Maulid Khas @ Putrajaya | 25 Nov 2019


Maulid Khas MTDM @ Putrajaya | Surau Putra Al-Amin, Putrajaya



Ustaz Hj Zakaria Othman (Pengerusi SPAA)



Cara-cara untuk kita dapat syafaat Nabi S.A.W:

  • Perbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W. Ianya suatu perintah daripada Allah S.W.T kepada kita semua. (Dalil: Al-Ahzab Ayat 56)
  • Sampaikan salam. Tidak semestinya kirimkan salam kepada rakan/saudara yang pergi ke makam Rasulullah.
  • Banyak pelajari sirah Nabi S.A.W. Ianya akan lahir perasaan kasih dan sayang kepada Rasulullah.
  • Perbanyakkan amalan sunnah. Contohnya, baca doa bangun tidur hinggalah kita baca doa tidur.
  • Sentiasalah sebutkan kepada orang lain akan perkara kebiasaan yang Rasulullah lakukan.


Di zaman ini, pelbagai dugaan yang kita hadapi, yang menguji tahap keimanan kita.

2 perkara yang perlu kita tahu:
  • Jasa dan pengorbanan Baginda S.A.W.
  • Akhlak mulia Baginda S.A.W.


Akhlak Nabi juga adalah mukjizat Baginda. Baginda tidak pernah mencela makanan yang dimakannya sepanjang hidupnya.

Berkata ulama, jika suatu makanan itu pedas, masin, pahit dsb, maka itu juga dikira sebagai mencela makanan.

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


  • Allah Taala jadikan malaikatnya untuk beribadah kepadaNya dan mencatit akan segala yang berlaku di muka bumi.
  • Allah Taala mengampunkan mereka yang bertasbih dan mengagungkan Allah, walaupun mereka punya banyak dosa.
  • Alangkah ruginya buat mereka yang ‘lari’ daripada Allah, yakni tidak mahukan pengampunan serta rahmat daripada Allah.


  • Kalau bukan kerana tunjuk ajar serta petunjuk Rasulullah, maka tiada kebaikan pun yang kita dapat melalui ibadah yang dilakukan.
  • Rasulullah adalah insan yang banyak berjasa dan tidak mampu untuk kita membalas jasanya.
  • Bukankah kerana Nabi, kita dapat pahala melalui solat?
  • Sedikit daripada apa yang kita mampu, hanyalah untuk ambil berkat daripada Baginda S.A.W. Kerana hakikatnya kita memang tak mampu nak balas jasa Rasulullah.
  • Bilamana para sahabat lakukan kesalahan maka mereka datang kepada Baginda S.A.W agar memohon ampun kepada Allah untuk mereka. Rasulullah jadi orang tengah kepada mereka.
  • Walaupun Baginda S.A.W telah wafat, Baginda masih menjadi rahmat kepada kita semua.
  • Sayang Nabi kepada kita lebih daripada sayang kita kepada diri kita sendiri.


  • Syafaat: Orang tengah yang mendatangkan manfaat/menolak mudarat daripada orang lain.
  • Barangsiapa yang beri syafaat yang baik, maka diberi ganjaran pahala oleh Allah.
  • Orang yang mengangkat kesusahan orang lain di dunia maka akan diangkat kesusahannya di akhirat nanti.


  • Celakalah orang yang tidak melihat wajah aku di akhirat nanti. Iaitu orang yang bilamana dengar nama aku tapi tidak berselawat kepadaku.
  • Bagaimana kita nak jawab soalan Munkar Nakir jika kita tak kenal Rasulullah di dunia?
  • Rahmat terbesar diberikan oleh Allah S.W.T kepada Baginda Rasulullah S.A.W yakni pemberi syafaat kepada manusia di akhirat.
  • Ada 3 tempat di mana manusia tidak akan ingat satu sama lain di akhirat:
    • Sirat (jambatan)
    • Mizan (timbangan)
    • Ketika ambil kitab dari tangan kanan atau tangan kiri


  • 2 perkara untuk dapatkan syafaat Nabi:
    • Sentiasalah jadi syafaat (orang tengah) kepada orang lain dalam berbuat ketaatan kepada Allah atau dalam kebaikan.
    • Membaca doa selepas azan. Dalam hadis Nabi dinyatakan:
    • Barangsiapa yang mendengar azan dan berdoa – Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan – maka wajib baginya syafaatku pada hari kiamat.

Wallahualam. 
p/s: Fyi, start next week Jalsah Isnin dah pindah ke Yayasan Tawfiq, Sg Penchala KL. Rasa sedih pula dah tak sambung pengajian at Putrajaya. Terima kasih atas segala curahan ilmu.

Post a Comment

0 Comments