Aqidah Muslimin | 20 August 2019


Aqidah Muslimin | Surau UniKL MFI, Bangi
Ustaz Asyran Safwan


Tajuk: Hadis Al-Jariyah


  • Hadis yang popular yang isbatkan (sifatkan) tempat pada Allah.
  • Sungguh Allah tidak meliputi arah yang 6 dan tidak bertempat.
  • Imam at-Tohawi (hidup pada kurun ke-3), seorang salafus soleh yang menafikan sifat arah dan tempat pada Allah.
  • Kitab ini (Aqidah Muslimin) diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Mesir.


  • Ada lafaz hadis yang dinamakan secara khas Contoh: Hadis Jibril, Hadis A'ma (orang buta), Hadis Jariyah.
  • Jariyah: Hamba perempuan, satu kisah di mana hamba itu ditugaskan untuk mengembala kambing oleh majikannya. Dan suatu ketika ada kambing yang hilang.
  • Tuan majikan marah kepada Jariyah dan tampar dia.
  • Maka tuan majikan itu bertemu Rasulullah dan menyesal lalu bertanya, "Apa perlu aku buat?" Maka Nabi menjawab, bawalah dia kepadaku.
  • Imam Abu Hanifah, Imam Abu Hasan Al-Asyari, Imam Mansur Al-Maturidi dan ramai salafus soleh menafikan sifat tempat pada Allah.
  • Selain riwayat Imam Muslim, Imam Malik juga ada meriwayatkan. Ada yang kata riwayat yang tepat adalah dari Imam Malik.
  • Dalam riwayat Imam Malik, Rasulullah tanya Jariyah, Adakah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah? Maka Jariyah menjawab, Ya.
  • Rasulullah tanya lagi, Adakah kamu bersaksi bahawa aku pesuruh Allah? Jariyah jawab, Ya. Nabi beritahu kepada sahabat, Bebaskan dia.



  • Hadis Mudtarib (riwayat hadis yang matannya berbeza dan bertentangan - rujuk gambar)
  • Perkataan Arab ada banyak maksud.
Contoh:
  • A'ina (اين)
    • Dimanakah? (Rujuk kepada tempat)
    • Boleh juga maksudnya sebagai status kedudukan seseorang.

  • Maka dalam hadis Jariyah ini, A'ina dimaksudkan ialah STATUS KEAGUNGAN ALLAH. Dan bukannya bawa maksud TEMPAT.
  • Jariyah menjawab: Keagungan Allah itu sangat tinggi.
  • Haram kita iktikad bahawasanya Nabi bertanya kepada Jariyah, di mana Allah.



  • Allah telah SEDIA ADA sebelum wujudnya alam.
  • Ada 2 kelompok ulama mengenai hadis Jariyah ini:
    • Memandang hadis Jariyah ini adalah hadis SAHIH (melihat dari sudut jalur periwayatannya) tapi tetap beriktikad bahawa Nabi soal itu bukan bermaksud TEMPAT.
    • Memandang hadis ini jadi MUDTARIB, iaitu statusnya di bawah hadis DAIF.

  • Hadis Daif: hanya boleh pakai dalam Fadhail Amal. Tapi tak termasuk level Daif Jiddan.
  • Hadis Mutawatir: Diriwayatkan oleh kelompok perawi yang ramai, dan mustahil utk mereka berdusta.
  • Bila hadis itu Mudtarib, maka hadis itu DAIF. So tak boleh jadi sandaran dalam aqidah.


  • Untuk seseorang masuk Islam, hendaklah dia ucap 2 kalimah syahadah! Bukannya kata Allah ada di langit. Nauzubillah.
  • Ada juga yang berhujah bahawa Allah di langit, ialah bila kita doa, tangan menghala ke langit. Ini pendapat yang paling dangkal.
  • Kenapa kita angkat tangan masa berdoa? Sebab Kaabah itu KIBLAT bagi SOLAT dan langit itu KIBLAT bagi DOA.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments