MTDM @ Putrajaya | 5 August 2019


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Surau Putra Al-Amin, Putrajaya




Mukhtasar Sahih Bukhari

Bab 37 (Solat Jenazah untuk Seorang Syahid)
Hadis 676
  • Hadis tentang orang yang syahid di jalan Allah.
  • Orang yang syahid ada 3 kategori:
    • Syahid Dunia: Orang yang ikut berperang di jalan Allah, tetapi tujuan join perang itu bukan kerana Allah. Mungkin kerana harta rampasan, supaya dikenal atau tunjuk keberanian dll. Di akhirat nanti tidak dinilai di sisi Allah sebagai para syuhada.
    • Syahid Akhirat: Di akhirat akan bersama dengan para syuhada, tapi sikap kita uruskan jenazah adalah seperti jenazah biasa (mandi, kafan, solatkan, kebumikan). Cth: Orang yang membela maruahnya/hartanya/orang yang tenggelam/orang yang sakit perut/ibu yang meninggal ketika melahirkan anak.
    • Syahid Dunia & Akhirat: Berjihad di jalan Allah dengan niat tegakkan agama Allah.
  • Untuk syahid dunia ini, kita anggap orang ini dalam golongan yang syahid di jalan Allah, tapi mungkin tidak di sisi Allah.
  • Orang syahid tidak dimandikan. Hanya dikafankan dan dikebumikan.
  • Tiada maknanya beramal jika tiada ikhlas.
  • Orang yang berjihad itu hakikatnya ‘hidup’.
  • Orang yang syahid itu tidak perlu disolatkan. Fungsi disolatkan jenazah agar diampunkan dosa orang mati itu daripada orang yang hidup.
  • Orang yang syahid tak perlu disolatkan kerana dia dah mendapat pengampunan Allah dengan asbab dia berjihad.
  • Di akhirat nanti, beberapa gambaran manusia bergantung kepada keadaan amalnya di dunia dulu.
    • Orang yang kena rasuk: Orang yang ambil riba/rasuah ketika di dunia.
    • Jika orang yang baik di dunia, maka akan lihat mukanya bercahaya.
    • Ada orang yang jalan atas Sirat laju seperti kilat, menunggang kuda dll.
  • Dalil peristiwa: Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Tahun itu para peniaga yang dapat keuntungan, hasil untungnya itu digunakan untuk persiapan yang lengkap. Kaum musyrikin dalam 3000 orang dan kaum muslimin tidak sampai 1000 orang.
  • 1 liang lahad sepatutnya muat hanya 1 orang, tapi jika keadaan darurat (bencana alam yang mengorbankan ramai orang dll.), maka dibolehkan untuk gali liang lahad dan letakkan lebih dari 1 orang.
  • Orang dihormati dengan asbab banyak berdamping dengan Al-Quran dan begitu sebaliknya.
  • Surah Al-Mulk akan menghalang kita daripada azab kubur. Biasakan baca Al-Mulk sebelum tidur.
  • Nabi bersabda: Aku akan menjadi saksi kepada mereka di akhirat nanti. Maksudnya adalah Nabi akan beri syafaat kepada mereka yang mati syahid di akhirat nanti.
  • Di akhirat nanti, setiap umat yang diutuskan kepada mereka Rasul akan disoal, dan Rasulnya juga Allah akan soal.


Bab 38 (Anak yang belum baligh baru masuk Islam, lalu meninggal dunia, adakah perlu disolatkan?)
Hadis 677
  • Setiap manusia yang sempuna lahirnya dan meninggal dunia, maka wajib untuk lakukan solat jenazah, walaupun seorang anak kecil yang baru masuk Islam.
  • Tetapi isi kandungan doa ketika solat jenazah itu khusus untuk kanak-kanak. Antara isi kandungan doa itu ialah:
    • Diberi ketabahan kepada ibu bapanya.
    • Moga anak itu menjadi asbab ibu bapanya mendapat pengampunan dari Allah.
  • Setiap awal tahun Nabi S.A.W menziarahi orang yang mati syahid dalam Perang Uhud.
  • Setiap hal yang dilakukan setiap tahun dipanggil Haul.
  • Hikmah menziarahi kubur:
    • Mengingati mati
  • Dalam menziarahi kubur, dilihat kepada siapa yang kita ziarah tu.
  • Penghujung yang baik itu ialah orang yang bertaqwa, bukan jawatannya.
  • Celakalah bagi orang yang menjadi hamba kepada dunia. Letakkan dunia di tangan dan jangan letakkannya di dalam hati.


Wallahualam.




Post a Comment

0 Comments