Risalah Jamiah | 21 August 2019


Risalah Jamiah | Surau UniKL MFI
Ustaz Alif



Bab: Solat-Solat Sunat
  • Solat Sunat Raya Aidilfitri & Aidiladha, ditunaikan secara berjemaah.
  • Ada solat yang disunatkan berjemaah dan ada yang tak sunat berjemaah.
  • Contoh: Solat 2 Hari Raya, Solat witir waktu Ramadhan, Solat Gerhana Bulan & Matahari.
  • Ada yang tak sunat berjemaah. Contoh: Solat Dhuha, Solat Sunat Rawatib dll.


Solat Sunat Hari Raya
  • 2 Hari Raya: Aidilfitri & Aidiladha
  • Bil. Rakaat: 2
  • Waktu: Kadar matahari naik sejuzuk (30 mins lebih kurang lepas waktu Syuruk)
  • Ada yang solat 9 pagi (lewat) utk bagi ruang untuk orang bayar zakat.
  • Sunat takbir 7 kali pada 1st rakaat, dan 5 kali takbir pada 2nd rakaat.
  • Jika tak buat takbir 7 kali dan 5 kali? Masih sah solatnya.
  • Khutbah Raya: Lepas Solat. Khutbah Jumaat: Sebelum Solat.
  • Jika tertinggal, boleh solat sendirian macam solat sunat biasa. Tak perlu khutbah haha.


Solat Gerhana (Bulan & Matahari)
  • 2 rakaat.
  • Khutbah selepas solat.
  • Waktu solat: Start gerhana hingga habis gerhana.


Solat Witir
  • Abu Hurairah r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah ada mewasiatkan aku 3 perkara:
  • Puasa 3 hari setiap bulan.
  • 2 rakaat Solat Dhuha.
  • Solat Witir sebelum tidur.
  • Min Rakaat: 1
  • Max Rakaat: 11
  • Paling afdhal: 3 rakaat 2 salam.


Solat Sunat Rawatib
  • Solat dilakukan before/after solat fardhu.
  • Ada 2 bahagian:
Sunat muakkad (sangat dituntut)
    • 2 rakaat before Subuh
    • 2 rakaat before Zuhur
    • 2 rakaat after Zuhur
    • 2 rakaat after Maghrib
    • 2 rakaat after Isyak
Sunat Ghairu Muakkad (tidak sampai tahap sunat dituntut)
    • 2 rakaat before Zuhur
    • 4 rakaat before Asar
    • 2 rakaat before Maghrib
    • 2 rakaat before Isyak
  • Nabi pernah bersabda: Tidaklah seseorang Muslim solat sunat sebanyak 12 rakaat melainkan akan dibina sebuah rumah oleh Allah di syurga.


Solat Dhuha
  • Min Rakaat: 2
  • Max Rakaat: 8
  • Waktu: 30 mins lepas waktu Syuruk.


Solat Tarawih
  • Waktu: Selepas solat Isyak sampai masuk waktu Subuh pada bulan Ramadhan. Syaratnya, kena buat Solat Isyak dulu.
  • Max rakaat: 20
  • Min rakaat: 8
  • Tak perlu gaduh bab bilangan rakaat. Yang penting buat!
  • Nabi S.A.W lakukan Solat Terawih 20 rakaat. 8 rakaat dan 12 rakaat di rumah.
  • Solat Terawih berjemaah di masjid/surau mula dibuat masa zaman Saidina Umar al-Khattab.


Bab: Puasa
  • Position kitab ini, buat Taharah > Solat > Puasa > Zakat > Haji. Kenapa buat turutan macam ni? Sebab perintah puasa turun dulu sebelum perintah zakat.
  • Mula difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke 2 Hijrah.
  • Makkiyah: Surah yang turun sebelum Hijrah Nabi ke Madinah.
  • Madaniyah: Surah yang turun selepas Hijrah Nabi ke Madinah.
  • Nabi sempat berpuasa sebanyak 9 kali Ramadhan.
  • 8 kali selama 29 hari dan 1 kali selama 30 hari. Kerana hari-hari Ramadhan berbeza setiap tahun.


Puasa Rukun Islam ke-3
  • Puasa: Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.
  • 2 Rukun Puasa: Niat dan menahan diri.
  • Waktu Niat: Lepas Maghrib hingga sebelum masuk Subuh.
  • Untuk puasa sunat, boleh niat selepas Subuh hingga sebelum Zuhur. Syaratnya mesti menahan diri.
  • Ikut Mazhab Syafie, kena niat puasa setiap malam.
  • Ikut Mazhab Maliki, boleh niat sebulan terus.


Perkara Membatalkan Puasa (antaranya)
  • Makan
  • Minum
  • Keluar darah haid
  • Bersetubuh
  • Onani
  • Muntah dengan sengaja dll.


Kesempurnaan Puasa
  • Menjaga anggota badan daripada perkara yang dimurkai oleh Allah. Contoh: Mata, telinga, mulut, hati.
  • Nabi S.A.W pernah bersabda, ada 5 perkara yang hilangkan pahala puasa:
    • Berdusta
    • Mengumpat
    • Mengadu domba
    • Sumpah palsu
    • Melihat sesuatu dengan nafsu syahwat

  • Berbuka makanan yang sumbernya halal.
  • Tidak makan terlalu banyak.


Puasa-Puasa Sunat
  • 6 Hari di Bulan Syawal.
  • Puasa Hari Arafah.
  • Hari Asyura (10 Muharram).
  • Puasa Hari Putih (13,14 dan 15 setiap bulan).
  • Puasa Hari Hitam (28,29 dan 30 setiap bulan).
  • Puasa sunat Isnin & Khamis.

Wallahualam.

Next Topic: Zakat

Post a Comment

0 Comments