MTDM @ Putrajaya | 28 October 2019


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Surau Putra Al-Amin, Putrajaya



Kitab Ringkasan Sahih Bukhari

Bab 44: Memohon perlindungan kepada Allah dari azab seksa kubur

Hadis 692
  • Seksaan kubur adalah perkara ghaib, wajib untuk kita percaya akan ia.
  • Ianya ghaib kerana kita tak boleh merasainya/melihatnya saat ini.
  • Manusia itu tidak dapat mengesan apa jua perkara yang di luar kawalan.
  • Bukan cameraman yang letak camera dalam kubur, tapi yang beritahu bentuk azab kubur ialah Baginda S.A.W.


  • Hadis ini ceritakan tentang Nabi dengar suara seksaan di kubur.
  • Adakah suara itu suara teriakan atau selainnya?
  • Tujuan manusia dengar suara azab kubur agar supaya mereka insaf dan bertaubat.
  • Kalau ada orang diazab di kubur, maka ada juga orang yang dapat nikmat kubur.
  • Dalam riwayat disebutkan ada 2 kubur yang sedang diazab:
    • Tidak bersihkan buang airnya
    • Mengadu domba (batu api)
  • Kubur ini tempat persinggahan pertama menuju akhirat.
  • Bila lintas kubur, jangan kita hanya lalu saja tanpa kita bertafakkur.
  • Nabi S.A.W bersabda: Ziarahlah kamu ke kubur kerana ia mengingatkan kamu kepada akhirat.


  • Saidina Ali bin Abi Talib: Manusia ini 'tidur, kalau dah mati baru mereka 'sedar'.
  • Bagi orang yang beriman ketika di alam barzakh, ianya seperti malam hari raya (gembiranya mereka).
  • Dalam riwayat disebutkan: Bila orang baik meninggal dunia, maka mereka minta segerakan dibawa ke kubur.
  • Dalam kubur hanya 2 saja keadaan: Dapat nikmat atau dapat azab.


Hadis 693
  • Nabi S.A.W anjurkan kita berdoa agar berlindung dari azab kubur.
  • 2 azab disebutkan: Kubur & neraka.
  • 2 fitnah disebutkan: Kehidupan & kematian.


Fitnah Kehidupan
  • Setiap sen yang kita dapat daripada rezeki, setiap nikmat yang ada pada kita, ianya jadi tanggungjawab buat kita (akan dipersoalkan).
  • Allah duga kita dengan perkara yang kita tak suka dan perkara yang kita suka. Kedua-duanya adalah DUGAAN dari Allah.
  • Halalnya nikmat adalah suatu HISAB (tanggungjawab) bagi kita.


Fitnah Kematian
  • Fitnah kematian maksudnya bila seseorang dalam keadaan nazak.
  • Bila seseorang nazak maka perlunya kita berdoa moga rohnya keluar dengan baik.
  • Bila seseorang nazak, perkara yang dia ingat ialah salah silapnya.
  • Dianjurkan kepada kita (sebagai orang yang mendampingi dengan orang yang sedang nazak) untuk berbaik sangka kepada Allah.


Bab 45: Diperlihatkan kepada orang mati tempat mereka (syurga atau neraka) pada waktu pagi dan petang
  • Kedudukan orang yang ada di dalam kubur ini berbeza-beza.
  • Orang yang dapat nikmat kubur, mereka dapat lihat syurga. Orang yang dapat azab kubur, mereka dapat lihat neraka.
  • Jangan katakan orang yang mati syahid itu mati bahkan mereka 'hidup' di sisi Tuhan mereka.


Bab 46: Anak-anak orang Islam yang meninggal
  • Ibrahim (putra Rasulullah) meninggal dalam usia 16 bulan.
  • Jika bayi itu tak dapat hak penyusuan daripada ibunya, dia akan dapat haknya di akhirat nanti.
  • Kaum ibu menyusui kepada anaknya 2 tahun yang sempurna.
  • Hal yang ghaib, asasnya adalah WAJIB BERIMAN, walaupun kita tak tahu gambarannya bagaimana.


Bab 47: Anak-anak orang musyrik
  • Anak-anak kaum musyrikin bilamana meninggal dunia, maka mereka dalam beberapa keadaan:
    • Pendapat pertama: Mereka akan berada dalam keadaan seperti orang tuanya. Pendapat ini ramai ditolak oleh para ulama.
    • Pendapat ke-2: Tawakkuf (tak tahu perkara sebenar), hanya Allah saja yang tahu.
    • Pendapat ke-3: Mereka akan jadi khadam di dalam syurga. Pendapat ini diterima majoriti oleh para ulama.
  • Jika ibu bapa tunaikan hak aqiqah untuk anaknya, maka anaknya itu boleh jadi sebab syafaat kepada ibu bapanya di akhirat nanti.
  • Oleh sebab itu kita dianjurkan agar buat aqiqah untuk anak.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments