Special MTDM | 2 August 2019


Maulid Istimewa Sempena Haji 1440H | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa


Syeikh Samih Al-Kuhali (Diterjemahkan oleh Ustaz Bashir Al-Azhari)

  • Alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang telah himpunkan kita malam ini dan sebesar-besar pujian kepada Allah.
  • Majlis zikir, ianya ada beberapa kelebihan khusus yang tidak didapat pada majlis yang lain.
  • Ulama besar dari Hadramaut (Habib Abdullah bin Hussein), beliau hadir satu majlis gurunya (Imam Hassan bin Soleh). Dan beliau hadir dengan bersedia menerima apa yang disampaikan dalam majlis itu.
  • Majlis zikir sentiasa ada keberkatan di dalamnya, ada cahaya serta rahsia yang tersembunyi dan yang terzahir. Ianya menjadi rahmat, yang tidak didapat pada majlis-majlis lain.

  • Waktu sekarang ini adalah 10 hari awal Zulhijjah.
  • Hadis Riwayat Imam Bukhari: Tiada amalan yang lebih dicintai oleh Allah melainkan orang tersebut beramal pada awal 10 malam Zulhijjah.
  • Satu hari berpuasa dalam Zulhijjah = berpuasa 1 tahun.
  • Beribadah pada malam Zulhijjah sama kedudukannya dengan Malam Lailatul Qadar, walaupun Lailatul Qadar itu ada martabat/fadhilat hebatnya yang tersendiri.
  • Perlu kita ambil perhatian akan kelebihan 10 hari awal Zulhijjah.
  • Imam Al-Munzir dalam kitabnya ada mengatakan: Fadhilat berpuasa 10 hari Zulhijjah itu lebih baik dari 1000 hari berpuasa.

  • Allah Taala menjadikan bulan Zulhijjah, diketahui bahawa bukan semua orang dipilih untuk tunaikan haji, dan Allah berikan juga kepada yang tak dapat pergi Haji, akan kelebihan yang diberikan oleh Allah.
  • Keberkatan bila kita duduk dengan para ulama menjadi perhatian kita yang paling utama bila berada dalam majlis zikir seperti ini.
  • Bilamana kita beramal akan apa yang disampaikan di dalam majlis seperti ini, maka itulah tanda kita sebagai orang beriman yang sebenarnya.
  • Tiada sesuatu yang akan kita bawa kepada Allah melainkan amal kebaikan yang kita lakukan. Adapun perhiasan yang kita nampak sekarang ini, ianya ada di dunia sahaja, bermakna tidak akan kita bawa bertemu dengan Allah.

  • Apakah hikmah di sebalik adanya Haji ini?
  • Bila Allah syariatkan Haji, bila seseorang sudah mampu untuk melakukannya, hikmahnya adalah untuk memperingati sirah para anbiya, daripada Nabi Adam hinggalah Nabi Muhammad.
  • Setiap orang yang solat itu tidak sah solatnya melainkan menghadap kepada kiblatnya Kaabah.
  • Saat Kaabah berada di depan mata kita, ambillah makam Ibrahim sebagai tempat ibadah kita, ambillah keberkahan daripada peninggalan para anbiya.
  • Safa & Marwah itu tidak lebih hanyalah sebuah bukit. Tapi Allah Taala jadikan rukun haji yang tidak boleh seseorang meninggalkannya (saie).
  • Di sana ada kesan insan solehah iaitu Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim a.s). Beliau tinggal di Mekah semata-mata ikut perintah Allah.
  • Ditinggalkan Nabi Ismail di situ untuk memenuhi perintah Allah walaupun ketika itu tiada sebarang kehidupan di situ.
  • Betapa kuatnya mereka ikut akan segala perintah Allah.
  • Allah jadikan salah satu rukun Haji iaitu mengikuti jejak langkah Saidatina Hajar iaitu ibadah Saie (berlari-lari anak dari Safa ke Marwah).

  • Nabi S.A.W pernah bersabda: Akan ada satu zaman, di mana mereka yakni orang kaya akan berangkat pergi ke Haji untuk berjalan-jalan, yang sederhana pula pergi ke sana untuk berniaga sebagai tujuan utama. Dan para ulama serta orang soleh pada zaman tersebut pergi ke sana untuk dipandang mulia oleh orang lain. Yang miskin pula pergi ke sana untuk mengemis.
  • Adakah telah datang zaman seperti ini?
  • Maka jangan sesekali bersama mereka dan jauhilah mereka.

  • Mudah-mudahan Allah pandang kita dengan pandangan kemuliaan.
  • Moga Allah berikan taufik kepada kita untuk peroleh apa yang kita inginkan.
  • Moga Allah kekalkan kita dalam majlis seperti ini.


Habib Faqeh Muqaddam Al-Idrus
  • Segala puji bagi Allah yang kurniakan kita kebaikan pada saat ini.
  • Dalam hadis Qudsi disebutkan: Berhak untuk mendapat kecintaanKu (Allah), buat mereka yang menyayangi saudaranya kerana Aku.

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


  • Agihan rahmat itu terkadang ada pada tempat, waktu dan orang.
  • Beruntunglah bagi orang yang mendatangi tempat itu dan meraih agihan rahmat tersebut.
  • Allah jadikan siang dan malam saling bertukar, sebagai peringatan bagi umat manusia dan bagi mereka yang ingin bersyukur.
  • Ada pemberian di waktu siang agar manusia datang waktu itu untuk mendapatkan agihan dari Allah.
  • Ada pemberian di waktu malam agar manusia datang waktu itu untuk mendapatkan agihan dari Allah.
  • Sungguh Maha Pemurahnya Allah sehingga dijadikan agihan kepada hambaNya di setiap waktu.
  • Tiada apa yang akan kita bawa bertemu Allah melainkan ganjaran ibadah yang dilakukan kepada Allah.

  • Sempena 10 hari pertama Zulhijjah, maksimumkan amal kita dengan zikir, tasbih, tahmid dan takbir.
  • Nabi S.A.W, ketika nampak para sahabat berkumpul maka Nabi turut serta dalam kumpulan tersebut lalu Nabi mengatakan, Aku nampak rahmat turun kepada kamu semua.
  • Bergantung kepada kesungguhan kita dalam mendapat agihan rahmat Allah.
  • Dalam hadis Nabi disebutkan, ketika Perang Badar, ada ramai daripada mereka yang tidak dapat turun bersama, juga mendapat rahmat dari Allah seperti orang yang turun berjihad. Kenapa mereka juga dapat? Kerana KESUNGGUHAN mereka untuk mendapatkannya.
  • Sejauh mana di dalam hati kita ini bersungguh-sungguh untuk mendapat agihan rahmat Allah?
  • Ulama ada mengatakan, orang yang datang kepada Allah sungguh-sungguh, maka Allah akan datang (memberi balasan baik) kepadanya sungguh-sungguh juga.

  • Untuk mendapat pemberian daripada Allah, bergantung kepada sejauh mana kejujuran kita kepada Allah.
  • Untuk mendapat pemberian daripada Allah, bergantung kepada sikap kita kepada Allah.
  • Sesungguhnya Allah melihat apa yang ada di dalam hati seseorang.
  • Maksimumkan amal baik & sungguh-sungguhlah dalam melakukannya.
  • Mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita, moga Allah himpunkan kita bersama orang-orang yang soleh serta mendapat keberkatan bilamana berdamping bersama dengan mereka.

Wallahualam.



Post a Comment

0 Comments