Maulid Akbar MTDM 2019 | 8 Nov 2019


Maulid Akbar MTDM 2019 | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa



Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim

  • Budaya di atas dasar Islam ialah budaya mencintai Nabi S.A.W.
  • Jika tidak dididik budaya ini, maka anak-anak muda akan membina budaya Barat yang pastikan bercanggah dengan dasar Islam.

  • Kenapa kita nak tanamkan cinta kepada Nabi?
  • Dalam hadis Nabi disebutkan: Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga kamu cintakan aku lebih daripada ibu bapanya, anak-anaknya dan saudara Muslim seluruhnya.

  • Kecintaan terbahagi kepada 3:
    • Sayang kepada ibu bapa.
    • Sayang kepada anak-anak.
    • Kecintaan yang pelbagai, seperti kecintaan kita sesama manusia / orang ramai.
  • Maka terhimpunlah semua kecintaan ini ianya ada pada diri Nabi S.A.W.


  • Adakah kehadiran kita ini, kita ingin datangkan hati dengan kecintaan kepada Nabi S.A.W?
  • Hadirnya ke majlis seperti ini adalah untuk dapatkan kemanisan iman.
  • Salah satu daripada 3 perkara yang mendapat kemanisan iman:
  • Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya.
  • Apa maksud kemanisan iman? Maksudnya hati kita tunduk dan taat sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

  • Kenapa kita hadir ke majlis maulid? Untuk meraih syafaat Nabi S.A.W.
  • Hasrat kita mudah-mudahan kita tergolong dalam hambaNya yang mendapat syafaat Nabi S.A.W.
  • Sesungguhnya engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.
  • Bilamana cinta kepada seseorang, maka dia akan PATUH akan segala perintahnya.
  • Apa yang didatangkan oleh Nabi kepada kita, ambillah. Jika perkara itu dilarang, maka tinggalkanlah.
  • Dalam berekonomi:
    • Tidak boleh ambil riba.
    • Tidak hanya fokuskan perniagaan hanya kepada orang kaya sahaja.


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid



  • Hari di mana kita mengingati peristiwa kelahiran seorang insan dan mengingati perjuangan seorang insan dalam membina tamadun.
  • Bukannya tamadun yang bersifat material, bangunan, tetapi tamadun yang berteraskan nilai insan.
  • Tidak guna ada bangunan tinggi-tinggi jika tiada nilai insan dalam sesuatu tamadun.


  • Masa zaman jahiliah, ramai daripada mereka buat perkara yang tak dapat terima oleh akal. Maka datangnya Nabi S.A.W sebagai pembawa rahmat buat sekalian alam.
  • Rom dan Parsi suatu ketika dahulu, 2 tamadun terbesar dunia namun akhlaknya rosak dan hilangnya etika. Sehinggakan boleh berkahwin antara adik-beradik.

  • Datangnya Rasulullah atas dasar memerdekakan hati dan minda kita dari keduniaan yang melalaikan.
  • Orang gila yang sebenar ialah orang yang bermaksiat kepada Allah.
  • Orang yang paling tinggi intelektualnya ialah orang yang banyak mencintai Allah dan RasulNya.

  • Lahirnya Rasulullah untuk membina keperibadian dan peradaban insan. Maka itulah hakikat ketamadunan yang sebenarnya.
  • Bilamana bangsa itu dididik dengan cara Rasulullah, maka berjayalah sesuatu bangsa.
  • Adapun ada gelaran atau jawatan pada seorang insan, kalau akhlaknya tidak terbina maka tiada maknanya nilai insan di sisi Allah S.W.T.

  • Janganlah kamu jadi sebab orang lain lari daripada kamu. Janganlah kamu jadi sebab orang lain tidak mendapat hidayah.
  • Zaman kita sekarang, bukan saja berkasar dalam tutur kata, malah banyak berkasar dalam media sosial.
  • Dalam hadis Nabi disebutkan: Siapa orang yang jaga mulut dan jaga kemaluannya, maka aku jamin dia masuk syurga.

  • Tuturlah kata-kata yang boleh gembirakan orang lain. Jika tidak dapat berkata yang baik maka diam lebih baik.
  • Janganlah hati kita ini keras untuk memaafkan orang lain.

  • Tidak akan sempurna didikan peradaban insan melainkan dengan tarbiyah yang dibuat oleh Baginda Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.
  • Biarlah insan yang terbina di sini adalah dari hasil didikan Rasulullah.


p/s: Such a hectic week for me and extremely tired at the moment. But I managed to write it down. Alhamdulillah. Moga bermanfaat! Next week majlis ta’lim as usual.

Post a Comment

0 Comments