Islam Agama Kedamaian | 23 August 2019


Masjid Teras Jernang, Bangi
Tajuk Khutbah: Islam Agama Kedamaian



Intro

Marilah sama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan:
  • Laksanakan perintahNya.
  • Jauhi laranganNya.



Content
  • Sesungguhnya Islam cintakan kedamaian dan bencikan keganasan.
  • Islam yang bererti damai, selamat, sejahtera, penyerahan diri, taat dan patuh adalah agama yang membawa kedamaian, keselamatan dan kesejahteraan kepada kehidupan semua makhluk.
  • Kini Islam tertuduh, difitnah sebagai agama yang mencetus keganasan dan huru-hara. Mengapa dituduh sebegitu rupa?
  • Sesungguhnya, tuduhan buruk dan jahat yang dilabelkan terhadap agama Islam bukanlah suatu perkara yang baru.
  • Semenjak zaman awal dakwah Islam lagi Nabi S.A.W telah dilabel oleh orang yang membenci baginda dengan pelbagai gelaran seperti gila, ahli sihir, pemecah-belah masyarakat dan lain-lain lagi.
  • Tuduhan dan penghinaan yang dilemparkan tidak lain tidak bukan adalah bertujuan untuk melemahkan semangat juang nabi dan juga para sahabat dalam melaksanakan dan menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh manusia.
  • Berkat kesabaran Nabi S.A.W dan para sahabat dalam menghadapi tohmahan dan penghinaan tersebut, akhirnya kemenangan berpihak kepada mereka sehingga Islam tersebar luas ke seluruh dunia.


Diantara bukti bahawa Islam membenci keganasan ialah:

  • Islam membenci seseorang yang sengaja membunuh orang beriman yang lain. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 93:


  • Allah SWT memerintahkan kita agar bertindak secara adil terhadap semua manusia tanpa mengira sama ada mereka beriman atau kafir selagi mana mereka tidak bertindak mencemari dan memerangi agama Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 8:


  • Rasulullah SAW melarang kita membunuh manusia dan haiwan tanpa hak. Bahkan, perbuatan tersebut akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru Radhiallahu Anhuma Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa dari kalangan manusia yang membunuh seekor burung atau yang lebih kecil tanpa haknya, maka Allah akan meminta dia bertanggungjawab kelak di akhirat. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apa haknya? Rasulullah menjawab: Disembelih lalu dimakan, dan janganlah seseorang memotong kepalanya (membunuhnya) lalu dibuang.” (Riwayat An-Nasa’i).


  • Malaysia adalah sebagai sebuah negara contoh yang memperjuangkan kedamaian dengan menjunjung Islam sebagai agama persekutuan di samping memberi kebebasan bagi agama lain untuk diamalkan.
  • Oleh sebab itu semua pihak wajiblah saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mencetuskan prasangka dalam konteks kehidupan beragama di Malaysia.
  • Bahkan nikmat kedamaian yang dikecapi selama ini sewajarnya disyukuri dan dihargai oleh semua pihak.



Closing

  • Umat Islam hendaklah meyakini bahawa Islam adalah agama fitrah yang menjunjung kedamaian sejagat.
  • Umat Islam hendaklah berperanan sebagai da’ie untuk menyebarkan dakwah Islam serta menonjolkan kedamaiannya kepada semua manusia.
  • Umat Islam diperintahkan supaya berlaku adil dan saksama terhadap semua manusia walaupun terhadap orang yang tidak beriman selagi mereka tidak bertindak memerangi, memusuhi atau menghina agama Islam.


Sumber: E-Khutbah Negeri Selangor

Post a Comment

0 Comments