Ustaz Adri |
Surau UniKL MFI, Bangi
Bab: Perkara yang Dilarang dalam Agama
Jenis Kufur
Ateis
- Tak percaya akan wujudnya Tuhan dan tak percaya wujudnya hari pembalasan di akhirat.
- Percaya bahawa hidup ni hanya di dunia sahaja.
- Mendakwa wujudnya manusia itu bermula dengan lahir dari rahim ibu, ditanam (mati) di dalam tanah dan tiada apa-apa berlaku selepas itu.
- Pandangan mereka sesuatu yang diada-adakan dan mendakwa bahawa perbualan tentang Tuhan adalah bual kosong sahaja.
- Kesesatan yang amat nyata dan jauh terpesong.
- Tahap kekufuran paling tinggi.
Syirik
- Contoh: Orang Arab musyrikin pada zaman Jahiliah. Mereka percaya akan kewujudan Tuhan akan tetapi mereka sembah selain Allah seperti matahari, pokok, patung berhala dsb.
- Mereka percaya bahawa Tuhan yang menghidupkan dan mematikan serta menurunkan rezeki akan tetapi mereka tetap ingkar.
- Kekufuran ini adalah paling ramai pengikutnya.
- Kufur ini menjatuhkan martabat seorang manusia.
Ahli Kitab
- Mereka yakin adanya Al-Quran namun mereka kufur/ingkar.
- Contoh: Yahudi & Nasrani.
- Menafikan kerasulan Nabi S.A.W.
- Ubah suai isi kandungan kitab Taurat & Injil.
- Percaya bahawa Tuhan itu ada perasaan.
- Mendustakan dalil-dalil dalam Quran.
- Kekufuran tahap ketiga.
Orang Murtad
- Para ulama sepakat bahawa kekufuran yang paling buruk ialah riddah (keluar dari Islam) setelah menerima petunjuk dari Allah.
- Kufur setelah Islam paling buruk berbanding orang kafir (tak dapat hidayah).
- Murtad lebih besar hukumannya berbanding orang yang merosakkan/mencuri harta benda.
- Adapun orang yang murtad senyap-senyap, akan dihukum penjara. Sekiranya murtad yang berat, dan ajak orang lain murtad sekali, maka para ulama sepakat bahawa mereka dikenakan hukuman bunuh.
Munafik
- Orang munafik itu umpama 2 wajah. Zahirkan keislaman depan orang tetapi ajak juga kepada kemungkaran.
- Dalil: Surah Al-Baqarah (20 ayat awal).
Wallahualam.
0 Comments