MTDM | 16 August 2019


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa

Tafsir Quran | Riyadhus Solihin | Syarah Hadis Jibril



Tafsir Quran (Surah Al-A’raf: Ayat 91-96)

Ayat 91
  • Bahas tentang Nabi Syuaib.
  • Nabi Syuaib berasal dari bangsa Arab, dan ramai Nabi asalnya dari Bani Israel.
  • Nabi Syuaib, satu zaman dengan Nabi Musa a.s. Tapi Nabi Syuaib jadi Rasul terlebih dahulu. Nabi Musa ialah menantu Nabi Syuaib.
  • Nabi Syuaib berdakwah di Madyan (berhampiran Tabuk, lebih kurang 200km dari Madinah).
  • Masih ada saki baki peninggalan kaum Nabi Syuaib hingga sekarang.
  • Allah turunkan azab kepada kaum Nabi Syuaib iaitu berbentuk goncangan (gempa). Tiada kekuatan yang boleh mengelak daripada perkara yang diambil oleh Allah.
  • Zaman sekarang, adanya ramalan cuaca. Contoh: boleh ramal ribut, hujan dan cuaca cerah tak hujan. Adakah tepat ramalan tu?
  • Kemajuan apapun yang dibuat manusia, tidak dapat mengalahkan ketentuan yang sudah ditetapkan oleh Allah Taala.
  • Manusia boleh buat satellite untuk kesan sesuatu yang akan terjadi. Contoh: dapat kesan gempa bumi di suatu tempat. Tapi ramai juga yang tak dapat mengelak daripada gempa bumi?


Ayat 92
  • Orang yang derhaka kepada Syuaib diazab oleh Allah, seolah olah tiada kehidupan yang wujud di situ. Menunjukkan betapa dahsyatnya gempa tersebut.
  • Orang yang mendustakan Nabi Syuaib ialah orang yang rugi.


Ayat 93
  • Nabi Syuaib telah sampaikan risalah dari Tuhannya dan memberi nasihat kepada kaumnya namun mereka ingkar.
  • Ayat ini menunjukkan ekspresi sedih Nabi Syuaib bilamana kaumnya ingkar.
  • Lalu Nabi Syuaib hiburkan hatinya dengan berkata, tak sepatutnya aku berasa sedih terhadap orang yang derhaka kepada Allah.
  • Kalau orang bukan Islam mati, kita perlu sedih atau tidak? Kalau orang mati itu dia banyak perangi Islam, maka tidak perlu kita menzahirkan kesedihan kerana mereka ni mencabar Allah dan Rasul.
  • Dalil peristiwa: Langit & bumi pun tidak sedih akan pemergian Firaun.
  • Maksud langit bumi menangis ialah dua tempat iaitu langit menangisi amalan baik orang itu kerna taat kepada Allah. Dan bumi menangisi sujud orang itu, kerana ketika hidup dia seorang yang banyak sujud kepada Allah.


Ayat 94
  • Kufurnya seseorang menjadi asbab turunnya bala dari Allah.
  • Tidak ada satu negeri diutuskan seorang Nabi (yang didustakan oleh kaumnya) melainkan akan Allah turunkan bala dengan kesusahan dan penderitaan.
  • Ba’sa: Musibah dari luar dan dirinya.
  • Dora’: Penyakit yang menimpa pada dirinya sendiri.
  • Suatu peringatan buat kita daripada Allah bilamana azab yang sudah diturunkan kepada umat terdahulu.
  • Bukankah orang yang sakit, masa tu dia mula ingat kepada Allah, kan? Kalau doktor tiada di hospital umpamanya, apa dia akan buat? Berdoa.
  • Bilamana musibah menimpa, barulah manusia biasanya ingat kepada Allah. Tapi bila musibah tiada, mulalah mereka berseronok dan lupa Allah.
  • Dengan sebab itulah Allah turunkan azab kepada mereka.


Ayat 95
  • Jika diberi hukuman oleh Allah, tapi tak insaf-insaf juga, maka Allah turunkan nikmat kesenangan kepada mereka.
  • Bilamana senang, mereka mengatakan bahawa susah dan senang itu tiada kaitan dengan iman kepada Allah.
  • Maka Allah timpakan mereka secara mengejut dan mereka tak menyedari.
  • Siapa yang mampu menghalang azab yang turun daripada Allah?
  • Bila Allah nak hancurkan satu negeri, Allah biarkan orang kaya guna duit mereka untuk buat kerosakan, dan masuk dalam apa jua sistem. Contoh: sistem pentadbiran dicabuli.
  • Menjadi penentu berkatnya atau binasanya negeri itu.
  • Punca seseorang itu buat maksiat kerana orang kaya labur duit itu untuk tujuan maksiat. Contoh: jual dadah.
  • Duit tu jika digunakan untuk kebaikan, maka baiklah negeri itu. Begitu juga sebaliknya.


Ayat 96
  • Sekiranya penduduk negeri tu beriman dan bertaqwa, maka Allah akan buka pintu kurniaan nikmatNya yang melimpah ruah.
  • Bala dari Allah jika turun, akan kena kepada semua orang.
  • Bala juga terkadang berbentuk kenikmatan. Tak semestinya berbentuk musibah!


Riyadhus Solihin (Kelebihan Hari Jumaat)

Hadis 1
  • Jumaat, hari yang terbaik dalam 1 minggu.
  • Pemberian ialah pengampunan dosa, iaitu selama 1 minggu (antara 2 hari Jumaat). Bukan bermakna dia boleh buat dosa 1 minggu, tapi maknanya Allah beri ganjaran pahala sama dengan pengampunan dosa selama 1 minggu.
  • Beberapa syarat untuk dapat pengampunan di antara 2 hari Jumaat:
  • Mandi (start tempoh mandi Jumaat setelah masuk waktu Subuh).
  • Bersuci.
  • Memakai minyak wangi.
  • Memakai krim pada badan.
  • Jangan sampai pisahkan 2 orang yang sedang duduk di masjid hingga boleh ganggu fokus orang (contoh: lalu di antara 2 orang)
  • Solat sebanyak mana dia nak (tiada larangan solat pada waktu matahari tegak pada hari Jumaat).
  • Diam ketika imam sedang berkhutbah (imam kena keras suara supaya jemaah fokus mendengar).


Hadis 2
  • Kalau satu surah dibacakan kepada manusia, sepatutnya cukup untuk mereka sedar dan insaf, yakni Surah Al-Asr. Apatah lagi 114 surah dalam Al-Quran.
  • ‘Pasar’nya orang Islam seperti masjid/surau. Yakni ada zikir dan perniagaan ikut syariat Islam di pasar tersebut.
  • Pada hari Jumaat, syaitan akan pergi pasar/kedai untuk hasut orang agar datang lewat ke masjid.
  • Malaikat khusus diutus oleh Allah untuk catit nama orang yang datang masjid pada hari Jumaat.
  • Kalau datang awal ke masjid, jangan duduk belakang. Malaikat pun berada di mimbar.


Hadis 3
  • Hari Jumaat, waktu mustajabnya doa.
  • Terkadang mustajabnya doa pada masa dan tempat. Dan terkadang pada orang yang baik di sisi Allah (contoh: doa pemimpin adil, doa orang yang makan sumber yang halal dsb.)
  • Waktu mustajab doa (hari Jumaat): Antara 2 khutbah.
  • Waktu yang singkat itu adalah antara 2 khutbah.
  • Carilah waktu mustajab doa pada penghujung waktu Asar.


Hadis 4
  • Dikhususkan ibadah pada hari Jumaat, iaitu berselawat kepada Nabi S.A.W.
  • Kelebihan orang yang berselawat, ada malaikat yang catat nama orang itu dan beritahukan kepada Nabi.
  • “Orang yang paling hampir kepadaku di hari kiamat adalah orang yang banyak berselawat kepadaku.”
  • Antara nikmat yang besar di hari kiamat ialah dekat dengan Nabi S.A.W.


Syarah Hadis Jibril (Zuhud)

Zuhud ada 3:
  • Zuhud orang awam: Dia tinggalkan perkara yang haram.
  • Zuhud orang khusus: Dia tinggalkan kepada perkara yang berlebihan, yakni hanya ambil sekadar yang perlu sahaja.
  • Zuhud orang yang arif: Tiada apa di dalam hatinya kecuali Allah SWT.


Wallahualam.


Post a Comment

0 Comments