Majlis Ta'lim Darul Murtadza | 10 Jan 2020


Ustaz Bashir Mohamed Al-Azhari | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa


Tafsir Quran (Surah Al-A'raf: 180-186)

Ayat 180
  • Yang dapat menentukan kesudahan seseorang itu hanyalah Allah.
  • Diceritakan pada ayat sebelumnya (179), ramai manusia dan jin dimasukkan dalam neraka Allah.
  • Menurut ASWJ, segala ciptaan di atas muka bumi ini, tidak ada sesuatu pun yang terkeluar daripada ilmu dan aturan Allah.
  • Jin dan manusia adalah 2 makhluk istimewa yang diciptakan Allah dengan menjadi mukallaf (diberi tanggungjawab untuk laksanakan syariat Allah).
  • Allah berikan dalil dan tanda-tanda kebesaranNya kepada manusia dan jin. Bukan bermakna Allah menghendaki manusia dan jin masuk ke dalam neraka.
  • Allah juga kurniakan kepada mereka PILIHAN, sama ada ingin taat kepada Allah atau tidak. Supaya mereka juga mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.


  • Asma ul-Husna: Nama-nama Allah yang terlalu baik.
  • Bilangan Asma ul-Husna hakikatnya tidak terhitung. Hanya Allah sahaja yang tahu bilangannya.
  • Menurut Nabi S.A.W, Allah ada 99 nama. Tidak hanya terbatas pada 99 nama sahaja. Sebaliknya Nabi S.A.W memudahkan kita dengan menyusun 99 nama Allah ini untuk kita baca dalam berdoa.
  • Dianjurkan untuk kita berdoa dengan menyebut Asma ul-Husna.


  • Asma ul-Husna menunjukkan sempurnanya sifat ketuhanan Allah.
  • Sebutlah nama-nama Allah dalam doa sesuai dengan permintaan kita. Contohnya – jika ingin dimurahkan rezeki, maka sebutlah Ya Rahman Ya Rahim.


  • Ayat ini ditujukan kepada golongan musyrikin, iaitu mereka gunakan Asma ul-Husna untuk dinamakan kepada berhala-berhala mereka.
  • Nama-nama Allah ini adalah bersifat at-thauqif (sesuatu yang diputuskan sendiri oleh Allah).


Ayat 181
  • Daripada sekian ramai manusia dan jin masuk dalam neraka seperti yang disebutkan dalam Ayat 179, namun ramai juga daripada mereka masuk ke dalam syurga Allah.
  • Disebutkan ramai di kalangan mereka masuk neraka, bukan bermakna bilangan manusia dan jin yang masuk syurga itu sedikit.
  • Dalam ayat ini, disebutkan ada satu umat yang beri petunjuk dengan kebenaran. Kalimat (ummatun) dalam ayat ini ada 2 maksud – pertama adalah suatu kelompok, kedua adalah seorang individu sahaja.
  • Di sini menunjukkan betapa istimewanya umat Nabi S.A.W kerana terhimpunnya segala macam kebaikan.


  • Yang mewarisi perjuangan Nabi S.A.W adalah yang terpilih dalam mengikuti manhaj Nabi S.A.W iaitu para sahabat, para ulama dan para tabi’in.
  • Agama ini tidak akan tersebar di muka bumi melainkan para sahabat pergi ke setiap pelusuk dunia sebagai duta kepada Rasulullah serta menjadi penyebab orang lain mendapat cahaya Allah.
  • Contohnya – Nabi S.A.W utuskan Saidina Muadz ke Yaman. Saidina Malik bin Dinar diutuskan oleh Nabi S.A.W untuk berdakwah di India.
  • Lalu mereka menjadi orang yang adil dalam melaksanakan kebenaran dengan berbekalkan petunjuk daripada Allah Taala.


Ayat 182
  • Bukti kebenaran Allah disebutkan ada 2 aspek:
  • Ayatul Kauniyyah: Yang boleh dilihat secara zahir di sekeliling. Contoh – melihat bagaimana langit boleh berdiri tanpa tiang, turunnya hujan dari langit, penciptaan planet, bintang, bulan, matahari yang tidak berlanggar antara satu sama lain dsb. Tidaklah semua ini berlaku kecuali ditadbir oleh Tuhan Yang Satu.
  • Ayatul Quraniyyah: Dengan membacakan ayat-ayat Allah dalam Al-Quran.


  • Orang yang mendustakan Ayatul Quraniyyah adalah yang mendustakan juga Ayatul Kauniyyah. Bermakna mereka menolak kebenaran secara total.
  • Ketika mereka kufur dan bermaksiat kepada Allah, Allah masih kurniakan nikmat kepada mereka. Ianya dipanggil sebagai ISTIDRAJ. Bermaksud setiap pemberian daripada Allah kepada mereka dengan tujuan untuk melalaikan lagi mereka dan menjadikan mereka lagi jauh dari kebenaran.
  • ISTIDRAJ juga berlaku kepada orang yang beriman. Contohnya – seseorang yang beriman melakukan maksiat kepada Allah namun masih diberi kesihatan, makin banyak harta, makin naik pangkat dan makin ramai pengikut dsb.
  • Jika sebelum ini kita pernah bermaksiat kepadaNya, maka berhati-hatilah bila kita dapat nikmat daripada Allah. Segeralah kita berisitghfar dan bertaubat kepada Allah.


Ayat 183
  • Disebutkan dalam ayat ini – Allah berikan tempoh kepada mereka, bermaksud bahawa Allah panjangkan umur dan nikmat mereka (orang yang mendustakan ayat-ayat Allah).


Ayat 184
  • Baginda S.A.W mempunyai akal dan akhlak yang begitu baik. Baiknya akhlak Nabi S.A.W diiktiraf oleh orang kafir Quraisy sehingga digelar sebagai Al-Amin.


Ayat 185
  • Bukankah sepatutnya mereka (yang mendustakan ayat Allah) melihat daripada apa yang Allah ciptakan di langit dan bumi, dan memikirkan bahawa dekatnya ajal kebinasaan mereka.
  • Allah ingin tunjukkan kepada mereka bahawa adanya hari akhirat. Bila-bila sahaja tibanya ajal mereka. Lalu pada ayat apa lagi sesudah turunnya ayat-ayat Allah mereka mahu beriman?


Ayat 186
  • Bukanlah Allah ciptakan manusia lalu terus menyesatkan mereka. Hakikatnya Allah kurniakan akal kepada mereka, serta tunjukkan jalan kebenaran. Akan tetapi mereka (yang kufur) itu tetap pilih jalan yang sesat, maka sampai bila-bila pun mereka tidak dapat diberi hidayah oleh Allah.
  • Dan Allah terus membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan yang nyata.


Conclusion
Mudah-mudahan Allah matikan kita dalam keadaan husnul khatimah. Ameen.



Riyadhus Solihin (Bab Larangan Mendahului Ramadhan dengan Berpuasa Sesudah Pertengahan Syaaban Kecuali bagi Orang yang Biasa Berpuasa Isnin Khamis)


  • Merujuk kepada hari syak (30 Syaaban), maksudnya belum lagi ditentukan masuknya bulan Ramadhan.
  • Pendapat jumhur ulama Mazhab Syafie bahawa berpuasa pada hari syak adalah HARAM.
  • Hikmah pengharaman ini supaya seseorang tidaklah berniat puasa Ramadhan sedangkan anak bulan Ramadhan belum lagi kelihatan.
  • Niat puasa Ramadhan perlulah bersifat jazam – berniat puasa Ramadhan pada waktu kita yakin bahawa sudah tiba bulan Ramadhan.



Dibolehkan berpuasa pada hari syak kepada golongan berikut:
  • Orang yang dah terbiasa puasa sunat Isnin Khamis.
  • Orang yang terus berpuasa dari Nisfu Syaaban hinggalah 30 Syaaban.
  • Orang yang qada puasanya.



Syarah Hadis Jibril (Bab Tanda-Tanda Kiamat)




  • Tanda kiamat terbahagi kepada 2 bahagian, salah satunya adalah kiamat kecil.
  • Disebutkan oleh para ulama, hampir 85 tanda-tanda kiamat kecil.
  • Dalam hadis Nabi disebutkan 2 tanda sahaja:

Seorang ibu melahirkan tuannya
  • Mafhum muwafaqah (maksud konkrit / tersurat): Anak derhaka kepada ibu bapa.
  • Mafhum mukhalafah (abstrak / ada maksud tersirat disebaliknya): Rosaknya rumahtangga dengan adanya ibu bapa yang derhaka kepada Allah, dan lahirnya selepas itu anak yang derhaka pula kepada mereka.


Orang miskin berlumba-lumba buat bangunan tinggi
  • Menunjukkan rosaknya masyarakat.
  • Bilamana rosaknya institusi keluarga dan masyarakat, ianya menjadi penyebab kepada segala kucar kacir yang berlaku pada zaman kita sekarang.
  • Jika kita tahu ini penyebabnya, maka perbetulkan institusi keluarga (di dalam rumah kita terlebih dahulu) agar terjaga juga institusi masyarakat, yakni ketika di luar rumah.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments