Special MTDM @ Putrajaya | 22 July 2019


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Surau Putra Al-Amin, Putrajaya




Ustaz Zakaria Othman (Pengerusi SPAA)

·        Bersegeralah di dalam mencari pengampunan dari Allah SWT.
·        Dalil: Ali-Imran (Ayat 133)
·        Kadang2 kita segera pergi mengejar dunia, kejar nak masuk office takut lewat sampai.
·        Bilamana bercerita soal akhirat, maka perlulah kita bersegera untuk mendapat keampunan Allah SWT. Namun adakah semua orang yang mengejarnya?
·        Maghfirah = penutupan (apa yang ditutupi oleh Allah adalah aib kita)
·        Memohon agar Allah Taala menutup aib dan dosa kita.
·        Apa maknanya jika kita pakai jubah, serban dan kopiah jika Allah buka aib-aib kita?
·        Allah Taala menutup isi hati kita. Tiada siapa pun yang tahu isi hati orang lain.
·        Imam Al-Ghazali mengatakan: Maghfirah bermakna menutup segala perkara luaran yang buruk pada diri kita (seperti kotoran pada badan, bau busuk dsb).
·        Allah Taala perintahkan kita cari jalan/cara untuk ke syurga (contohnya duduk di dalam majlis zikir/ilmu, saling mengingati satu sama lain dsb).
·        Allah Taala sediakan syurgaNya bagi orang-orang yang bertakwa.
·        Moga Allah Taala ampunkan segala dosa kita, tutup segala aib kita. Moga dengan sebab ini, kita terus kekal dalam mendekatkan diri kepada Allah.
·        Jika sampai ajal nanti, maka kita sudah bersedia dengan bekalan amal yang cukup untuk dibawa menghadap Allah Taala di hari akhirat kelak.


Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

·        Sandarkan segala ilmu yang kita belajar dengan kita mencontohi sifat mulia Nabi S.A.W.
·        Ada yang belajar ilmu tasawuf, tapi menganggap dirinya soleh berbanding orang lain.
·        Tapi bila kita belajar sirah Nabi S.A.W, maka tidak lain mereka akan lihat segala keindahan yang ada pada Nabi S.A.W.
·        Maka gunakan peluang yang ada untuk sama-sama hadir ke majlis yang mengingatkan kita kepada Baginda S.A.W


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

·        Tidak ada kebaikan yang kita dapat di setiap saat melainkan kita mendapat manfaat indahnya nama Allah Taala.
·        Tiada nikmat yang lebih indah di setiap pagi melainkan nikmat itu datang daripada Allah Taala.
·        Nikmat bernafas juga datangnya daripada Allah Taala.
·        Allah Maha Kaya, Maha Perkasa dan tidak memerlukan kepada sesiapa.
·        Alangkah perlunya kita kepada Allah, faqirnya kita dan perlunya kita di dalam memohon pertolongan daripada Allah.
·        Nabi S.A.W bersabda: Setiap hari Allah Taala curahkan pemberianNya, maka carilah pemberianNya untuk mendapatkan rahmatNya.
·        Moga Allah berikan pemberian yang lebih besar kepada kita semua.
·        Kita berada di bulan yang dimuliakan oleh Allah. Jumlah bilangan bulan di sisi Allah ada 12 bulan. Ada 4 bulan daripadanya dipanggil bulan haram. Maka janganlah kamu berbuat zalim di bulan yang haram itu.
·        Kezaliman itu lebih ditegah di bulan yang haram, maka dosanya juga lebih berat bagi yang berlaku zalim.
·        Bulan Zulhijjah ada keistimewaan tersendiri. Selain ibadah haji, malam Zulhijjah adalah bulan istimewa yang tiada pada bulan-bulan lain.
·        Allah letakkan keberkatan pada: tempat,waktu dan orang.
·        Rumah pertama yang dibina di atas muka bumi adalah di Mekah, yang diberkati oleh Allah.
·        Allah Taala letakkan keberkatan pada 1/3 malam terakhir, Allah zahirkan pemberianNya ketika itu kepada hamba-hambaNya.
·        Allah letakkan keberkatan kepada orang. Orang yang selalu tolong orang lain, Allah berkati dia. Orang yang hormati orang tuanya, maka Allah berkati orang itu.
·        Allah letakkan rahsia pemberianNya kepada hambaNya pada 10 malam pertama Zulhijjah.
·        Tidaklah seseorang masuk ke Masjidil Haram dan berdoa kecuali mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
·        Bertuahlah bagi mereka yang mendapat pemberian yang besar daripada Allah.
·        Hendaklah kita fahami hikmah di sebalik setiap perintah Allah (seperti Kenapa pakai ihram? Kenapa perlu tawaf? Kenapa perlu saie? Kenapa perlu ke Muzdalifah? Kenapa perlu bermalam di Mina?), supaya dalam perlaksanaan itu kita lakukan dengan penuh kejiwaan dan merasa kemanisan dalam beribadah kepada Allah.
·        Rumah pertama yang dibina untuk umat manusia ialah Kaabah. Kaabah diberi nama ‘rumah’.
·        Kronologi Kaabah dijadikan ‘rumah’, adanya mukaddimah di mana keluarga Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Rumah ini (Kaabah) tempat di mana mereka mendapat dugaan daripada Allah.
·        Simbol kejayaan rumahtangga Nabi Ibrahim adalah di ‘rumah’nya iaitu Kaabah.
·        Diajarkan kepada kita tentang pengorbanan perasaan, cinta dan kasih sayang. Nabi Ibrahim ketika diduga perasaan kasihnya kepada anaknya Ismail. Allah perintahkan Nabi Ibrahim untuk letakkan Ismail dan Siti Hajar di tempat yang tiada sumber kehidupan, agar mudah untuk mematuhi perintah Allah.
·        Nabi Ibrahim diperintahkan untuk sembelih anaknya Nabi Ismail.
·        Nabi Ismail berkata, “Wahai ayahku, tunaikanlah perintah Allah itu. Dan engkau akan dapati aku tergolong dalam orang yang sabar.”
·        Selepas itu ia digantikan kepada binatang yang gagah untuk disembelih.
·        Perlunya kita faham akan falsafah ibadah korban. Iaitu bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim di dalam mematuhi perintah Allah.
·        Lalu bagaimana pula pengorbanan kita di dalam mematuhi perintah Allah dalam kehidupan ini?
·        Dijadikan kejayaan Nabi Ibrahim dan keluarga dalam mentaati perintah Allah simbol kepada membangunnya Kaabah.
·        Sejauh mana kita ambil berat kepada keluarga kita di dalam mematuhi perintah Allah?
·        Moga Allah kurniakan rahmatNya yang luas kepada kita.
·        Bagi yang menjadi jemaah haji tahun ini dan yang akan datang, mudah-mudahan Allah Taala kurniakan mereka dan kita, ketelusan di dalam melaksanakannya.
·        Moga Allah Taala berikan kita kefahaman akan erti pengorbanan yang sebenar-benarnya.


Surah Ali-Imran: Ayat 133


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments