MTDM @ Putrajaya | 9 Sept 2019


Jalsah Isnin MTDM | Surau Putra Al-Amin, Putrajaya
Syarah Kitab Sahih Bukhari



Bab 40 (Berkhutbah di Permakaman di antara Para Sahabat yang Mengelilingi) – m/s 274

Hadis #682
  • Saidina Ali dan sahabat lain ikut upacara permakaman di Perkuburan Baqi’.
  • Nabi pegang tongkat kecilnya dan berkata: Tiada seorang pun daripada kalian yang diciptakan melainkan syurga atau neraka yang telah ditetapkan untuknya.


  • Menghantarkan jenazah terkait dengan beberapa perkara:
    • Ziarah jenazah di kubur
    • Menghantar jenazah ke kubur
  • Tujuan menghantar jenazah ke kubur, adalah untuk ambil iktibar dan pengajaran.


  • Tanah perkuburan Baqi sekarang dipanggil Baqi Al-Rhorqod kerana dulu ada pokok bernama Rhorqod.
  • Dalam satu riwayat disebutkan: Di akhir zaman bila berlaku peperangan, semua pokok dan batu akan berbicara dengan memanggil orang-orang Islam, kecuali pokok Rhorqod.
  • Ada kira-kira 10,000 sahabat Nabi dikebumikan di Baqi.


  • Selain kita ambil iktibar, tujuan lain ziarah kubur adalah untuk mendoakan kesejahteraan mereka yang di dalam kubur.
  • Baginda hadir ke upacara permakaman, dan Baginda pegang tongkat, menundukkan kepala, menggores tongkat ke atas tanah. Menunjukkan seseorang sedang berfikir dalam.
  • Keadaan sekeliling juga amat membantu untuk kita ingat akan kematian.
  • Contoh upacara: Majlis Haul.


  • Menjadi amalan kepada para salafussoleh, bila seseorang telah dikebumikan maka akan dibacakan talkin ketika itu. Talkin boleh baca dalam BM supaya orang lain boleh faham.
  • Bacaan talkin ada 2 tujuan:
    • Doa kepada Allah supaya si mati boleh jawab soalan Malaikat Mungkar & Nakir. Kerana orang yang di dalam kubur lebih kuat pendengarannya berbanding orang hidup.
    • Mengingatkan kepada orang yang hidup akan kematian.


  • Firman Allah Taala maksudnya: Tidak ada apa-apa musibah yang menimpa kamu di atas muka bumi, atau berlaku kepada diri kamu sendiri, sudah ada dalam kitab (dicatit) sebelum Kami ciptakan segala sesuatu.
  • Orang beriman jika apa yang berlaku kepada mereka, mereka mengatakan bahawa ia menjadi ketetapan daripada Allah. Yang paling penting, ambil hikmah kenapa Allah menurunkan nikmat/musibah.
  • Imam Abdullah Alwi Al-Haddad berkata: Tenanglah kamu berada di hadapan pintu Tuhanmu. Janganlah sempit hati dan dadamu. Sesungguhnya segala yang berlaku pasti akan berlalu. Ungkapan “andai”, “kenapa” dan ”macam mana” (tanda protes kepada Allah) hanyalah kata-kata orang yang bodoh.
  • Kita hanya bertugas/berusaha tetapi Allah yang mentadbir segala-galanya.
  • Perancangan itu kita tetap buat tetapi tidak bergantung penuh kepada perancangan kita. Serahkan ia kepada Allah untuk menentukan.


  • Telah ditentukan oleh Allah, bahagia atau celaka seseorang manusia.
  • Dihembuskan roh ke dalam janin ketika 120 hari dalam rahim.
  • Bila dihembuskan roh dalam janin, dicatit akan 4 perkara:
    • Amalannya
    • Rezekinya
    • Ajalnya
    • Nasibnya (Celaka atau bahagia)


  • Sahabat bertanya: Kalau sudah dicatit akan nasib, bukankah kita serahkan semuanya kepada Allah akan nasib kita?
  • Nabi S.A.W jawab: Tak boleh pasrah sebegitu. Orang yang Allah catit sebagai orang yang bahagia maka orang itu akan dipermudahkan untuk buat perkara kebaikan. Sementara orang yang Allah catit sebagai orang yang celaka maka orang itu akan dipermudahkan dalam perkara yang membinasakan diri mereka sendiri. Menunjukkan amalan seseorang menjadi tanda.
  • Penentuan seseorang itu adalah ketika PENGHUJUNG HIDUPNYA.
  • Kerana orang yang berbuat baik selalu belum tentu penghujungnya baik dan orang yang bermaksiat selalu belum tentu penghujungnya tidak baik. Dalil peristiwa: Orang yang membunuh 99 orang tapi penghujungnya Husnul Khatimah.


Bab 41 (Membunuh Diri)

Hadis #683
  • Berbicara tentang sumpah dan bunuh diri.
  • Tidak boleh bersumpah selain dari nama Allah Taala.
  • Tidak dikatakan sumpah jika disumpah selain dari Allah.
  • Bila sumpah itu mengatakan dirinya kufur, ada 2 bahagian:
  • Jika diyakini dalam hati, maka dia benar kufur.
  • Jika tidak diyakini dari hati (dalam keadaan marah atau geram) maka tidaklah kufur namun perbuatan dia berdosa besar.


  • Barangsiapa yang membunuh diri dengan sebilah besi atau pisau maka dia akan diazab di neraka dengan perkara yang sama. Contoh: bunuh diri dengan minum racun maka orang itu diazab dengan minum racun juga.
  • Dalam hadis disebutkan: Orang yang bunuh diri diletakkan di dalam neraka buat selama-lamanya.


Hadis #684
  • Orang yang bunuh diri itu telah ‘mendahului’ Allah. Kerana Allah yang Maha Memberi Kehidupan dan Maha Mematikan makhlukNya. Dan ianya hak Allah Taala ke atas hambaNya. Tak boleh hambaNya cabut nyawanya sendiri sesuka hati.
  • Orang yang ‘mendahului’ Allah ini, diharamkan syurga baginya.


Hadis #685
  • Orang yang bunuh diri dengan cekik diri sendiri, maka di neraka dia akan mencekik dirinya sendiri.
  • Orang yang bunuh dirinya dengan menikam dirinya, maka di neraka dia juga akan menikam dirinya sendiri.
  • Allah pun melarang seseorang berdoa agar minta mati. Apatah lagi mematikan diri sendiri (bunuh diri).
  • Bilamana kita dapat apa yang kita inginkan, maka diuji oleh Allah, sama ada kita bersyukur atau tidak.
  • Bilamana kita tak dapat apa yang kita inginkan, maka diuji oleh Allah, sama ada kita mampu bersabar atau tidak.
  • Dan kedua-duanya ini takkan pernah luput daripada ujian.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments