Pengajian Hadis 40 Imam Nawawi | 5 Sept 2019


Pengajian Hadis 40 Imam Nawawi | Masjid Al-Hasanah, Bangi
Ustaz Muhd Fahmi



Hadis 3 (Islam Terbina atas 5 Perkara)


  • Diriwayatkan oleh anak Saidina Umar al-Khattab (Abdullah).
  • Hampir maknanya dengan Hadis ke-2.
  • Cuma hadis kedua itu adalah Hadis Jibril.
  • Kenapa diasingkan hadis ini dan cerita berkenaan perkara yang sama? Berkata ulama, pada hadis sebelumnya Nabi S.A.W mendahulukan puasa berbanding haji. Namun Hadis ke-3 ini disebut haji dahulu, kemudian puasa.

  • Menunjukkan dalam Rukun Islam tiada masalah pun dalam isu tertib. Bukanlah ia satu perkara penting. Jika tertib pun tetap semuanya itu WAJIB DIBUAT.
  • Adapun puasa tapi tak solat, maka amalan puasanya pun TAK DITERIMA.

  • Ada sebahagian hamba Allah yang pilih-pilih syariat Allah (Contoh: Nak puasa tapi tak solat, jaga solat tapi tak tutup aurat dsb.)
  • Hilangnya Rukun Pertama (Syahadah - tak mengucap) maka automatic terbatal Islamnya. Adapun solat, puasa dan haji adalah amalan yang membenarkan syahadah.
  • Kefardhuan bukan hanya 5 sahaja, Contoh: tutup aurat, hijrah (masa tu hijrah wajib pada zaman Nabi) dan sebagainya.


Hadis 4 (Kejadian Manusia)



  • Saidina Abdullah bin Masud sangat kuat berkhidmat kepada Nabi S.A.W.
  • Para sahabat Nabi digelar SAHABAT kerana selalu BERKHIDMAT dengan Baginda.
  • Sodiqul Masduq = Benar lagi dibenarkan, sifat yang ada pada Nabi S.A.W sejak Baginda belum menjadi Rasul.





  • Hadis ini diceritakan tentang kejadian manusia.
  • Penciptaan yang diceritakan secara detail dalam Quran hanyalah MANUSIA.
  • Dihimpunkan dalam rahim ibu, dan di situlah setiap dari kita tumpang di dalamnya.
  • Dibahaskan ungkapan 40 hari oleh para ulama: 40 hari itu jika istiqamah amalan dapat perbaiki hati dan in shaa Allah akan kekal istiqamah dengan amalan tersebut.
  • Ketika 120 hari berada dalam rahim, maka akan ditiupkan roh.


  • Bila ditiupkan roh, malaikat disuruh untuk tetapkan kepada manusia 4 perkara:
    • Rezeki
    • Ajal
    • Amalan
    • Celaka atau bahagia


Rezeki
  • Terjaganya ekosistem dengan dijamin rezeki oleh Allah kepada semua makhlukNya.
  • Antara nama Allah: Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki).
  • Syeikh Mutawalli As-Syarawi berkata: Jangan kamu dengki akan rezeki orang kerana kita tak tahu apa yang Allah tarik daripadanya.


Ajal
  • Ajal: Tempoh yang ditangguhkan.
  • Ajal, tak boleh kita lari.


Amalan
  • Jika kita tahu amalan yang Allah ilhamkan, apa hanya cukup kita BANGGA dengan amalan? Perlunya ada rasa bimbang jika amalan kita tak diterima Allah.
  • Dalam aqidah ASWJ, adanya IKHTIAR/PILIHAN kepada manusia (ditunjukkan 2 jalan, baik atau buruk).
  • Jika kita buat amalan buruk, maka salahkan diri kita sendiri, atas dasar jaga adab dengan Allah.
  • Jika buat amalan baik, ianya dari Allah.


Celaka atau Bahagia
  • Pengukur buat kehidupan manusia: Happy ending or not?
  • Orang yang tahu tentang takdir, mereka akan takut baca/dengar hadis ini.
  • Hari ini mungkin kita Islam. Penghujung hidup kita? Tiada siapa boleh jamin!
  • Maka sebab itu kita berharap agar Husnul Khatimah (mati dalam kebaikan).
  • Setiap masa senang atau susah, kita kena cari Allah. Dan Allah uji kita, masa susah siapa kita cari? Masa senang siapa kita cari?


  • Ada orang yang salah faham hadis ini. Dengan mendakwa: Kalau dah Allah takdirkan buruk pada kita, buat apa nak beramal?
  • Dengan memahami betul-betul hadis ni menunjukkan bahawa kita yang tak tahu takdir kita sendiri dan tak tahu pengakhiran kita macam mana.
  • Jika bimbang takkan kita nak duduk saja? Maka BANYAKKANLAH BERDOA, supaya dimatikan dalam keadaan ahli syurga.
  • Sebab itu pentingnya faham ilmu tasawuf iaitu Khauf dan Raja' (Takut dan Berharap) agar amalan kita diterima dan dosa kita terpadam.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments