Habib Ali
Zaenal Abidin Al-Hamid | Pertubuhan Tawfiq, Sg Penchala KL
Mukhtasar
Sahih Bukhari (Karangan Imam Zabidi)
Bab
Zakat
- Setelah wafatnya Rasulullah (pada tahun 11 Hijrah bersamaan 12 Rabiulawal – setelah waktu fajar), pada saat itu beberapa kejadian berlaku. Salah satunya adalah perbincangan di Bani Saqifah bagi mewarisi perjuangan Nabi S.A.W.
- Kaum Ansar masa itu ingin lantik Saad bin Ubadah. Perbincangan juga dihadiri oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
- Disebut di dalam Al-Quran, Allah Taala menamakan golongan Muhajirin dengan gelaran Sodiqun.
- Maka ketika itu golongan Ansar akhirnya berbaiah dan bersama dengan golongan Muhajirin.
- Lalu Saidina Abu Bakar akhirnya menjadi pemimpin kaum muslimin – mewarisi perjuangan Rasulullah.
- Kejadian lain yang berlaku adalah adanya orang yang mengaku Nabi.
- Selain daripada Musailamah Al-Kazab, Aswad al-Anasi juga salah seorang individu yang mengaku dirinya Nabi ketika itu.
- Fitnah seperti enggan membayar zakat juga berlaku.
- Fitnah ini menyebabkan ketegasan kaum muslimin bagi memerangi golongan yang enggan bayar zakat dan orang yang mengaku Nabi.
- Kafir dari segi bahasa ialah TERTUTUP.
Kafir ini terbahagi kepada 4 bahagian:
- Harbi: Orang kafir yang memerangi umat Islam.
- Zimmi/Zimmah: Orang kafir yang duduk di tempat yang diperintah oleh orang Islam. Dan mereka dikehendaki untuk bayar jizyah.
- Muahad: Orang kafir yang ada perjanjian damai dengan orang Islam untuk tidak saling bertengkar satu sama lain.
- Muamman: Orang kafir yang dilindungi oleh seorang kaum muslimin. Contoh peristiwa: Ummu Hani memberi perlindungan kepada seorang kaum musyrikin.
- Jika seseorang itu tinggalkan salah satu daripada 5 rukun Islam, kita kena lihat apa sebab/motif dia tinggalkan rukun tersebut.
- Orang yang enggan keluarkan zakat kerana JAHIL atau KEDEKUT, maka digolongkan sebagai FASIQ.
- Orang yang enggan keluarkan zakat kerana DIKATAKAN IANYA TIDAK WAJIB, maka digolongkan sebagai KAFIR/MURTAD. Golongan inilah yang diperangi oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika pemerintahannya.
Bab
Dosa Orang Yang Tidak Membayar Zakat
Pelbagai
macam keadaan akan berlaku di akhirat:
- Orang yang bayar riba: Dinampak seperti orang kena rasuk
- Ulama yang gilakan habuan dunia dan tidak ikhlas: Akan digunting bibirnya daripada gunting daripada api neraka.
- Pendakwah yang mencegah perkara mungkar tapi dia buat kemungkaran itu: Akan dipusing-pusing orang itu seperti keldai yang sedang haluskan gandum dan isi perutnya terkeluar.
Apakah ancaman di akhirat bagi orang yang enggan bayar zakat?
- Jika disuruh dikeluarkan unta, maka akan dipijak-pijak oleh unta sebanyak mana unta yang dimilikinya di dunia selama 50000 tahun.
- Jika disuruh dikeluarkan kambing, maka akan ditanduk-tanduk oleh kambingnya sebanyak mana kambing yang dimilikinya di dunia selama 50000 tahun.
- Dalam hadis yang lain disebutkan, orang yang enggan bayar zakat akan diletakkan seperti papan dari api neraka di pinggangnya.
- Moga Allah pelihara kita semua dari azab api nerakaNya.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Kalau kamu melihat orang bakhil menjadi ikutan, atau hawa nafsu jadi ikutan ramai, atau hal dunia menjadi keutamaan daripada hal akhirat, atau kamu melihat seseorang yang bangga dengan pendapatnya sendiri (merasa dirinya betul sentiasa), maka jagalah diri kamu daripadanya. Kerana setelah itu akan berlakunya fitnah yang lebih dahsyat. Orang yang beramal kepada agama adalah umpama orang yang memegang bara api. Orang yang beramal di zaman fitnah ganjarannya 50 kali ganda daripada kamu."
Lalu para sahabat bertanya, “Kamu” itu siapa? Adakah ianya kami semua atau orang yang beriman di zaman fitnah itu?
Maka Rasulullah S.A.W menjawab, kamu semua (para sahabat).
Orang
yang beramal (berpegang pada agama yang benar) di zaman fitnah ini (bilamana 4
fitnah tersebut berlaku) adalah 50 kali ganda ganjaran para sahabat.
(Surah Ali-Imran: Ayat 180)
Wallahualam.



0 Comments