MTDM | 11 October 2019


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa



Tafsir Quran (Surah Al-A'raf: 137-143)

Ayat 137
  • Allah wariskan golongan yang dulu ditindas (Bani Israel) dan diberikan kuasa memerintah dari timur hingga barat (setelah ditindas oleh Firaun)
  • Dulu mereka hamba sahaya Firaun lalu selepas itu jadi pemerintah/penguasa.
  • Tempat penguasaan mereka itu diberkati. Tempat itu di negeri Syam.
  • Nabi S.A.W pernah berdoa, Ya Allah berkatilah Syam kami dan juga Yaman kami.
  • Keberkatan diberi di negeri Syam & Yaman.
  • Dalil lain: Masjidil Aqsa yang diberkati tanahnya (Surah Al-Isra Ayat 1)


Kenapa As-Syam?
Negeri yang paling ramai diutus para nabi.
Kemuliaannya bukan kerana tanah yang subur, tetapi kerana adanya penghuni di situ yang diredhai oleh Allah.

Kenapa negeri Yaman?
  • Orang Yaman membela Nabi ketika peristiwa Hijrah.
  • Di situ ramai para auliya dan para ulama.
  • Nabi S.A.W bersabda: Iman itu di Yama dan hikmah itu di Yaman
  • Dalam riwayat lain Baginda bersabda: Akan datang kepada kamu orang Yaman, mereka miliki hati yang lembut dan bersih.
  • Wali Songo = asalnya orang Yaman.


  • Mereka dapat kuasa kerana mereka SABAR hadapi kezaliman Firaun.
  • Kesabaran juga adalah satu kekuatan.
  • Tidak semestinya kezaliman itu dilawan secara fizikal. Sebaliknya KESABARAN juga adalah SUATU PERLAWANAN.
  • Kuasa itu adalah satu DUGAAN (Fitnah).
  • Nabi Musa perintahkan mereka (Bani Israel) untuk bersabar.


  • Allah bukan saja hancurkan Firaun dan pengikutnya, tapi hancurkan juga segala peninggalan/bangunan yang dibina oleh pengikut Firaun.
  • Semua yang milik kita sekarang akan kita tinggalkan.
  • Yang menentukan nasib kita iaitu ketika di alam barzakh kelak.


Ayat 138
  • Bani Israel ikut Nabi Musa ke tepi pantai.
  • Nabi Musa pukul tongkatnya dan terbelahlah lautan itu.
  • Lalu Allah binasakan Firaun dan tenteranya serta merta.
  • Bani Israel request kat Nabi Musa untuk buatkan patung berhala.
  • Manusia bila lemah imannya kepada alam ghaib maka semakin kuatlah keimanannya kepada material.
  • Ghaib itu bukan maknanya tidak ada. Ianya ada tapi kita yang tak dapat kesan.
  • Semakin kuat iman kita kepada alam ghaib semakin kurang iman kita kepada material.
  • Oleh sebab itu, Allah letakkan rukun iman kepada kita yang di dalamnya ada perkara ghaib (Malaikat, Hari Akhirat).


Ayat 139
  • Sesungguhnya perbuatan mereka itu salah.
  • Allah dah selamatkan mereka dari kezaliman Firaun, dilihat juga mukjizat Nabi Musa, tapi masih lagi nak Tuhan yang boleh dilihat oleh mata (buat patung berhala).


Riyadhus Solihin (Keutamaan Solat Malam)

Solat Malam & Puasa Cara Nabi Daud
  • Puasa yang disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud
  • Syariat sebelum Nabi itu dimansuhkan dengan diutusnya para nabi yang kemudian.
  • Ada juga syariat di zaman dulu tak boleh dibuat di zaman sekarang (E.g: Syariat dulu, boleh kawin sama adik-beradik tapi syariat sekarang tak boleh).
  • Ada juga syariat nabi terdahulu dibenarkan dalam syariat Nabi S.A.W (E.g: Puasa Nabi Daud).
  • Dari sudut aqidah maka tiada perbezaan dari zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi S.A.W.
  • Solat malam Nabi Daud: Tidur di pertengahan malam, 1/3 malam pula qiamullail, lepastu tidur 1/6 malam sbg persiapan untuk Solat Subuh.
  • 1/3 terakhir malam (lebih kurang 3 jam): Waktu afdhal untuk qiamullail.
  • Tak semestinya qiamulllail 3 jam, tapi buat dalam tempoh itu walau sekejap.
  • Sebenarnya banyak kaifiat (cara) Nabi S.A.W dalam qiamullail.
  • Baginda terkadang tidur, lalu 1/3 malam bangun, lepastu tidur semula, lalu bila dekat dengan waktu fajar Baginda akhiri qiamullail dengan Solat Witir dan waktu fajar pun tiba.


Berdoa pada waktu malam
  • Waktu mustajab doa: 1/3 malam yang terakhir.
  • Nabi bagitau kepada kita tentang hal ini agar supaya kita ambil peluang ini.
  • Carilah tempat yang boleh kita fokus untuk beribadah dan berdoa kepada Allah.

Cara mulakan solat malam
  • Mulakan solat malam dengan 2 rakaat yang ringan (contoh: baca surah² yang ringkas).


Nabi S.A.W tak solat malam ketika sakit
  • Nabi tak solat malam ketika sakit, tapi Nabi qada solat malam sebanyak 12 rakaat ketika Baginda sihat.
  • Anjuran untuk qada solat malam sebelum zuhur bagi mereka yang istiqamah solat malam.
  • Kalau nak qada solat malam, kena buat 12 rakaat. Barulah dapat fadhilat solat malam.



Syarah Hadis Jibril (Ikhlas)
  • Orang yang beramal untuk manusia (SYIRIK).
  • Orang yang tinggalkan amal untuk manusia (RIAK).
  • Riak ini lebih halus daripada tapak kaki semut.
  • Mencari perhatian daripada orang itu juga RIAK.
  • Mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang ikhlas dalam berbuat taat. Ameen.


Wallahualam.
P/s: As usual, simple simple aja.

Post a Comment

0 Comments