Special MTDM @ Putrajaya | 19 August 2019


Maulid Bulanan Khas @ Surau Putra Al-Amin, Putrajaya



Syeikh Dr Hussein As-Saqqafi (AJK Kesatuan Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah) - (Terjemahan oleh Ustaz Bashir Mohamed Al-Azhari)


  • Kata pepatah Arab, "Kecintaan kepada sesuatu akan menyebabkan dia akan berhimpun dengan perkara tersebut."
  • Terhimpunnya kita di majlis ini adalah atas dasar mahabbah dan sifat cinta.
  • Seorang Raja dari India menyaksikan sendiri mukjizat Nabi S.A.W membelah bulan.
  • Baginda Nabi perintahkan raja tadi, untuk balik semula ke India untuk sebarkan Islam. Dan dalam perjalanan raja itu wafat di suatu daerah di Oman.
  • Di saat kewafatan raja, ahli rombongan dipesan oleh raja itu untuk jaga utusan Nabi S.A.W (sahabat-sahabat Nabi, salah seorangnya ialah Malik bin Dinar) dan beri segala kemudahan kepada mereka dan bina masjid di sekitar India.
  • Islam yang tersebar di India adalah warisan Nabi S.A.W atas dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah, sehingga Islam dikuatkan lagi dengan kehadiran para ulama dan para ilmuwan.
  • Mungkin ada daripada kita yang bertentangan, apa makna Sunnah Wal Jamaah yang sebenar?
  • Dalam laksanakan solat 5 waktu, kita wajib untuk baca Al-Fatihah, setiap hari paling kurang kita baca Al-Fatihah 17 kali.
  • Dalam surah Al-Fatihah ada satu doa (2 ayat terakhir surah Fatihah), maka doa ini at least kita baca 17 kali.
  • Boleh saja Allah firmankan dalam Surah Al-Fatihah yakni doa (Ya Allah, Jadikanlah kami kaum muslimin) tapi Allah tak firmankan sedemikian.
  • Boleh saja Allah firmankan dalam Surah Al-Fatihah yakni doa (Ya Allah, Berikanlah hidayah kepada kami) tapi Allah tak firmankan sedemikian.
  • Doa yang terhimpun segala doa (Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah) namun Allah tak firmankan.
  • Tapi Allah firmankan dalam 2 ayat terakhir itu, (Berikanlah kami jalan yang lurus, yakni ikut para anbiya, para syuhada dan para solihin.) Iaitu mereka yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan bukannya aqidah selain daripadanya.
  • Ajaran ASWJ yang mengagungkan para anbiya dan para ulama, serta ahlul bait. Serta mengagungkan majlis maulid seperti ini. Namun pegangan2 lain menghina ahlul bait dan para sahabat, yakni jauh menyimpang dari ASWJ.
  • Ketika penjajahan negara Barat, merekalah sebab perpecahan kaum Muslimin, dan banyaknya puak berpecah. Kalaulah bukan sebab itu maka kuatlah komuniti muslimin di bawah ASWJ.
  • Saya berwasiat agar berpegang teguhlah kita dengan para ulama.


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


  • Nabi S.A.W beritahukan kepada Abu Talib, "Wahai bapa saudaraku, kalaulah orang musyrik letakkan matahari di tangan kiri dan bulan di tangan kanan, jika disuruh untuk aku tinggalkan kerja dakwah ini, nescaya aku takkan tinggalkannya."
  • Di saat orang menentang Rasulullah dan mencabar Nabi membelah bulan agar mereka mula beriman, ternyata setelah Nabi membelah bulan dan mereka saksikannya, namun tak semua yang terima kesaksian itu untuk dapatkan hidayah Islam.
  • Yang jauh (Raja dari India) dapat hidayah, tapi yang dekat (sebahagian kaum Quraisy) tak dapat hidayah.
  • Allah akan memberikan agama hanya kepada orang yang disukai oleh Allah.
  • Agama Allah ini akan tetap tersebar walaupun tak ada orang pun yang sebarkan, namun rugilah bagi mereka yang tak jadi asbab tersebarnya Islam.
  • Bukankah mudah untuk kita ajak ke majlis zikir/majlis ilmu?
  • Nabi S.A.W bersabda maksudnya: Orang yang paling baik adalah orang yang banyak memberikan manfaat kepada orang lain.
  • Hijrah Nabi ke Madinah membawa misi dakwah dan jadi sebab diterimanya hidayah oleh penduduk di Madinah.
  • Baginda sangat suka kepada orang yang menjadi sebab hidayah kepada orang lain.
  • Bertuahlah buat mereka yang membuka pintu kebaikan kepada orang lain dan menutup pintu keburukan orang lain.
  • Kalau kamu betul suka, kamu pasti taat kepada perkara yang kamu suka.
  • Apakah jalan Nabi S.A.W? Iaitu mengajak manusia kepada Allah.
  • Suatu anugerah dari Allah, di Malaysia ini yang dimuliakan oleh Allah, berpegang pada disiplin ilmu iaitu mazhab Syafie dan pegangan aqidah ASWJ.
  • Moga Allah merahmati umat terdahulu yang susah payah berjuang untuk menegakkan agama Islam ini.
  • Moga kita termasuk dalam golongan yang menjaga manhaj ini (aqidah ASWJ).
  • Moga Allah rahmati umat Islam yang berada di Malaysia khususnya.


Wallahualam.

P/s: Sekadar ringkasan, for more inputs boleh refer FB Live (Dar Media.tv). Moga ada manfaat...



Post a Comment

0 Comments