Meraih Keberkatan di Hari Jumaat | 16 August 2019

Masjid Teras Jernang, Bangi



Tajuk Khutbah: Meraih Keberkatan di Hari Jumaat

Intro

Untuk peroleh redha Allah:
  • Istiqamahlah dalam meningkatkan iman di dada.
  • Laksanakan perintah Allah.
  • Jauhi larangan Allah.


Content

Peluang yang sepatutnya kita dapat setiap hari Jumaat banyak kita sia-siakan:
  • Masih leka dan lalai.
  • Abakan kemuliaan hari Jumaat.
  • Sengaja datang lewat ke masjid.
  • Berbual kosong dan tidur ketika dengar khutbah.
  • Lagi teruk, meninggalkan solat Jumaat.


Mulianya hari Jumaat di sisi Allah:
  • Penghulu segala hari.
  • Hari diciptakan Nabi Adam a.s
  • Hari masuk dan keluarnya Nabi Adam daripada syurga.
  • Hari berlakunya kiamat.
  • Matahari yang terbit adalah sebaik-baik matahari.


KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN HARI JUMAAT BERBANDING HARI-HARI YANG LAIN
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah pada hari Jumaat, padanya diciptakan Adam a.s. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan dari syurga dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. (Riwayat Muslim)

Hari Jumaat adalah:
  • Hari kebesaran umat Islam.
  • Hari yang ditakuti oleh semua makhluk lain.
  • Lebih mulia daripada Aidilfitri & Aidiladha.


Setiap manusia mahukan:
  • Peluang mengaut keuntungan.
  • Pelbagai kelebihan yang disediakan oleh Allah pada hari Jumaat.
  • Sentiasa memperoleh manfaat daripada peluang yang ada.


ANTARA WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJAB BAGI SETIAP DOA
“Adakah kamu pernah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW berkenaan satu waktu (mustajab) pada hari Jumaat?”. “Ya, aku pernah mendengarnya”. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ia adalah di antara duduknya imam (iaitu diatas mimbar) sehingga selesainya solat didirikan”. (Riwayat Muslim)

  • Hari Jumaat mempunyai waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa.
  • Sedia maklum bahawa setiap manusia mempunyai pelbagai hajat & doa.
  • Amat rugilah bagi mereka yang lalai dan tidak merebut peluang baik pada hari Jumaat.


Amalan Sunat di Hari Jumaat
  • Berwuduk & mandi sunat
  • Berwangi-wangian
  • Datang awal ke masjid
  • Perbanyakkan baca Al-Quran
  • Memotong kuku & lain-lain


KELEBIHAN MEMPERBANYAKKAN BERSELAWAT PADA HARI JUMAAT
"Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Nabi Adam dijadikan, pada hari itu baginda diwafatkan, pada hari itu ditiupnya sangkakala (berlaku kiamat) dan pada hari itu akan ditiupkan sangkakala pertama (dibangkitkan kembali). Maka perbanyaklah selawat kepadaku kerana selawat kamu akan disampaikan kepadaku." Mereka (para sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah selawat kami boleh sampai kepada kamu, sedangkan kamu telah wafat? (atau) mereka berkata: "Telah hancur (tulangnya)”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi Aalaihimussolatu wassalam." (Riwayat Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah).

Digalakkan masuk masjid awal kerana:
  • Untuk solat sunat dengan tenang.
  • Mendapat tempat yang lebih selesa.
  • Untuk memperoleh catatan daripada para malaikat.


DIRAIKAN OLEH PARA MALAIKAT
“Apabila tiba hari Jumaat, akan ada malaikat di pintu-pintu masjid yang mencatat nama orang-orang yang datang awal. Sehingga apabila imam duduk sebelum membaca khutbah, mereka akan menutup lembaran (berhenti mencatat nama) dan mereka mendengar khutbah.” (Riwayat Al-Bukhari).

Peringatan daripada Rasulullah S.A.W agar kita:
  • Sentiasa jaga adab ketika di masjid.
  • Jauhi perkara sia-sia ketika dengar khutbah.


Closing
Beberapa intipati penting yang kita boleh hayati:
  • Yakinlah bahawa hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan.
  • Rebutlah peluang dan ganjaran pahala daripada amalan-amalan yang menepati syariat pada hari Jumaat.
  • Jadikanlah setiap hari itu lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.


GOLONGAN YANG RUGI DAN SIA-SIA DALAM HIDUP

Al-Kahfi (Ayat 103 & 104)



Wallahualam.

Sumber: E-Khutbah Selangor

Post a Comment

0 Comments