Ustaz Zahari |
Masjid Tengku Mizan, Kerteh
- Kita sekarang ini
berada dalam 10 hari awal Zulhijjah.
- Gandakan amal ibadah
kita (zikir, puasa, sedekah, solat sunat dll).
- Beribadah seperti ini sama
seperti seseorang yang keluar berjihad di jalan Allah.
- Ibadah haji adalah
ibadah tertua iaitu sejak Nabi Ibrahim a.s.
- Zaman jahiliah dulu,
tawaf keliling Kaabah dalam keadaan tiada pakaian.
- Orang jahiliah pandang
ibadah haji ini sesuatu peristiwa yang besar.
- Nabi S.A.W gunakan
peluang yang ada, pergi buat ibadah haji untuk berikan tausiyah kepada
semua jemaah di situ.
- Zaman Nabi dulu,
jemaah haji seramai 100,000 orang sahaja tapi tanah jajahan Islam meliputi
setiap pelusuk dunia. Namun zaman kita sekarang, meningkat hingga 3 juta
jemaah haji, tapi tanah Baitulmaqdis kini dijajah oleh tentera Yahudi.
- Nabi S.A.W bersabda,
akan datang satu zaman, orang kaya di kalangan umatku pergi haji untuk
melancong, yang sederhana di kalangan umatku pergi haji untuk berniaga,
orang soleh pergi tunaikan haji kerana ingin disanjung orang dan orang
miskin pula pergi tunaikan haji kerana ingin meminta sedekah.
- Nabi S.A.W pernah
bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh
dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan
mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah
hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab:
“Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada
waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari
hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu
penyakit wahan.” Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu
wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati.”
[HR Abu Dawud].
- Para sahabat Nabi yang
kaya-kaya (seperti Saidina Umar, Saidina Uthman dll), bilamana sedekah,
mereka infaqkan semua harta mereka! Yakni manfaatkan ia untuk saham
akhirat mereka.
- Maka
kembalikanlah tujuan sebenar kita menunaikan haji, pastikan ibadah haji
itu ada kekuatan dan bukannya seperti buih di lautan.
Wallahualam.
0 Comments