Pengajian Hadis 40 Imam Nawawi |
Masjid Al-Hasanah, Bangi
Ustaz Muhd Fahmi
Hadis 1 (Niat)
- Setiap amalan bergantung pada niat, dan setiap orang dapat apa yang diniatkan.
- Imam Nawawi letakkan hadis ini first, agar supaya kita perbetulkan niat kita bila belajar bab agama terutamanya.
- Niat = kehendak di hati sebelum lakukan sesuatu.
- Allah menilai apa yang ada di dalam hati kita.
- Mazhab Syafie: sahnya amal itu dikira berdasarkan niat (contoh: nak puasa Ramadhan kena mula dengan niat baru sah puasanya).
- Mazhab Abu Hanifah: sempurnanya amalan dengan adanya niat. (Contoh: Solat Isyak tapi tak niat, maka tidak mengapa).
- Al-A'mal = plural/kata jamak bagi amalan.
- Niah = niat
- Kenapa disebut dengan sebutan Al-A'mal (plural)? Kerana ia libatkan 2 bentuk amalan, iaitu zahir dan juga batin.
- Maka amalan perlu diperbanyakkan. Jangan pernah rasa cukup dengan banyak amal.
- Tapi ada golongan yang pakai niat sahaja tapi tak amal. Contoh: solat dengan niat saja, puasa dsb. Maka ini adalah AJARAN SESAT.
- Allah akan bantu seseorang dengan capai apa yang diniatkan.
- Barangsiapa hijrahnya kerana Allah & Rasul, maka hijrahnya kepada Allah & Rasul.
- Maksud HIJRAH di sini bukannya pergi kepada Allah. Kerana Allah itu wujud tanpa bertempat dan ianya aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tapi maksud sebenar ialah berubah serta cari keredhaan Allah & Rasul.
- Contoh hijrah menuju redha Allah & Rasul: belajar ilmu hadis.
- Siapa yang hijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwini, maka hijrahnya ke arah apa yang diniatkan.
- Dalil peristiwa: Penduduk Madinah sambut kehadiran Rasulullah dan rombongan. Dulunya bumi Madinah penuh dengan wabak penyakit. Hanya orang Madinah je boleh survive dari penyakit.
- Islam ini terbina dari kepayahan Rasulullah dan para sahabat Nabi.
- Bayangkan jika kesusahan yang kita tempuh, betapa ruginya kita jika tiada ikhlas dalam diri dan agama pun kita tak concern langsung.
- Kata Habib Ali Zaenal Abidin, niat itu umpama chemical. Bila niat sesuatu, boleh jadi bawa kebaikan dan boleh jadi bawa keburukan.
- Niat orang beriman itu lebih baik dari amalannya.
- Al-Masih: orang nomad, berjalan serata dunia seperti tiada tempat tinggal.
- Conclusion: Betulkan niat kita kerana Allah dan ingin menggembirakan Nabi S.A.W.
Hadis 2 (Islam, Iman & Ihsan)
- Digelar hadis ini sebagai Hadis Jibril.
- Tema hadis ini: Rukun Agama.
- Rukun Agama ada 4: Islam, Iman, Ihsan & Kiamat.
- Iman: Aqidah
- Islam: Syariat
- Ihsan: Akhlak
- Kiamat: Akhir Zaman
- Sebahagian kata ada 3 rukun agama dan sebahagian kata ada 4.
- Hadis ini (peristiwa ini) berlaku pada 10 Hijrah, 1 tahun before wafatnya Baginda S.A.W.
- Kalau dalam hadis Nabi, Hadis Jibril ini umpama Surah Al-Fatihah dalam Quran.
- Nabi S.A.W suka pakaian berwarna PUTIH.
- Ada hadis disebutkan: Pakaian yang paling baik sekali adalah berwarna PUTIH.
- Antara tanda orang musafir: Satu bahagian daripada azab, maksudnya mereka hadapi kepayahan dalam perjalanan (kena duri, pakaian jadi kotor, bawa beg besar-besar dsb.)
- Rapat dengan paha dan lutut Nabi: Maksudnya dalam pembelajaran, galakan untuk duduk rapat dan FOKUS!
- Para sahabat pun tak panggil nama Nabi dengan Muhammad.
- Soalan pertama Jibril: Rukun Islam.
- Soalan 2: Rukun Iman.
- Disebut dalam hadis, Qadar baik dan Qadar buruk: Takdir Allah semuanya baik. Takdir buruk itu (musibah) hanya dari pandangan kita sahaja, tapi bukan di sisi Allah.
- Soalan 3: Ihsan (Maqam Muraqabah dan Mukasyafah).
- Makam syuhud: Merasakan dirinya sentiasa diperhatikan oleh Allah.
- Kalau perompak, mereka akan elak dari CCTV. Maka mereka akan kerjakan CCTV dulu supaya tak diperhatikan pergerakan mereka.
- Lalu orang beriman, bila nak bermaksiat, mereka akan rasa diperhatikan oleh Allah meskipun dalam keadaan sorok-sorok.
- Penting belajar ilmu tasawuf dan akhlak, agar supaya kita rasa diperhatikan oleh Allah.
- Soalan 4: Kiamat.
- Jibril tanya bila hari kiamat. Nabi jawab, yang ditanya pun tak tahu dan yang bertanya pun tak tahu bila kiamat. Hanya Allah sahaja tahu.
- Dalil: Surah Luqman (Ayat terakhir). 5 perkara yang tidak diketahui oleh makhluk apa pun dan hanya Allah sahaja yang tahu.
- Dan Jibril tanya Nabi tentang tanda kiamat.
- Ada 4 makna dari "hamba perempuan melahirkan tuan":
- Ramai anak derhaka kepada mak ayah.
- Anak merdeka dan mak hamba.
- Akan berlaku perniagaan hamba, berlakunya pemisahan anaknya, yang dah merdeka. Dan berpisah setelah sekian lama dan berjauhan, maka suatu masa anaknya yang merdeka akan beli ibunya yang masih hamba sedang anaknya tak tahu yang dibeli itu ialah ibunya.
- Orang orang tua yang menjadi khidmat kepada anaknya (contoh: minta mak ayah jaga cucu).
- "Orang yang tak berkasut" ada 2 maksud:
- Dulu orang miskin tetiba durian runtuh, jadi orang kaya raya.
- Orang yang tidak faham priority (sebagai contoh, orang itu sibuk nak buat bangunan tinggi sampaikan barang keperluan yang lebih utama tidak dibeli).
- Nabi tanya Umar, adakah kamu tahu siapa yang bertanya itu? Umar jawab: Hanya Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Para sahabat ramai jawab jawapan ini untuk jaga adab mereka dengan Nabi S.A.W.
- Kita mesti berani cakap "tak tahu", jika memang tak tahu sesuatu perkara.
- Dan Nabi S.A.W menjawab: Dia adalah Malaikat Jibril. Rasulullah dapat tahu datangnya malaikat, ianya antara kelebihan yang ada pada Nabi S.A.W.
Wallahualam.





0 Comments