Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid |
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa
Tafsir Quran | Riyadhus
Solihin | Syarah Hadis Jibril
Tafsir Quran (Surah
Al-A'raf: 113 - 123)
Kisah Nabi Musa, Firaun & Ahli Sihir
- Dalam perbahasan yang lalu, diceritakan tentang dakwah, di mana dakwah ini sasarannya kepada semua golongan, bukannya untuk golongan tertentu sahaja.
- Baginda S.A.W diutus oleh Allah, membawa risalahNya untuk disebarkan kepada semua!
- Misi Rasulullah sampaikan dakwah bila di kota Mekah bermula dengan ahli keluarga terlebih dahulu.
- Baginda mendahulukan ahli keluarganya dalam kebanyakan perkara.
- Bila qiamullail, Nabi akan lalu di hadapan rumah puterinya Fatimah untuk kejut bangun untuk beribadah.
- Jika dilihat daripada sejarah, surat utusan yang dihantar oleh Baginda S.A.W, tulisannya masih nampak hingga kini (Contoh: Surat perutusan kepada pemerintah Parsi, surat kepada Hercules dari Rom dll.).
- Masuknya Islam ke Nusantara ini bukanlah melalui pertumpahan darah. Malahan dengan kemasukan dakwah ini, ianya disampaikan kepada penguasa ketika itu.
- Jika penguasa terima Islam, maka penguasa akan guna agama untuk memerintah serta melaksanakan undang-undang atas dasar Islam.
- Nabi Musa ditemani Nabi Harun berjumpa dengan Firaun.
- Bukankah Firaun tetap tak beriman tapi kenapa mereka masih pergi jumpa Firaun? Sebabnya: Dakwah tetap disampaikan walaupun kepada pemerintah zalim sekalipun.
- Dakwahlah dengan berlemah lembut. Zaman kita sekarang, ramai yang berdakwah dengan cara hentam sana sini kepada orang.
- Firaun mendakwa dirinya Tuhan. Maka Musa menegur Firaun, ditunjukkan mukjizat kepadanya, namun Firaun tetap tak mahu mengalah masa tu.
- Nabi Musa diberi kekuatan oleh Allah dengan ilmu sihir.
- Nabi Musa berhadapan dengan tukang sihir. Firaun ingin beri upah/diberi jawatan kepada para penyihir jika dapat kalahkan Nabi Musa.
- Saya tak risau kemiskinan menimpa kamu, yang aku risau bilamana dibentangkan keduniaan kepada kamu, kamu kuat bersaing sesama kamu.
- Fitnah yang dihadapi oleh Baginda S.A.W: Fitnah harta, jawatan dan perempuan.
- Baginda Rasulullah ditawarkan 3 perkara ini, lalu Nabi membaca satu ayat daripada Quran (Surah Fussilat).
- Harta dan takhta tidak jadi sebab kebahagiaan seseorang melainkan digunakan kerana Allah SWT.
- Nabi Musa suruh penyihir untuk tunjukkan skill sihir mereka (lemparkan tali untuk menyihir mata manusia).
- Disebutkan di sini, tali itu bukannya bertukar jadi ular. Tapi penyihir itu yang sihir mata orang sehingga dinampak seperti ular.
- Kalau ilmu sihir tidak betul, maka orang tak nampak tali itu seperti ular. Terkadang ilmu sihir akan terkena juga kepada ahli ibadah.
- Nabi Musa masa tu nampak juga kesan daripada sihir itu. Allah tenangkan Nabi Musa agar jangan takut.
- Tidak ada kewalian yang diberi oleh Allah kepada orang yang tidak istiqamah.
- Para penyihir tunjukkan skill sihir mereka dengan luar biasa. Maka Allah suruh Nabi Musa dilemparkan tongkat. Nabi Musa masa tu tunggu arahan Allah untuk keluarkan sihir.
- Selepas itu berubah tongkatnya menjadi ular dan memakan tali para penyihir yang lain.
- Mereka (penyihir) itu tak nampak benda itu adalah sihir sebaliknya nampak ianya fakta/kebenaran.
- Syeikh Mutawalli as-Syarawi: Yang namanya penyihir takkan kena sihir pada diri sendiri.
- Para penyihir itu merasa hina, tunduk lalu mengatakan, “Sesungguhnya kami beriman kepada Tuhan Semesta Alam.”
- Mestilah berjasa dan kekal hormat kepada guru kita meskipun guru ajar Iqra.
- Penyakit yang berbahaya kepada seseorang adalah lalai. Maka banyakkanlah berzikir kepada Allah agar jauh dari kelalaian.
- Mudah-mudahan Allah pelihara kita dari fitnah harta. Moga Allah ilhamkan kita untuk guna harta kerana Allah Taala.
Riyadhus Solihin (Keutamaan Solat
Malam)
Hadis #2
Hadis #3
Hadis #4
- Selain solat 5 waktu, adanya solat sunat.
- Antara solat sendirian yang digalakkan ialah SOLAT MALAM.
- Solat yang paling baik bagi kamu selepas solat fardhu ialah SOLAT MALAM.
- Minimum dapat ganjaran qiamullail: Solat Isyak berjemaah. Lebih sempurna bila dapat Solat Subuh berjemaah.
- Afdhal waktu solat malam: 1/3 malam terakhir (sekitar 3-4 pagi).
- Minimum solat malam: 2 rakaat. Tidak dinyatakan berkenaan dengan had bilangan rakaat untuk solat malam.
- Bila tertinggal solat malam, jangan bersedih. Boleh kita qadha di waktu Dhuha.
- Nabi berikan galakan/memuji kepada suami yang memercikkan air kepada isteri untuk bangun malam dan sebaliknya.
- Anjuran bagi kita untuk kejutkan ahli keluarga solat malam.
- Jangan melihat kalau rumahtangga itu ada masalah, maka tak bahagia. Nabi pun hadapi masalah dengan isterinya dari segi kewangan dan lain-lain. Namun yang pentingnya bagi kita adalah bagaimana Nabi selesaikan masalah tersebut.
- Salah satu strategi nak jadikan anak kita rajin, ialah jangan merendahkan dia seperti berkata “Pemalas dia ni, nak jadi apa kau ni?” Sebaliknya pujilah dia agar dia lebih bersemangat.
- Amal yang paling disukai oleh Allah ialah sedikit tapi istiqamah melakukannya.
Hadis #5
- Bila seseorang itu tidur, syaitan akan ikat dengan 3 ikatan dan akan terlepas jika:
- Baca doa bangun tidur, maka terlepas 1st ikatan.
- Ambil wuduk, terlepas 2nd ikatan.
- Solat, maka terlepas ikatan yang terakhir.
- Jadikan isyarat dapat bangun awal pagi, sebagai peluang untuk kita dapat segala permintaan kita daripada Allah.
- Dikatakan kencingnya syaitan ialah kencing yang sebenarnya.
- Set alarm banyak kali agar mudah untuk kita bangun malam. In shaa Allah.
Syarah Hadis Jibril (Syukur)
- Menjadi perbezaan di kalangan ulama, mana yang lebih baik? Orang miskin yang sabar atau orang kaya yang bersyukur?
- Sebahagian mengatakan orang miskin yang sabar, kerana banyak dugaan yang mereka tempuhi. Maka sifat sabar mereka itu membawa kebaikan kepada mereka.
- Ada sebahagian mengatakan orang kaya yang bersyukur, sebabnya orang yang diberi banyak nikmat oleh Allah lebih terdedah banyak kepada kelalaian berbanding dia bersyukur kepada Allah kerana kebanyakan orang bila dapat nikmat mereka akan cepat lupa kepada Allah.
- Syukur adalah laluan paling sukar bila dapat nikmat dari Allah. Kerana kebanyakannya nikmat akan mudah membuatkan seseorang itu lalai.
- Syukur itu gabungan daripada 3 aspek: Hati, lisan dan anggota tubuh badan.
- Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah Taala. Ameen Allahumma Ameen.
Wallahualam.











0 Comments