Ustaz Fuad
- Habib Syech pernah berkata: Kecintaan kita kepada Allah bergantung kepada kepedulian kita kepada Baginda Rasulullah S.A.W.
- Persoalannya, bagaimana bentuk kepedulian kita kepada Baginda S.A.W?
- Antaranya ialah:
- Berselawat kepada Nabi S.A.W.
- Berakhlak dengan akhlak Muhammadiyah (akhlak seperti Baginda S.A.W) Jaga tutur kata sesama keluarga, jiran tetangga dan kaum kerabat.
- Lakukan sunnah Baginda S.A.W. Bermula dengan sunnah yang kecil. Contoh: Beri salam, lemparkan senyuman.
- Tanamkan rasa keprihatinan kita kepada umat manusia. Perlunya sifat mahu tolong-menolong kepada orang lain serta sentiasa fikirkan nasib yang menimpa orang lain yang dalam kesukaran, supaya kebaikan itu dapat disebarkan.
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
- Dalam hadis Qudsi Allah berfirman, Aku (Allah) dekat kepada hamba yang sentiasa menyebut namaKu.
- Pentingnya untuk gunakan umur kita dengan melakukan amal baik.
- Sebelum ini kita lalui bulan Rabiulawal. Dan sudah tentu ilmu yang kita dapat dikongsikan kepada keluarga kita.
- Adanya majlis zikir/majlis ilmu akan diangkat bala oleh Allah S.W.T.
- Manfaat yang perlu diambil daripada majlis ilmu/zikir, iaitu ambillah ilmu walaupun sedikit.
- Orang yang mengambil ilmu adalah orang yang beruntung.
- Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W bersabda, “Islam datang dalam keadaan yang asing, akan kembali pula dalam keadaan asing. Sungguh beruntunglah orang yang asing.”
- Pena diangkat daripada 3 golongan:
- Orang yang masih kecil hingga dia baligh.
- Orang yang tidur hingga dia terbangun.
- Orang yang gila hingga dia berakal.
- Diutusnya Rasulullah adalah untuk mendidik akal, hati dan tubuh badan kepada umat manusia.
- Rasulullah diutus untuk mendidik akal fikiran manusia.
- Sabda Nabi S.A.W maksudnya: Allah akan berikan cahaya kepada wajah seseorang yang mendengar percakapan aku, memahaminya dengan akal dan menyampaikannya.
- Akal adalah bahagian daripada objek yang dididik oleh Rasulullah. Jika akal tidak dididik dengan wahyu dan hanya berdasarkan logik, maka ianya umpama berjalan dalam kegelapan.
- Tidak sepatutnya seseorang menilai orang lain hanya pada satu sudut sahaja. Lihatlah seseorang secara keseluruhannya. Lihatlah apa kebaikan yang dia lakukan.
- Contoh: Kalau orang yang sudah meninggal dunia, tidak boleh untuk kita ceritakan benda yang tak baik. Ceritalah perkara yang baik sahaja.
- Bilamana ada orang soleh di sekitar kita, maka perlulah kita mendatangi orang soleh tersebut. Ambillah segala ilmu dan manfaat daripada mereka.
- Berhati-hatilah kita dalam berkawan. Jika lingkungan kita baik, maka baiklah kita. Dan begitu juga sebaliknya.
- Bukanlah setiap apa yang kita lihat dan apa yang kita fikir menjadi satu dakwaan/tuduhan untuk menilai seseorang.
- Disyariatkan kepada kita untuk sentiasa bersangka baik kepada Allah dan bersangka baik kepada orang lain.
- Mudahnya zaman kita sekarang, manusia terus ambil sesuatu bulat-bulat lalu menghukum dan sebarkan kepada semua orang.
- Persepsi adalah penilaian seseorang yang tidak bernas, melainkan dengan pembuktian yang sahih dan benar. Tidaklah terus menghukum seseorang tanpa dibuktikan sama ada berita itu benar atau tidak.
- Keseimbangan dalam membuat penilaian itu amat perlu. Lihatlah aspek positifnya sekali dan tidaklah melihat aspek negatifnya sahaja.
- Moga Allah sinari hati kita untuk menimbang suatu perkara dengan penilaian yang benar.
- Moga Allah bimbing perjalanan hidup kita menuju kepada Allah.
- Moga Allah golongkan kita bersama orang-orang yang soleh dan ampunkan segala dosa-dosa kita. Ameen Allahumma Ameen.
Wallahualam.



0 Comments