Special MTDM | 6 Sept 2019



Maulid Bulanan MTDM | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa


Ustaz Ibadur Rahman


  • Firman Allah Taala dalam Surah at-Taubah (Ayat 80)
  • Wahai Muhammad, kau meminta ampun untuk mereka atau tak minta ampun untuk mereka, lebih kurang 70 kali atau banyak mana sekalipun, nescaya Allah takkan mengampunkannya. Kenapa? Yang demikian itu mereka ingkar dan jauh dari perintah Allah dan RasulNya. Allah tidak beri hidayah kepada orang munafik.



  • Ketibaan bulan Muharram ini dan sempena memperingati peristiwa Hijrah Nabi S.A.W, marilah kita berubah daripada perkara keji kepada perkara baik.
  • Carilah tempat yang disukai Allah dan malaikat menghamparkan sayap dalam majlis yang baik.
  • Janganlah pula kita berubah jadi orang munafik!
  • Allah tidak mengubah keadaan seseorang melainkan mereka berubah keadaan mereka sendiri.
  • Jauhkanlah diri kita dari sifat munafik.



  • Dengan kita berada dalam majlis yang baik, niatkanlah selepas ini, kembalilah seperti kain putih yang sifatnya suci yakni bersih daripada dosa.
  • Semoga kita semua diampunkan oleh Allah dan diberi kekuatan untuk terus taat perintah Allah SWT.



Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid




  • Dalam hadis Qudsi Allah berfirman:


“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu depa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.


  • Allah memberi ganjaran yang lebih daripada usaha hambaNya, dan Allah tidak peduli akan seberapa banyak pemberianNya buat hambaNya.
  • Dalam hadis disebutkan, Umatku ini (umat Nabi S.A.W) adalah umpama hujan, yang kalau hujan turun akan sentiasa membawa kebaikan.
  • Nabi S.A.W bersabda, umatku akan kekal dalam kebaikan, tiada sesiapa yang mampu memporak-perandakan umat aku melainkan sampai tiba masanya hari kiamat.
  • Namun umat ini tidak pernah sunyi dari dugaan dan cabaran.
  • Nabi S.A.W ialah insan yang menjadi contoh dalam berhadapan dengan dugaan.
  • Dakwahnya selama 23 tahun dapat kita ambil iktibar dengan setiap peristiwa yang terjadi kepada Baginda.



  • Suatu hari Nabi S.A.W berbaring berhampiran Kaabah, berbantalkan lengannya. Seorang sahabat, berkata, Bukankah di saat ini kamu patut berdoa kepada Allah agar mereka yang memusuhimu dibinasakan oleh Allah? Maka Nabi mengatakan dengan nada suara tinggi: Sesungguhnya umat sebelum kamu berhadapan dengan bermacam dugaan, namun mereka tetap bersama dengan Islam.
  • Pengajarannya: Tidaklah terburu-buru dalam menghukum dan bijak dalam mengadili.
  • Tidak mudah terpancing dengan isu/provokasi dari pihak tertentu.
  • Dalil peristiwa: Pembukaan Kota Mekah.
  • Mengelak daripada perkara buruk lebih utama daripada buat perkara yang baik.


  • Berkata ulama, Orang yang tergesa-gesa mendapatkan sesuatu sebelum tiba waktunya, maka dia diharamkan untuk mendapatkan perkara tersebut dengan sebab sifat tergesa-gesanya.
  • Banyaknya gangguan kaum munafiqin kepada Baginda S.A.W dengan provokasi yang boleh jatuhkan maruah kaum muslimin.
  • Tindakan bijak Nabi tidak terbawa-bawa dengan emosi/sifat terburu-buru.



  • Nabi S.A.W pernah bersabda: Orang yang kuat ialah mereka yang mampu tahan marah di saat mereka beremosi (marah).
  • Anak Abdullah bin Ubay ialah orang Muslimin yang sejati. Dia masih berbakti/berbuat baik kepada ayahnya walaupun ayahnya ketua munafiqin.
  • Nabi mengajarkan kita bagaimana berhadapan dengan isu yang hangat/info yang mengundang provokasi atau penghinaan.
  • Dalam firman Allah yang bermaksud: Tidaklah seseorang berkata dengan lisannya melainkan dicatit oleh Malaikat Raqib & Atid.


  • Bukanlah perkauman itu suatu kesalahan/unsur negatif secara mutlak. Jika perkauman itu mengundang kepada perselisihan, perbalahan dan boleh hilangkan keharmonian maka perkauman inilah yang dilarang di sisi syarak.
  • Bilamana berhadapan dengan isu provokasi, maka sandaran kita bukanlah emosi kita. Sebaliknya sandaran kita adalah syariat Baginda S.A.W.
  • Kita hendaklah ambil tunjuk ajar daripada Baginda Rasulullah S.A.W.
  • Nabi pernah bersabda: Hati-hatilah kamu dengan prasangka, kerana seburuk-buruk dusta itu adalah prasangka.



Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments