Permata Tauhid | 30 July 2019


Ustaz Nik Nasri | Masjid Tengku Mizan, Kerteh



TAJUK : Kebaikan Berganda, Kejahatan Tidak (m/s 176)


  • Hisab berkait rapat dengan amal baik dan amal buruk.
  • Amal baik itu, ganjaran pahala akan berganda (10/20/30/70 kali ganda dsb).
  • Amal buruk pula, akan ditulis satu kejahatan shj (tidak digandakan).
  • Kejahatan ialah perkara dicela pembuatnya menurut syarak. Di akhirat nanti, pelakunya akan berasa malu atas perbuatan jahatnya ketika di dunia.
  • Ketika di dunia pelaku itu berbuat jahat atas kehendak nafsunya.
  • Al-Hasanat = perkara yang dipuji pembuatnya.
  • Dinamakan kebaikan kerana pelaku akan berseri wajahnya ketika melihat kebaikan itu di akhirat nanti.
  • Banyakkan amalan meraih pahala dan kurangkan amalan yang mengundang dosa.
  • Biarlah sebelah kanan kita (amalan baik) lebih banyak dicatit berbanding di sebelah kiri kita (amalan buruk).

  • Contoh: Jika tidur 8 jam/hari, maka 1/3 hari untuk tidur sahaja. Dan jika umur seseorang itu 60 tahun, maka dia sudah tidur selama 20 tahun. Banyak masa dibuang dengan tidur. 1x solat fardhu = 8 mins, 5x solat fardhu = 40 mins. Baca Quran = 10 mins. Solat sunat = 20 mins (5x lepas setiap solat fardhu).
 
  • Kalau dibuat kira-kira semuanya, kita beribadah hanya 2 jam/hari sahaja. Dan berapa banyak pahala kita dapat? Wallahualam. Maka dilihat pula pada keikhlasan hati kita. Ada ujub/riak/takabbur? Jika tiada maka in shaa Allah perfectlah pahala kita.
  • Andai seseorang itu berbuat sesuatu yang mendatangkan pahala maka akan meraih manfaatnya di akhirat. Kerana pahala menjadi bekalan kita untuk dibawa kelak di akhirat.
  • Kena sentiasa ada niat nak buat baik. Kerana dengan niat sahaja sudah peroleh pahala. Dan terkadang boleh terlintas dalam hati ini untuk berbuat jahat. Maka itu adalah permainan syaitan untuk memperdaya manusia.
  • Dalam hadis Nabi ada disebutkan: Malaikat tidak akan mencatit kejahatan yang dibuat oleh seseorang selama 6 jam. Maknanya andai dia tidak bertaubat dalam tempoh tersebut maka baru akan dicatit satu dosa baginya.


Al-An'am Ayat 160

  • Kita bukan hanya nak 1 kebajikan digandakan 10 kali kebaikan, bahkan kita mahukan lebih lagi!
  • Yang penting dalam suatu kebajikan itu adalah QUALITY.
  • Sifat riak dan ujub itu boleh kurangkan dan menghanguskan pahala kita.
  • Kita berharap agar kebaikan yang dibuat boleh memadamkan dosa-dosa kita.
  • Kisah popular: Seorang pembunuh yang membunuh 99 orang. Dan dia mati dalam perjalanan menuju ke perkampungan yang ramai orang baik di situ. Lalu Allah ampunkan dia dan masukkan dia ke dalam syurga.


An-Nisa Ayat 40


  • Jika ada kebaikan walau sebesar zarah tetap akan digandakan!
  • Contoh: Buang benda yang menyakiti di jalan seperti paku, kaca dsb. Atau buang sampah yang ada dalam surau.
  • Zaman sekarang, untuk dapat pahala itu sangat mudah dan untuk dapat dosa juga sangat mudah. Maka pilihan kita untuk menentukannya.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments