MTDM @ Putrajaya | 7 October 2019


Jalsah Isnin MTDM | Surau Putra Al-Amin, Putrajaya
Syarah Kitab Sahih Bukhari



Perihal Mati & Fitnah dalam Kubur

Hadis #690

Orang mati yang dimaksudkan dalam hadis ini ada 2 makna:
  • Orang yang mati (meninggal dunia). Mereka tak boleh lagi ambil apa-apa manfaat sebab secara zahirnya mereka sudahpun mati.
  • Orang yang hidup tapi hati mereka mati dari mendengar seruan Nabi. Berapa ramai zaman kita sekarang orang yang hidup hari ini tapi hakikatnya ‘mati’?


Hadis #691
  • Peringatan tentang fitnah dalam kubur.
  • Sahabat Nabi pun takut akan fitnah kubur. Ini menunjukkan sifat iman yang sempurna, yakni ada rasa takut akan azab Allah.
  • Cara untuk seseorang itu sedar akan perbuatan maksiat, salah satunya ialah ingatkan tentang azab kubur.
  • Ada satu riwayat yang mana ada 2 orang diazab di dalam kubur, sebabnya ialah mengadu domba dan tidak basuh bersih ketika buang air.


Soal Jawab

Soalan: Hukum buat qasidah di atas kubur?
  • Salah satu tujuan ziarah kubur adalah al-iktibar (peringatan/teguran).
  • Jika buat qasidah di kubur dan contentnya adalah peringatan, maka ini dibolehkan.
  • Kalau buat qasidah tentang raikan perkahwinan contohnya, maka ini baru tidak dibolehkan.
  • Bukankah Nabi S.A.W pernah beri tazkirah kepada sahabatnya di atas kubur?


Soalan: Bagaimana ingin perbetulkan golongan yang hanya ambil Quran & Hadis sahaja sebagai panduan?
  • Tak dinafikan bahawa Quran & Hadis adalah sumber rujukan utama dalam Islam.
  • Adanya satu tambahan rujukan iaitu Al-Ijmak & Qias (ijtihad ulama dan perbandingan).
  • Quran & Sunnah difahami bukanlah dengan ikut kefahaman kita semata-mata yang amat terbatas keluasan ilmunya.
  • Maka wujudnya para ulama ini yang mempunyai kelayakan untuk faham Quran & Sunnah. Perlunya kepada ilmu yang mendalam dalam Bahasa Arab dan ilmu-ilmu yang lain.
  • Perlunya kita ikut mazhab Syafie ini untuk kita berdisiplin dalam beramal dengan ilmu.
  • Jika ditanya, nak ikut mazhab Syafie atau Quran? Bukankah Imam Syafie itu juga guna Quran & Sunnah sebagai rujukan? Nak ikut Quran ke Sunnah? Soalannya pun sudah salah.
  • Maka dalam hal ini, ianya adalah gandingan yang tak boleh dipisahkan, wajib kita follow kedua-duanya.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments