Pengajian Hadis 40 Imam Nawawi | 19 Sept 2019


Pengajian Hadis 40 Imam Nawawi | Masjid Al-Hasanah, Bangi
Ustaz Muhd Fahmi


Hadis 8


  • Hadis ini banyak disalahertikan oleh orang Islam yang turun berjuang.
  • Mendakwa hadis ini galakkan pembunuhan serta merta kepada orang kafir, dan melihat bahawa Islam ini kerjanya membunuh sahaja.
  • Bahkan Nabi S.A.W, jiran Baginda sendiri orang kafir. Tapi Nabi tak bunuh mereka pun.
  • Meskipun orang munafik, Nabi S.A.W pun tak bunuh, walaupun Baginda tahu siapa yang munafik pada ketika itu. Yang senarai nama orang munafik masa itu dipegang oleh Saidina Huzaifah r.a.
  • Suatu ketika, Nabi S.A.W sedih saat orang Yahudi mati, kerana Baginda tak sempat tarik tangannya untuk masuk dalam syurga (Islamkan orang Yahudi itu).
  • Hikmah adanya orang kafir supaya kita berdakwah kepada mereka agar mereka tertarik dengan Islam.


  • Nabi diperintahkan (seperti disebut dalam hadis) untuk memerangi manusia.
  • Adakah kepada seluruh manusia? Ianya kepada manusia tertentu yang boleh mudaratkan Islam:
    • Orang musyrikin.
    • Orang bukan Islam yakni dalam kalangan Yahudi & Nasrani.
  • Tapi jika mereka yang tak rosakkan Islam? Nabi S.A.W tak perangi mereka.


  • Perangilah mereka sampailah mereka masuk Islam (ucap 2 kalimah syahadah).
  • Dalil peristiwa: Fathul Makkah. Nabi S.A.W kata kepada rombongan, jangan ada pertumpahan darah.
  • Menunjukkan bahawa Islam ini bukanlah agama yang menggalakkan pertumpahan darah (bunuh sesuka hati).


  • Jika mereka sudah masuk Islam, maka 2 keadaan akan terselamat iaitu harta dan nyawanya.
  • Untuk kafir zimmi (orang kafir yang tidak memerangi Islam), kena bayar jizyah ketika mereka duduk dalam pemerintahan Islam. Bagi orang Islam sendiri, diwajibkan bayar zakat.
  • Dalam hadis ada menyebutkan: Barangsiapa yang bunuh kafir zimmi dengan sengaja (tanpa sebab), maka haram untuk dia bau syurga.


  • lslam menjamin hak perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah, mendirikan sembahyang 5 waktu dan membayar zakat.
  • Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.
  • Orang yang dah ucap 2 kalimah syahadah, kita dah tak persoalkan lagi hati dan niat mereka. Maka perkara yang sebenar kita serahkan semuanya kepada Allah Taala.


Conclusion
Kalau kita salah faham tentang ilmu agama (especially hadis ni), maka akan dinampak buruklah agama itu.


Hadis 9


  • Biasanya kita nak ajak orang solat lebih senang dari kita nak orang jauhi maksiat.
  • Hindarkan maksiat itu lebih mudah. Tapi kita nak buat maksiat tu lebih payah dan susah.
  • Contoh: minum arak. Kena beli arak dulu (mahal), kena tuang dulu dll.
  • Sebenarnya nak buat perkara yang dilarang tu susah.
  • Contoh lain: merompak. Kena plan dulu timing, kena check rumah ada CCTV tak, ada orang ke tak dekat rumah dll.


  • Dalam melaksanakan kebaikan, ada 2 bentuk perintah:
    • Wajib
    • Sunat
  • Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah S.A.W sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan.
  • Contoh: Solat. Orang yang tak mampu berdiri time solat dibolehkan duduk.


  • Nabi S.A.W beri peringatan, ramai umat yang terdahulu dibinasakan oleh Allah kerana 2 perangai:
    • Banyak soal.
    • Penentangan terhadap Nabi-Nabi mereka.

  • 2 soalan yang ditanya:
    • Soalan yang dipuji (tanya perkara yang baik-baik, yang mereka masa tu betul-betul tak tahu agar supaya bertambah pengetahuan mereka).
    • Soalan yang dicela (dengan tujuan menghina, jatuhkan maruah, tanya sampai orang yang ditanya tak dapat jawab dsb).
  • Jangan tanya soalan yang bila kita tanya akan menyusahkan kita.
  • Umat Muhammad S.A.W diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.


  • Masa zaman Nabi, ramai Arab Badwi yang tanya kepada Nabi S.A.W dalam keadaan tak ada adab.
  • Contoh peristiwa: Orang Arab Badwi tanya kat Nabi, “Kiamat bila?” di tengah khalayak ramai. Lepas tu Nabi jumpa dengan orang tu dan bertanya, “Apa persiapan kamu?” Orang Arab Badwi tu menjawab, “Aku takde persediaan apa-apa wahai Muhammad. Tapi aku cinta Allah dan engkau wahai Muhammad.” Maka Nabi S.A.W menjawab: Maka dekatilah dengan siapa yang engkau cintai.”
  • Saidina Anas r.a berkata beruntungnya aku sebab dapat 2 perkara: Berada dalam keadaan Islam dan dapat manfaat daripada soalan Arab Badwi kepada Baginda S.A.W.



Conclusion
Mudah-mudahan kita semua dapat syafaat Baginda Nabi S.A.W di akhirat nanti. In shaa Allah.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments