MTDM | 22 Nov 2019

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa



Tafsir Quran (Surah Al-A'raf: 158-160)

Ayat 158

  • Sebaik baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.
  • Ayat ini ditujukan kepada semua manusia.
  • Rasulullah diutus untuk umat manusia seluruhnya, bukan untuk Orang Arab sahaja.
  • Perkara yang didapat oleh Baginda Rasulullah, yang tidak diberi oleh nabi/rasul sebelumnya: Diutuskan untuk semua umat manusia.
  • Masyarakat Arab ketika itu dengar pesanan Nabi S.A.W
  • Seseorang itu bilamana kenalkan dirinya, jika hanya sebut nama sahaja tapi tak sebut jawatan, maka orang yang dengar itu tidak mudah tertarik perhatiannya.
  • Namun jika disebut jawatannya sekali, maka biasanya orang yang dengar akan tertarik. (Inni Rasulullah: Aku ini utusan dari Allah)
  • Sesungguhnya Nabi S.A.W adalah utusan Allah, untuk menarik perhatian kepada masyarakat Arab.
  • Baginda bersabda: Tidak ada orang Yahudi dan Nasrani, yang mendengar cerita tentang aku namun tidak beriman, melainkan Allah akan campakkan mereka ke dalam api neraka.
  • Risalah Rasulullah ini bukan hanya manusia sahaja, tetapi termasuk juga golongan jin.
  • Jin pun ada sebahagian yang baca kitab Taurat dan kitab Al-Quran, jin juga berdakwah sesama golongan jin.
  • Menunjukkan bahawa risalah Nabi S.A.W juga diimani oleh golongan jin.


  • "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi.”
  • Apa kaitannya? Supaya tidak mudah untuk manusia mendakwa yang Al-Quran ini tidak relevan di zaman sekarang. Allah lebih tahu penduduk bumi pada zaman itu, pada zaman sebelumnya dan pada zaman yang akan datang.
  • Risalah yang dibawa oleh Rasulullah RELEVAN dari zamannya hingga zaman sekarang.
  • Tidak boleh dipisahkan antara akal dan wahyu/nas dalam Al-Quran.


Ayat 159
  • Tidak boleh seseorang menghukum semua orang tidak baik, jika ada sebahagian daripada mereka yang baik dan menegakkan kebenaran.
  • Ada sebahagian ahli kitab sebelum zaman Baginda S.A.W, yang beriman kepada Baginda, tetapi ramai daripada mereka yang tidak beriman.


Ayat 160
  • Bani Israel: Keturunan Nabi Yaakub.
  • Anak kepada 12 orang anak Nabi Yaakub dinamakan sebagai Bani Israel.
  • Nabi Musa bawa kabilah Bani Israel dan masuk ke Baitulmaqdis.
  • Lalu mereka enggan nak ikut Nabi Musa, dan berkata: Wahai Nabi Musa, kamu pergilah berperang bersama Tuhan kamu, kami tunggu sini. Kalau dah menang beritahukan kepada kami.
  • Betapa kurang ajarnya mereka sehingga dihukum oleh Allah selama 40 tahun dan diharamkan untuk masuk ke Baitulmaqdis.
  • Kubur Nabi Musa berhampiran dengan tanah Baitulmaqdis, jaraknya sejauh melempar batu.


  • Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air.
  • Bani Israel minta Nabi Musa berdoa kepada Allah, supaya turunkan air.
  • Keluarnya 12 mata air, supaya mereka (Bani Israel) tidak bergaduh sesama mereka. Lalu mereka pun minum dalam keadaan kehausan.


  • Dan Kami (Allah) naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa".
  • Mann dan Salwa: Makanan yang siap dimakan. As-Salwa maksudnya burung.
  • Allah masih beri rahmat kepada Bani Israel meskipun mereka dihukum oleh Allah.
  • Selepas mereka dapat makanan dari atas, mereka minta lagi kepada Nabi Musa, supaya tumbuhkan makanan daripada bumi.
  • Menggambarkan sifat mereka yang rakus dan tamak.
  • Syeikh Mutawalli As-Sya’rawi membahaskan sifat Bani Israel: Makanan yang turun dari langit kepada mereka ini, setiap malam mereka risau, takut besok hari tiada makanan lagi yang turun untuk mereka.

  • Semoga Allah lindungi kita daripada menzalimi diri kita sendiri. Ameen Allahumma Ameen.


Riyadhus Solihin (Penekanan Kewajipan Zakat)

Hadis #4

  • Hadis ini perlu difahami dengan sebenarnya. Pemahaman yang benar maka tindakan susulannya juga menjadi benar.
  • Menghukum kepada sesuatu adalah hasil daripada persepsi seseorang.
  • Contoh: Kita nampak cawan berisi air warna kuning. Kalau kita bayangkan itu wiski, maka itu dianggap wiski. Jika kita bayangkan itu jus apple, maka itu dianggap jus apple. Yang dilihat sama tapi hukum masing-masing berbeza. Ianya bergantung kepada tanggapan/persepsi seseorang dengan apa yang dilihat.
  • Memahami nas Quran itu, tidak boleh dibaca hanya sepotong tapi diabaikan sebahagian yang lain. Fahamilah secara keseluruhan.


Hadis #5




  • Orang yang enggan keluarkan zakat kerana kedekut, maka dia adalah fasiq.
  • Ianya sama hukum dengan orang yang tak solat kerana malas.
  • Dalam hadis ini, golongan yang disebutkan itu menafikan kewajipan zakat.
  • Golongan ini menganggap kewajipan zakat ini hanya pada zaman Rasulullah sahaja, sehingga diperangi mereka ini oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
  • Orang yang menjadikan kitab sebagai gurunya, maka kesalahannya lebih banyak daripada kebenarannya.


Syarah Hadis Jibril (Mahabbah – Berkasih Sayang)




Mahabbah ada dua:
  • Cinta fitrah (Naluri semulajadi) – Tabi’i. Contoh: Cinta kepada orang yang berbuat baik kepadanya, cinta anak kepada ibu bapanya, cinta suami isteri, cinta harta dsb.
  • Cinta daripada amalan dan usaha untuk dapatkannya – Taklifi. Contoh: Cinta kepada Allah dan Rasul.
Jika bertembung cinta tabi’i dan cinta taklifi, maka utamakan cinta taklifi.



3 perkara jika ada pada seseorang, maka akan mendapat kemanisan iman:
  • Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya.
  • Cinta kepada saudaranya semata-mata kerana Allah.
  • Enggan untuk kembali kepada kekufuran sepertimana enggannya dia dicampakkan ke dalam api neraka.




Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali-‘Imran: 31)

3 perkara untuk meraih cinta Allah:
  • Berusaha untuk mendapat cinta Allah, seperti ikut Nabi S.A.W.
  • Banyak minta kepada Allah, cinta daripada Allah.
  • Istiqamah berbuat yang wajib dan tambahkan amalan sunat.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments