Bab tentang Adab
Makan
- Anas bin Malik telah berkhidmat dengan Nabi S.A.W selama 10 tahun.
- Baginda selepas makan akan menjilat 3 jarinya. Dulu takde nasi, Nabi biasanya makan roti.
- Jilat mula dengan ibu jari, jari telunjuk, dan akhir sekali jari tengah.
- Jika ada makanan yang jatuh, hendaklah bersihkan makanan tersebut dan makanlah ia.
- Dianjurkan untuk bersihkan sisa-sisa makanan kerana kita tak tahu makanan yang manakah ada keberkatan di dalamnya.
- Dulu tiada sapu tangan/tisu. Maka selepas makan, para sahabat akan kesat/gosok tapak tangan di lengan atau di telapak kaki.
- Jika makan makanan yang dimasak, hendaklah dalam keadaan berwuduk.
- Maka semua ini menunjukkan kesabaran para sahabat dalam menjaga agamanya lebih berbanding makan.
- Pemansuhan hadis dalam beberapa perkara:
- Di permulaan Islam, Nabi larang ziarah kubur, kerana khuatir ada dari mereka yang sembah kubur. Sekarang, menziarahi kubur dibolehkan kerana dapat ingat akan kematian.
- Di permulaan Islam, Nabi larang simpan daging korban lebih 3 hari. Selepas itu, dibolehkan simpan daging korban dalam tempoh yang lama.
- Dulu, iddah seorang perempuan tempohnya 1 tahun. Kini, tempoh iddah selama 4 bulan 10 hari.
- Pemansuhan hadis ini, ada sebahagiannya yang khusus dibuat oleh Nabi S.A.W sahaja.
Bab Makan
Berjemaah/Pelawa Orang Lain untuk Makan Bersama-Sama
- Makanan untuk 2 orang, cukup untuk dimakan 3 orang. Dan makanan utk 3 orang, cukup untuk dimakan 4 orang.
- Dalam hadis lain pula disebutkan, makanan untuk 1 orang, cukup untuk dimakan 2 orang. Dan makanan utk 2 orang, cukup untuk dimakan 4 orang. Makanan yang utk 4 orang, cukup utk dimakan 8 orang.
- Makan berjemaah itu akan mudah dapat keberkatan.
- Ianya tidak terhad kepada kuantiti yg Nabi sebutkan shj. Boleh juga makanan utk 1 orang cukup utk dimakan 5 orang (contoh).
Bab Adab Minum
- Satu hadis disebutkan maksudnya, disunatkan utk bernafas 3 kali di luar bekas/cawan sebelum minum.
- Dalam riwayat lain disebutkan, jangan bernafas dalam bekas minuman ketika minum.
- Hikmah: Agar air minuman tu bersih dalam bekas tersebut dan lebih terasa nikmat.
- Semua yang Baginda S.A.W buat ada rahsianya/kebaikannya.
- Janganlah kamu minum satu kali teguk. Sunnah minum 3 kali teguk. Sebutlah dengan nama Allah sebelum minum. Ibnu Hajar al-Asqalani kata hadis ni adalah hadis daif. Cukup sekadar fadhail amal.
- Umar bin Abdul Aziz berhujah bahawa dibolehkan untuk minum air dengan sekali teguk.
- Imam Qurtubi berkata: Dilarang bernafas dalam bekas masa minum kerana boleh jadi terkeluar ludah/bau yang tidak menyenangkan.
- Kajian sains membuktikan bernafas dalam bekas minuman ketika minum adalah gaya hidup tidak sihat.
- Ada hadis disebutkan: Sahabat bawa susu bercampur air dan diberikan kepada Baginda S.A.W. Sebelah kanan Nabi ialah seorang Arab Badwi dan sebelah kiri ialah Saidina Abu Bakar. Lalu Baginda beri susu itu kpd Arab Badwi dulu kerana dia di sebelah kanan Baginda.
- Dahulukan yang di sebelah kanan walaupun sebelah kiri kita adalah orang yang hebat.
- Jika orang sebelah kiri nak minum, mak minta izin daripada orang di sebelah kanan.
- Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar perkara Nabi ajar, menunjukkan betapa indahnya agama Islam.
- Makruh minum terus dari teko atau seumpamanya. Kerana dikhuatiri ada sesuatu mudarat yang masuk dan menjangkiti si peminum.
- Disebutkan dalam riwayat Al-Baihaqi: Ada seorang lelaki minum dari mulut teko. Lalu ada seekor ular masuk dalam perut lelaki itu. Maka sebab itulah Nabi larang seseorang minum terus dari mulut teko.
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin Jilid 1 (Terjemahan)
Wallahualam.
0 Comments