Ustaz Nik Nasri
| Masjid Tengku Mizan, Kerteh
Tajuk: Kebaikan Berganda Kejahatan Tidak
- Bila berbuat kebaikan, maka ganjaran akan berlipat kali ganda diberikan oleh Allah.
- Bila ada offer seperti ini, biasanya manusia akan mengejarnya.
- Solat fardu: 50 waktu solat dikurangkan jadi 5 waktu. Dan fadhilatnya sama seperti buat 50 waktu solat.
- Terpulang kepada kita untuk mengambilnya atau tidak.
- Nabi S.A.W bersabda: Bilamana masuk di taman syurga, maka petiklah kamu akan apa saja yang ada di dalam syurga. Sahabat pun bertanya: Ya Rasulullah, apakah itu taman syurga? Nabi menjawab, suatu bulatan/kumpulan yang mengingatkan diri kepada Allah.
- Syurga itu dipenuhi dengan perkara yang tidak disukai nafsu (pergi majlis ilmu, solat berjemaah, puasa, taat perintah Allah dll.).
- Orang yang rajin puasa, akan start dari 1 Zulhijjah. Dan sekurang-kurangnya/jika malas/penat, maka puasalah kita pada 9 Zulhijjah (Hari Arafah) atau puasa Isnin/Khamis.
Al Baqarah
(Ayat 261)
- Cari dana untuk sekolah tahfiz tidak salah.
- Ada orang yang mudah nak beri, ada orang yang susah nak beri. Jadi perkara ni membuka peluang buat semua untuk menyumbang.
- Pada zahirnya sekolah tahfiz adalah tempat yang baik. Jadi eloklah kiranya untuk menyumbang harta kita bagi membantu bangunkan tempat-tempat yang baik.
- Banyak bentuk bandingan difirmankan oleh Allah Taala dalam Al-Quran. Contoh lain: Bandingan ahli kitab yang baca kitab tapi tak faham, ibarat kitab yang penuh dibawa oleh keldai, dan banyak lagi. Begitu juga dalam ayat ini.
- Mungkin manusia lebih sayang harta daripada nyawa. Manusia itu terkadang sanggup gadai nyawa demi selamatkan harta.
- Nafkah anak bini tidak dimaksudkan seperti ayat di atas, kerana nafkah itu wajib untuk diberikan.
- Konsep fisabilillah ini suatu yang umum. Seperti ayat ini, fisabilillah disebutkan sebagai infaq (sedekah).
- Dalil lain: Al-Baqarah (Ayat 1-5)
- Dalil peristiwa: Saidina Uthman banyak sponsor kuda. Dan Saidina Umar infaq kesemua hartanya, yang tinggal hanya Allah dan Rasul.
- Infaq ini besar fadhilatnya, wajib kita beriktiqad (yakin) bahawa Allah akan gantikan apa yang kita sedekahkan dengan yang lebih baik. Jika tidak dapat di dunia, in shaa Allah pasti didapat di akhirat.
- Infaq fisabilillah, ganjarannya 700 kali ganda pahala.
- Pahala terbahagi kepada dua:
- Kam: Bilangan
- Kaif: Bentuk
- Tidak diberitahu bahawa pahala ini dah 'banyak mana' yang kita kumpul.
- Dalilnya: Al-Mulk (Ayat 2)
- Yang paling penting, buatlah apa yang patut kita buat. Buatlah kebaikan dan berhenti daripada berbuat dosa.
Wallahualam.


0 Comments