Kitab Nasihat Agama & Soal Jawab with UAI | 24 July 2019

Ustaz Azhar Idrus | Masjid Kg Pinang Merah, Paka





Kitab Nasihat Agama

Bab: Kelebihan Solat Berjemaah
  • Fadhilatnya 27 kali darjat berbanding Solat Sendirian. Ada riwayat lain yang menyebut 25 kali darjat.
  • Kenapa kita tak suka pemberian dari Allah? Kenapa ramai manusia yang tak berminat dengan tawaran dari Allah?
  • Bila bekerja dengan Allah hakikatnya dialah orang paling kaya! Kalau bekerja dengan Allah, takkan Allah bayar sikit? Tak sama nilainya dengan kita kerja atas dunia ni.
  • Tak payah gaduh soal amalan mana yang paling afdhal. Sebaliknya kita buatlah yang terbaik semampu kita!
  • Allah Maha Kaya daripada sekalian alam!
  • Orang yang beramal hakikatnya kaya kerana dibayar amalnya oleh Allah.
  • Ada hadis disebutkan: Barangsiapa yang tidak sembahyang di masjid walau dia sudah dengar azan, maka tiadalah solat baginya. Ummi Makhtum bertanya, kalau dia buta macam mana?
  • Maka jika ada halangan (seperti hujan lebat, tayar bocor, buta dsb) maka dimaafkan pada syarak. Malah orang itu dapat pahala yang sama dengan orang yg hadir masjid (orang ni memang ada niat nak datang, ada kesungguhan, baru dapat nilai pahala yang sama, jangan salah faham ya)
  • Dalil peristiwa: Mereka (para sahabat) sampai menangis tak dapat bersama Nabi dalam berperang kerana tak cukup kelengkapan.
  • Tapi hari ni seruan jihad hanya di mulut sahaja. Ramainya orang gunakan agama demi kepentingan sendiri.
  • Solatlah di belakang imam yang baik. Imam itu pemimpin.
  • Jika solat belakang tok imam yang fasiq tetap sah solat. Tapi kurang dapat fadhilat solat.
  • Afdhal orang dewasa jadi imam. Kanak2 pun boleh jadi imam. Tetap sah solat.
  • Alim itu bukan pada pakaian yakni pakai serban/kopiah/jubah. Makna orang alim itu adalah beriman dan beramal soleh serta faham akan agama. Dan orang alim akan ada sifat taqwa di hati.
  • Tanda faqihnya seorang khatib itu ialah khutbahnya pendek.
  • Taqwa yang benar adalah takut kepada Allah.
  • Jika perjalanannya jauh, maka gunalah kenderaan/kemudahan yang ada.
  • Para malaikat sentiasa mendoakan seseorang yang berada di masjid, yang sedang tunggu waktu solat.
  • Tunggu saja pun dapat pahala (bukannya baca Quran, selawat dsb.). Dan afdhal jika tunggu di saf hadapan.



Sesi Soal Jawab

  • Soalan: Apakah hukum buat ibadah korban untuk anak?
  • Jawapan: Boleh bahkan dianjurkan dalam syarak. Yang tak boleh, buat korban untuk anak orang (hahaha). Boleh buat untuk orang yang bukan tanggungan kita tapi dengan izin waris/penjaganya. Jika tanpa izin waris, maka tidak dibolehkan.


  • Soalan: Apakah hukum main sukan outdoor yang merbahaya seperti bungee jump?
  • Jawapan: Haram kerana boleh membawa risiko mati dengan cara membunuh diri sendiri.


  • Soalan: Apakah hukum mandi wajib sambil pegang kemaluan? (Ya Allah apa punya soalan ni hahahaha)
  • Jawapan: Sah mandi wajibnya kerana pegang kemaluan itu tidak dikira dalam syarat mandi. Adapun pegang kemaluan adalah perkara yang boleh membatalkan wuduk. Jadi tiada kaitan pun. Segala hadas kecil ketika mandi wajib tetap sah mandi tersebut. Sebab tu sunat selepas mandi wajib, ambil wuduk.


  • Soalan: Apakah Nabi Yusuf & Zulaikha itu berkahwin tidak disebutkan di dalam Quran?
  • Jawapan: Ya, ianya tidak disebutkan dalam Al-Quran tapi ada disebutkan di dalam hadis Nabi. Namun status hadis itu ialah hadis dhaif.


  • Soalan: Bilakah waktu mula boleh Solat Dhuha?
  • Jawapan: Mula Dhuha ketika masuknya waktu Isyraq (lebih kurang pukul 8 a.m) dan tamat Dhuha ketika Istawa’ (matahari tegak di atas). Maka dalam jangka masa tu boleh Solat Dhuha. Afdhal lebih kurang 8:30 am.


  • Soalan: Tempoh akil baligh lelaki dan perempuan.
  • Jawapan: Bagi lelaki adalah keluar air mani dan bagi perempuan adalah keluarnya darah haid (baligh seawal 9-11 tahun, kebiasaannya baligh umur 13 tahun). Adapun bagi lelaki jika tak keluar air mani hingga umur lingkungan 15 tahun, maka dia dikira sudah baligh.


  • Soalan: Hukum perempuan bersalam dengan ayah tiri mertua. Adakah batal wuduk?
  • Jawapan: Batal wuduknya kerana ayah tiri mertua termasuk kategori bukan mahram. Yang dibolehkan bersalam ialah ayah MERTUA dan ke atas (tiada status tiri).


  • Soalan: Apa itu Freemason?
  • Jawapan: Suatu gerakan rahsia yang ditubuhkan oleh golongan Yahudi yang nak menghancurkan umat Islam dari dalam.


  • Soalan: Suami meninggal dunia tinggalkan isteri dan 2 orang anak. Dan arwah suami tinggalkan hutang dan warisnya tiada duit/tak mampu lagi nak bayar. Apa hukumnya?
  • Jawapan: Hukumnya zimmah. Zimmah ini bermaksud terlepas kewajipan hutang itu buat sementara waktu (kerana tiada kemampuan)  sehingga warisnya mampu/dah ada duit, barulah wajib bayar hutang tersebut.


  • Soalan: Bagaimana kita nak tahu Allah terima amalan kita?
  • Jawapan: Bila kita buat amalan tu, kita rasa nikmat beribadah dan rasa lebih baik kehidupan kita serta semakin jauh dari maksiat.


P/s: Soalan yang kita mampu tangkap je. Yang lain tak berapa ingat.

Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments