MTDM | 1 Nov 2019

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa


Tafsir Quran (Surah Al-A'raf: 155-156)

Ayat 155
  • Perbahasan yang lalu, diceritakan keingkaran Bani Israel cipta lembu sebagai patung sembahan.
  • Masa Nabi Musa tiada selama 40 hari, Nabi Harun ditugaskan untuk jaga Bani Israel ketika itu.
  • Bani Israel beri ancaman. Jika Nabi Harun halang mereka sembah lembu buatan, maka mereka akan bunuh Nabi Harun.
  • Bilamana mampu ubah dengan tangan, cegah perkara mungkar dengan tangan. Jika tak mampu, gunakan lisan untuk cegah ia. Jika tak mampu juga, maka cegah dengan hati. Sesungguhnya cegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman.
  • Nabi Harun pun tak mampu halang mereka kerana mereka nak bunuh Nabi Harun (ancaman nyawa).
  • Nabi Musa pilih 70 orang pengikut mewakili kaum masing-masing untuk bertaubat kepada Allah.
  • Kalau dosa itu dosa kecil, dosa itu boleh dihapuskan dengan buat perkara baik.
  • Tapi jika ianya dosa besar, tidak lain hanyalah taubat yang mampu menghapuskannya.
  • Buatlah perbuatan baik untuk menghapuskan perbuatan yang tidak baik. Hal ini terkait dengan dosa kecil.
  • Yang mengajak kepada kebaikan adalah sama ganjarannya dengan yang berbuat baik.
  • Setiap perbuatan dosa yang dilakukan perlu dihapuskan. Terkadang dengan perbuatan amal soleh. Ada juga dengan cara bertaubat kepada Allah.
  • Jika ianya dosa besar, maka perlunya bertaubat kepada Allah.
  • Oleh sebab itu, Nabi Musa panggil 70 orang wakil dari setiap kabilah untuk bertaubat kepada Allah.
  • Dengan adanya taubat, ianya suatu anugerah dari Allah kepada orang yang berdosa. Orang yang berdosa pun diberi rahmat oleh Allah.
  • Rahmat Allah juga diberikan walaupun kepada orang yang berdosa. Jika mereka tak dapat anugerah taubat, bagaimana mereka nak hapuskan dosa mereka?
  • Tidak boleh ada keraguan dalam hati, jika seseorang nak bertaubat, jangan pernah terfikir, “Eh, Allah ampunkan ke tak ya dosa aku?”
  • Orang yang berdosa itu sebelum dia bertaubat, dia diberi ilham dahulu daripada Allah untuk bertaubat. Dan pada masa yang sama, tidak boleh kita mempermainkan taubat.
  • Bani Israel ketika itu ramai. Maka diambil setiap wakil mereka, diajak oleh Nabi Musa untuk bertaubat kepada Allah.
  • Ketika berlaku goncangan, Nabi Musa ketika itu risau terhadap mereka (Bani Israel). Dan mereka pula minta Nabi Musa untuk melihat Allah.
  • Selepas itu Allah matikan mereka dengan asbab kedegilan mereka.
  • Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami?
  • Janganlah melihat sesuatu ujian dari Allah itu dengan perspektif yang negatif.
  • Dan Nabi Musa merayu kepada Allah: "Oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun."
  • Seseorang itu tak dapat kebaikan melainkan dihapuskan segala dosanya.

Ayat 156
  • "Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
  • Sesungguhnya rahmat (kebaikan dunia akhirat) itu hanya tetap diberikan kepada orang yang bertaqwa sahaja.

Tausiyah Istimewa (Syeikh Mustafa Al Nadwi)
  • Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang-orang yang mengasihi (orang lain) akan pasti dikasihi oleh Allah yakni Ar-Rahman (Maha Pengasih). Kasihilah kamu semua akan sesiapa sahaja yang di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh (Allah) yang menguasai langit."
  • Berkata Nabi S.A.W kepada Saidina Muadz bin Jabal mafhumnya: Sesungguhnya aku mencintaimu. Setelah mengatakan demikian, Rasulullah bersabda kembali, “Aku berpesan kepadamu wahai Muadz: Jangan sampai kamu meninggalkan setiap selesai melaksanakan solat supaya membaca:


اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َعِÙ†ِّÙŠ عَÙ„َÙ‰ ذِÙƒْرِÙƒَ ÙˆَØ´ُÙƒْرِÙƒَ ÙˆَØ­ُسْÙ†ِ عِبَادَتِÙƒَ
Maksudnya: “Ya Allah, semoga Engkau memberi pertolongan kepada kami untuk selalu ingat (berzikir) kepada-Mu, syukur kepada-Mu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu."

  • Umat ini telah mewarisi Nabi S.A.W 2 perkara penting:
    • Warisan rahmat
    • Warisan mahabbah (kasih sayang)
  • Menjadi tema dalam setiap langkah perjuangan Nabi S.A.W. Biasanya ketika perjuangan sahabat-sahabat Nabi, mereka amalkan warisan ini.

  • Mudah-mudahan kita semua dapat mencintai Baginda Rasulullah S.A.W melebihi dari segalanya. Moga dengan asbab ini kita dikumpulkan bersama dengan Baginda Rasulullah di akhirat in shaa Allah.

Wallahualam. 
7 days left to Maulid Akbar 1441H. Let’s make it count!

Post a Comment

0 Comments