Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid |
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa
Tafsir Quran | Riyadhus
Solihin | Syarah Hadis Jibril
Tafsir Quran (Surah Al-A'raf: 126-131)
Ayat 126
- Kita biasanya menilai perkara berdasarkan tasawur (gambaran) perkara itu.
- Menjadi masalah utama ialah bagaimana pemahaman kita untuk nilai sesuatu.
- Contoh: kita hukum benda itu baik atau buruk, berdasarkan perspektif kita. Kalau rujukan perspektif kita salah, maka perkara itu salah.
- Persepsi Firaun ketika itu dianggap salah, maka Firaun anggap perkara itu menyalahi perspektifnya.
- Buktinya: Firaun marah kepada para penyihir. Apa kesalahan para penyihir ketika zaman Nabi Musa? Sebabnya mereka beriman kepada Nabi Musa.
- Iman tidak pernah salah, bahkan PERSEPSI kita bilamana menilai sesuatu.
- Bilamana motifnya salah maka tindakannya juga salah. Sebelum mereka ambil langkah/tindakan, betulkan motifnya terlebih dahulu.
- Pengikut Nabi Musa semuanya berdoa kepada Allah agar dicurahkan sifat sabar dan mati dalam keadaan Islam.
- Sakitnya badan di saat pertahankan iman di hati. Seseorang yang beriman itu akan lebih jaga imannya walaupun luarannya disakiti.
- Iman itu bilamana sudah masuk di dalam hati maka ia takkan keluar.
- Contoh peristiwa: Pengorbanan Amar bin Yasir, Sumaiyyah, Mashitah (seorang yang ikat rambut puteri Firaun).
- Pengajaran: Iman itu mahal harganya dan tidak boleh dijual walaupun risikonya adalah nyawa kita sendiri.
- Bilamana iman tak dijaga, maka dia akan buat perkara yang bercanggah dengan iman. Bukankah zaman kita sekarang kalau ada masalah sikit mula rasa nak bunuh diri?
Ayat 127
- Dan berkatalah pula ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?"
- Menunjukkan bilamana jawatan seseorang dicabar, maka seseorang akan mula gelisah.
- Maka mereka mencari solusi dengan memarakkan lagi kemarahan Firaun.
- Firaun mengecam pengikut Nabi Musa yang beriman kepada Nabi Musa dengan ugut untuk bunuh anak lelaki mereka serta anak perempuan dibiarkan hidup.
- Ianya satu strategi Firaun untuk menghina maruah seorang lelaki.
- Allah akan bersama dengan mereka yang berada di pihak yang benar.
- Kalau kita nak marah, adakah motifnya benar atau tidak? Lihat motif kita dulu bila nak marah.
- Firaun anggap pihaknya ada kuasa untuk tundukkan pengikut Nabi Musa. Merasakan pihaknya cukup kuat dan tiada yang menandinginya.
Ayat 128
- Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Ianya perkara first yang Nabi Musa suruh pengikutnya buat.
- Bilamana masyarakatnya baik, maka pemimpin yang akan dilantik juga baik.
- Sesungguhnya bumi ini milik Allah. Diwariskan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.
- Tiada guna jawatan/harta/kuasa yang dipegang andai ianya membawa kebinasaan di akhirat kelak.
Ayat 129
- Pengikut Nabi Musa berkata: "Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami".
- Tidak ada perkara yang diturunkan oleh Allah tanpa ada sebab/hikmah.
- Ketika itu, mereka (pengikut Nabi Musa) hanya lihat nikmat dari Allah adalah perkara yang mereka suka sahaja. Tidak nampak nikmat itu dari segi dugaan, mereka tak tahu bahawa dugaan itu jadi asbab diangkat bala daripada mereka serta diangkat darjat mereka di sisi Allah.
- Nabi Musa menjawab: "Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi.”
- Allah juga akan perhatikan bagaimana perbuatan mereka dengan kekuasaan yang diberikan olehNya.
- Tapi Bani Israel ketika itu, apa mereka buat? Bukankah banyak kerosakan yang dibuat? Berapa kali kerosakan yang dibuat oleh Bani Israel ketika diberi kuasa oleh Allah? Contoh: Sembah lembu. Diminta kepada Nabi Musa untuk wujudkan Tuhan yang berbentuk berhala.
- Menunjukkan bahawa hati mereka buta!
Riyadhus Solihin (Keutamaan Solat Malam)
Hadis #9
Menyebutkan tentang 3 amalan untuk mudah masuk syurga:
- Sebarkan salam
- Maksud: Selamat daripada lisan dan perbuatan jahat kita.
- Pastikan kita beri salam, mereka selamat daripada perbuatan dan lisan jahat kita.
- Di akhir zaman, kita akan beri salam kepada orang yang kenal sahaja.
- Salam ini digalakkan bilamana bertemu dengan sesama Muslim.
- Saidina Umar: Terkadang aku pergi pasar kerana aku nak beri salam sahaja.
- Memberi makan
- Sama ada kepada orang susah atau tetamu yang hadir.
- Solat malam
- Solat yang paling hamper kepada IKHLAS ialah solat malam kerana ketika itu tiada siapa tahu.
Hadis #10
- Puasa bulan Muharram diwajibkan sebelum diwajibkan puasa Ramadhan.
- Bila puasa Ramadhan diwajibkan maka dimansuhkan kewajipan puasa Muharram. Namun masih menjadi anjuran kepada kita untuk berpuasa bulan Muharram.
- Puasa terbaik selepas Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram.
- Fadhilat puasa Muharram lebih baik berbanding bulan yang lain selain Ramadhan.
- Terkadang keberkatan ada pada tempat dan waktu.
- Contoh lain: Solat di masjid itu memang sama. Namun kelebihan diberikan kepada 3 masjid yang disebutkan: Masjidil Haram, Masjid Nabawi & Masjidil Aqsa.
- Solat malam dan solat Dhuha itu memang sunnah. Namun yang bezanya adalah pahalanya.
Hadis #11
- Biasanya solat sunat dibuat secara 2-2 (2 rakaat 1 salam).
- Contoh yang kena buat secara 2-2: Solat Tarawih.
- Boleh juga solat sunat dibuat 4 rakaat 1 salam. Contohnya: Solat Sunat Before Zuhur atau Asar.
- Solat sunat yang terbaik ialah dibuat 2-2 (2 rakaat 1 salam).
- Pada solat malam pula, perbuatannya itu pelbagai. Contoh: Nabi terkadang buat solat malam 7 rakaat 1 salam.
- Jadikan solat yang terakhir yang kamu buat ialah solat Witir.
- Jika takut kita tak dapat bangun malam, dianjurkan untuk kita solat Witir sebelum tidur.
- Tidak ada 2 kali witir dalam 1 malam. Jika dah solat witir sebelum tidur, boleh saja solat malam seperti biasa (Solat Tahajud dll.) atau sempurnakan witir (Contoh: sebelum tidur, solat witir 3 rakaat. Tapi malamnya pula ditambah lagi 8 rakaat so total 11 rakaat witir).
Hadis #12
- Kebiasaan Nabi buat perkara sunat adalah berterusan.
- Terkadang perkara sunat yang dibuat, Nabi putuskan.
- Tujuan: Puasa selain bulan Ramadhan, hukumnya sunat. Takut kalau orang sangka bila Nabi buat terus, mereka anggap ibadah tu wajib.
- Bagi perbuatan Baginda S.A.W buat terus atau buat putus-putus, tujuannya adalah nak maklumkan hukum.
- Yang tak boleh buat semua, jangan tinggal semua!
Syarah Hadis Jibril (Syukur)
- Untuk kita dapatkan redha Allah di syurga, maka kita kena dapatkan redha Allah ketika kita hidup di dunia.
- Redha Allah sebagai Tuhan, maksudnya:
- Tidak mensyirikkan Allah.
- Yakin bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki.
- Yakin akan ketentuan dari Allah walaupun berbentuk musibah.
- Imam Abdullah Al-Haddad: Jadilah kamu orang yang redha dengan ketentuan Allah.
- Mudah-mudahan kita dianugerahkan redha dari Allah S.W.T. Yakni redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama yang benar dan Nabi S.A.W sebagai Rasul utusan Allah.
Wallahualam.





0 Comments