MTDM | 27 Sept 2019


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa



Tafsir Quran

Surah Al-Araf (Ayat 130 - 134)

Ayat 130
  • Allah turunkan kepada kaum Firaun dengan kemarau dan kurangnya buah-buahan.
  • Hukuman dari Allah mempunyai pesanan.
  • Pentingnya untuk kita ambil iktibar di sebalik hukumanNya agar supaya bertaubat kepada Allah.
  • Terkadang diturunkan musibah yang kecil supaya terselamat dari musibah yang lebih besar.
  • Hanya 1 saja buah kurma masa tu. Adanya rahmat Allah di sebalik penciptaan makhlukNya walaupun manusia yang ingkar kepadaNya.
  • Dikekalkan oleh Allah terhadap kewujudan buah buahan dengan berterusannya pembiakan (tumbuh buah).


Ayat 131
  • Bilamana kebaikan datang kepada pengikut Firaun, mereka dakwa inilah hasil usaha mereka sahaja.
  • Bilamana waktu mereka hadapi musibah, mereka menyalahkan pula Nabi Musa & pengikutnya.
  • Nikmat & musibah itu kedua-duanya adalah UJIAN & DUGAAN dari Allah kepada kita.
  • Diceritakan juga tentang Qarun, bila ditanya dari mana dapat harta yang banyak? Qarun kata ini hasil usaha aku.
  • Berapa ramai zaman kita sekarang yang gah/bangga diri dengan teknologi/ilmu yang mereka ada?
  • Bilamana orang itu berasa gah dengan ilmunya, maka Allah akan tunjukkan/zahirkan kelemahan mereka.
  • Sebab & akibat ini juga adalah makhluk Allah. Tidak semestinya wajib ada dua-dua perkara ini. Boleh jadi api ada tapi panasnya tiada. (Contoh: Api yang membakar Nabi Ibrahim)
  • Allah Taala menegur Bani Israel tentang sikap dan perangai mereka yang menyalahkan seseorang bila hadapi musibah.
  • Semuanya itu di bawah ketentuanNya namun ramai yang tidak menyedari.


Ayat 132
  • Mereka masih anggap mukjizat Nabi Musa sebagai sihir.
  • Kalau Nabi Musa ada sihir, tapi kenapa Nabi Musa tak sihirkan saja Firaun supaya beriman kepadanya? Tapi ia tak berlaku. Menunjukkan ianya bukan sihir.
  • Hujah mereka (Bani Israel) itu memakan diri mereka sendiri.


Ayat 133
  • Allah hantarkan angin taufan beserta air kepada Bani Israel.
  • Rumah kediaman pengikut Nabi Musa tak tenggelam, tapi rumah pengikut Firaun ditenggelamkan.
  • Dihantarkan juga kepada mereka belalang, kutu (yang rosakkan tanaman), katak dan darah (sehingga bila dihidangkan air minum dan diminum oleh pengikut Firaun, terus berubah jadi darah).
  • Namun mereka tetap takabbur dan menderhaka.


Ayat 134
  • Firaun mengaku Tuhan, tapi suruh Nabi Musa untuk meminta kepada Tuhan Nabi Musa.
  • 9 tanda Allah hantarkan kepada mereka dan mereka masih degil, maka akhirnya Allah hancurkan mereka (pengikut Firaun) dan tenggelamkan semuanya.
  • Tiada kalimat 'putus asa' dalam kamus orang beriman. Pasti ada jalan penyelesaian di sebalik setiap masalah.
  • Tiada perkara yang mustahil bagi Allah!
  • Orang yang beriman itu akan sentaisa bergantung penuh kepada Allah.



Riyadhus Solihin (Keutamaan Solat Malam)

Hadis 13


  • Diceritakan tentang solat witir.
  • Nabi S.A.W tidak solat witir lebih dari 11 rakaat di bulan Ramadhan & di luar Ramadhan.
  • Jumlah solat witir: Tak lebih 11 rakaat.
  • Cara lakukan solat witir: Nabi buat 4 rakaat 1 salam, 4 rakaat 1 salam dan 3 rakaat 1 salam.
  • Boleh dibuat secara 2 rakaat- 2 rakaat. Dalam riwayat lain disebutkan solat yang terbaik adalah dibuat 2-2.
  • Afdhalnya dibuat 2-2.
  • Bacaan Nabi dalam solat itu panjang dan indah pada suara bacaannya.
  • Tidurnya di waktu malam dan siang (qailullah) adalah tanda kebesaran Allah.
  • Tidur orang yang zalim itu ibadah. Kerana kalau dia tak tidur dia akan terus buat zalim kepada orang.
  • Dianjurkan untuk wuduk sebelum tidur.


Hadis 14


  • Nabi tidur pada awal malam (selepas Isyak).
  • Makruh untuk seseorang sembang kosong selepas Isyak, kecuali dengan hal terkait dengan ilmu, ibadah dan hal keluarga.
  • Terkadang Nabi tidur kejap lalu bangun solat, selang beberapa jam Nabi tidur lalu Nabi bangkit lagi solat malam sehinggalah tiba waktu subuh.

Hadis 15



Hadis 16





Hadis 17


  • Berbicara tentang solat bersendirian (solat malam).
  • Solat yang paling afdhal ialah berdirinya lama, bacaannya panjang dan tartil (tajwid betul dan sebutan jelas).
  • Pentingnya ada penghayatan dalam solat.



Syarah Hadis Jibril (Ikhlas)




  • Kedudukan ikhlas kepada ibadah umpama kedudukan ruh pada jasad.
  • Tak diterima ibadah jika tiada ikhlas.
  • Rahsia terkabulnya ibadah ialah ikhlas, iaitu risau amalannya itu ditolak.
  • Para auliya akan sentiasa risau amalan mereka itu diterima atau tidak.
  • Ikhlas: Meniatkan maksud kerana Allah.
  • Amalan yang paling hampir dengan ikhlas ialah amalan yang orang lain tak tahu.
  • Jangan banyak dedahkan ibadah/kebaikan kita dekat media social.
  • Sebab amalan gugur/ditolak: Dapat pujian dan riak.

Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments