MTDM | 13 Dec 2019

Habib Najmuddin bin Othman Al Khered | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa



Tafsir Quran (Surah Al-A'raf: 167-170)

Ayat 167
  • Ayat ini adalah rentetan daripada Bani Israel yang mempunyai sifat-sifat yang buruk, yang pada akhirnya Allah S.W.T berikan hukuman kepada mereka.
  • Apa sebabnya? Tidak bertaubat, degil dan tidak mahu terima kebenaran.
  • Allah kirimkan kepada mereka (orang-orang Yahudi) akan seksaan dan kesusahan yang telah jadi satu kepastian daripada Allah.
  • Walaupun mereka sudah banyak lihat nikmat kurniaan Allah, tapi merekalah juga orang yang kuat menentang para Nabi.
  • Bilamana perintah daripada para Nabi tak ikut selera mereka, maka mereka melawan, hingga sampai satu tahap mereka akan bunuh para Nabi.
  • Lalu diutus oleh Allah para Nabi yang seterusnya, perkara yang sama juga dilakukan oleh orang Yahudi.


  • Salah satu larangan yang Allah tetapkan untuk Bani Israel: Tak boleh tangkap ikan pada hari Sabtu. Namun mereka melawan juga. Lalu Allah tukarkan mereka jadi kera yang hina.
  • Ketika Nabi Musa terima perintah dari Allah untuk pukul tongkatnya, maka Nabi Musa terus lakukannya. Menunjukkan bilamana sampainya perintah daripada Allah maka teruslah buat tanpa kita banyak soal.
  • Diceritakan kisah umat terdahulu untuk jadi pengajaran buat kita yang hidup pada hari ini supaya kita tak ikut perangai mereka.
  • Memang kita sudah dapat nikmat Islam, tetapi kalau kita degil dengan perintah Allah dan langgar segala larangan Allah maka sifat kita itu sama saja dengan perangai orang Yahudi.


  • Allah perintahkan Nabi Musa dan umatnya untuk masuk ke Baitulmaqdis yang ketika itu diperintah oleh golongan Jabbarin (makhluk yang ganas, besar dan kasar).
  • Bilamana Nabi Musa ajak mereka masuk, maka mereka berkata: “Kalau kamu nak masuk, kamu dan Tuhan kamu saja yang pergi masuk sana dan perangi mereka.”
  • Dengan perangai mereka itu, maka Allah turunkan kepada mereka akan kesusahan selama 40 hari.


  • Nabi Musa berdoa kepada Allah agar dimatikan di Baitulmaqdis. Bilamana beliau tak dapat masuk ke Baitulmaqdis maka beliau minta dimatikan sejauh balingan batu dengan Baitulmaqdis (sangat dekat dengan Baitulmaqdis).
  • Berharap untuk mati di tempat yang mulia, adalah salah satu sunnah para anbiya.
  • Dalil lain: Saidina Abu Bakar & Saidina Umar ingin dikuburkan dekat dengan makam Rasulullah.
  • Yang akan berlaku nanti di akhir zaman, kaum muslimin akan berkumpul untuk membunuh kaum Yahudi.

  • Jika mereka itu bertaubat, maka sungguh Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
  • Salah seorang daripada golongan Yahudi yang masuk Islam di zaman Rasulullah ialah Abdullah bin Salam.
  • Beliau dulunya seorang pendita Yahudi dan orang yang paling banyak ilmu daripada golongan Yahudi.
  • Salah satu daripada 3 soalan yang beliau tanyakan kepada Nabi S.A.W: Makanan pertama yang akan dimakan oleh ahli syurga? Lalu Nabi S.A.W menjawab: Hati ikan paus.


Ayat 168
  • Berlaku perpecahan dalam golongan Yahudi, dan jadinya puak-puak yang bertebaran di serata dunia.
  • Al-Quds (Baitulmaqdis) dulu sering bertukar-tukar pemerintahan antaranya kerajaan Rom, Parsi dan sebagainya.
  • Lalu bilamana Salahuddin Al-Ayubi tawan semula Al-Quds maka beliau jemput semula kaum Yahudi masuk namun mereka tetap melawan Islam.

  • Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. Dan Allah uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).
  • Allah uji mereka sebagai tarbiah kepada kita semua.
  • Kata Nabi S.A.W: “Orang yang paling berat ujiannya adalah para anbiya.”
  • Bilamana kita tidak diuji oleh Allah, khuatir kita adalah orang yang paling jauh daripada Allah dan tidak dikasihi oleh Allah.
  • Dalil peristiwa: Firaun diberikan nikmat kurniaan yang melimpah ruah sehingga beliau mengaku dirinya Tuhan. Nauzubillah.


Ayat 169
  • Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat).
  • Dalam ayat ini disebutkan, Kholfuun: Pengganti yang buruk/jahat. Jika pengganti itu pengganti yang baik maka disebut Kholafuun. Hebatnya Bahasa Arab ini.


  • Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: "Akan diampunkan kelak dosa kami." Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi.
  • Sifat ini biasa ada pada kita iaitu suka tangguh-tangguh taubat.
  • 3 syarat taubat:
    • Tidak mengulangi perbuatan maksiat.
    • Berazam tinggalkan maksiat.
    • Menyesal akan perbuatan maksiatnya.

Kata Nabi S.A.W: Bukanlah kemiskinan yang aku takutkan atas kalian. Akan tetapi yang aku takutkan atas kalian adalah apabila dunia dibentangkan atas kalian seperti yang telah dibentangkan kepada orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian berlumba-lumba mendapatkannya seperti yang mereka lakukan dan harta itu membinasakan seperti yang telah membinasakan mereka.”


Ayat 170
  • Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).
  • Menunjukkan amalan yang paling utama adalah solat! Solat adalah penghubung utama seorang hamba kepada Allah.
  • Allah tidak mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan.
  • Tiada istilah RUGI daripada orang yang berbuat kebaikan kerana balasannya dan ganjarannya diberi oleh Allah.
  • Mudah-mudahan Allah golongkan kita dalam orang yang baik dan suka berbuat kebaikan. Ameen.


Riyadhus Solihin (Kewajipan Puasa di Bulan Ramadhan)


  • Orang beriman yang sebenar adalah orang yang cepat menyahut perintah Allah.
  • Salah satu daripada objektif puasa adalah untuk jadi hamba yang bertaqwa kepada Allah.
  • Salah satu kelaziman para anbiya adalah berpuasa.


  • Dalam Hadis Qudsi Allah berfirman: “Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa, sebab ia hanyalah untukku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran padanya secara langsung.”
  • Kita renungkan semula, adakah selama kita berpuasa ini ada cacat atau ada kurang?
  • Para ulama biasanya persiapkan diri seawal 6 bulan sebelum Ramadhan.


  • Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi.
  • Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan:
    • Kegembiraan ketika dia berbuka puasa.
    • Kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.


Syarah Hadis Jibril (Mengingati Mati)

  • Anjuran utama untuk kita sentiasa ingat mati.
  • Dalam kita seronok-seronok dengan dunia, maka ingat-ingatlah selalu akan kematian.




  • Saidina Uthman bin Affan, bilamana diceritakan tentang neraka dan azab, beliau tak menangis. Tapi bilamana cerita tentang kubur, beliau menangis.
  • Maka sahabat bertanya, kenapa kamu menangis? Maka beliau menjawab: Bilamana selamat di kubur maka selamatlah seterusnya dan jika sebaliknya maka akan buruklah seterusnya.



  • Kita ini adalah calon ahli kubur dan sudah pasti kita akan jadi ahli kubur suatu hari nanti.
  • Nak cahaya dalam kubur? Maka banyakkan solat malam.
  • Nak dilapangkan kubur? Maka banyakkanlah tolong orang lain.
  • Mudah-mudahan Allah rahmati kita ketika kita jadi ahli kubur kelak dan mendapatkan Husnul Khatimah. Ameen.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments