • Kubur mereka tidak sama rata dengan Nabi S.A.W, menunjukkan bagaimana para sahabat menyanjung Baginda S.A.W sehingga tak mahu level kubur tu sama (ia kelihatan seperti anak tangga).
  • Saidina Umar bukan saja ingin dikuburkan di tempat yang berkat, tapi ingin juga dikuburkan berdekatan dengan orang yang berkat.
  • Kuburkanlah mayat-mayat ini di tengah-tengah orang yang soleh, kerana mayat ini terganggu kalau mayat ditempatkan berdekatan mayat yang jahat.
  • Kalau salah seorang meninggal dunia, maka elokkanlah kafannya. Segeralah wasiatnya ditunaikan. Dalamkanlah kuburnya. Dan jauhkanlah dia (mayat itu) daripada mayat yang jahat.
  • Seperti konsep berjiran, kita tak suka bila jiran buat bising/buat jahat, kan? Begitu juga di alam barzakh, sudah pasti kita mahu dikuburkan di samping orang yang baik-baik agar tidak diganggu, dan begitu juga sebaliknya.
 
  • Dalil Quran: (Surah Al-Kahfi Ayat 77-82) Nabi Musa dan Nabi Khidir berjumpa dengan orang kampung yang kedekut. Dan Nabi Khidir dirikan semula dinding yang nak hampir roboh. Lalu Nabi Khidir menjelaskan kepada Nabi Musa:

  • Dalam aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita percaya malaikat itu wujud dari cahaya. Dan malaikat boleh menyerupai seseorang.
  • Contoh: Malaikat Jibril datang menyerupai seseorang, berjumpa dengan Nabi S.A.W minta ajarkan tentang Islam, Iman dan Ihsan.
  • Makhluk seperti malaikat/jin, bilamana menyerupai manusia/haiwan, jika kena pukul akan juga cedera ataupun luka seperti dhadapi manusia biasa.
  • Malaikat Maut, jika ingin datang kepada Nabi, dia akan minta izin. Tapi jika datang kepada manusia biasa (kepada kita), maka tiada minta izin.
  • Dalil: Kisah Nabi Yaakob dengan Malaikat Maut. Disebutkan oleh Malaikat Maut, 3 tanda yang terdapat pada Nabi Yaakob bila ingin dicabut nyawa:
    • Dulunya kamu segak, sekarang kamu makin lemah.
    • Dulunya kamu berjalan laju, sekarang kamu berjalan perlahan.
    • Dulunya rambutmu hitam, sekarang rambutmu putih (tumbuh uban).
  • Orang dulu bila sudah sampai usia 40 tahun, maka mereka akan lipat tempat tidur (tilamnya), suatu simbol bahawa mereka berqiamullail.
  • Sebaik-baik orang itu ialah yang panjang umur, dan baik amalnya. Difikirkan juga perancangan untuk beramal baik.
 
  • Momen yang paling indah bagi orang beriman adalah bilamana mereka berjumpa dengan Allah (mati dan mendapat nikmat di dalam kubur).
  • Nabi Musa a.s memohon agar dikuburkan berhampiran dengan tanah Baitulmaqdis, yakni kerana Baitulmaqdis adalah tempat yang berkat.
  • Bukankah dalam menunaikan ibadah Haji, tempat yang kita lalui itu adalah tempat peninggalan orang yang soleh?
  • Contoh: Padang Arafah, Safa Marwah, Mina, tawaf 7 kali keliling Kaabah dll.

Wallahualam.

(p/s: Panjang lebar hanya 1 hadis je sempat dibahaskan hehe. Moga ada manfaatnya in shaa Allah)



Post a Comment

0 Comments