Majlis Ta'lim Darul Murtadza | 17 Jan 2020


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa




Tafsir Quran (Surah Al-A'raf: 187-192)

Ayat 187

  • Soalan ini disampaikan oleh beberapa golongan – ada yang mengatakan ianya ahli kitab. Ada juga mengatakan mereka itu ahli Quraisy.
  • Mereka yang bertanya itu sudah tahu jawapannya. Cuma mereka ingin menguji Nabi S.A.W – tidak lain hanya untuk melemahkan Nabi S.A.W.
  • Contoh peristiwa lain: Kaum musyrikin minta Nabi S.A.W naik ke langit dan turunkan kitab kepada mereka.
  • Terkadang seseorang bertanya itu, mereka memang tak tahu, dan ada juga yang ingin melemahkan orang yang ditanya, walhal sudah tahu apa jawapannya.


  • Sungguh yang mengetahui tentang hari kiamat hanyalah Allah.
  • Ungkapan ‘Wallahualam’ itu – bermakna seseorang itu tidak tahu jawapan. Bukannya TIADA JAWAPAN.
  • Dalam agama ini, banyak perkara yang tidak dapat dikaji melalui sains. Contoh: alam roh, alam karamah.
  • Bagi orang yang beriman, kita percaya tentang perkara yang di luar kawalan manusia – dengan asbab ada disebut dalam Al-Quran. Mana boleh kita kaji dengan sains tentang kejadian di dalam kubur.


  • Ada beberapa soalan yang jawapannya hanya Allah sahaja yang tahu. Kenapa? Supaya tidak ada sesiapapun yang boleh mendakwa semua perkara dapat diperoleh hanya dengan ilmu – untuk menunjukkan kehebatan Allah dengan sifat-sifat kesempurnaanNya.
  • Contoh dalam Al-Quran: Kalimah Alif Lam Mim, Qaaf, Nun dsb. Ahli tafsir mengatakan kalimah ini hanya Allah sahaja yang tahu.


  • Keimanan kepada hari kiamat ini bukannya kita percaya bila ianya akan terjadi. Sebaliknya kita mempercayai hari kiamat itu pasti akan terjadi – dan perlunya kita bersiap sedia menghadapinya.


Nabi S.A.W pernah bersabda: Segeralah kamu beramal sebelum datang 7 perkara ini:
  • Kemiskinan yang melupakan kamu beribadah kepada Allah.
  • Kekayaan yang menyebabkan kamu derhaka kepada Allah.
  • Masa tua yang kamu tidak mampu lagi untuk beramal.
  • Kematian yang mengejut.
  • Sakit yang melampau sehingga kamu tidak mampu beribadah.
  • Hari kiamat yang lebih dahsyat dan turunnya Dajjal.



Kiamat ada 2 bahagian: Kiamat kecil dan Kiamat besar.
Nabi S.A.W bersabda: “Seseorang yang mati itu – ianya adalah kiamat kecil bagi dirinya.”

Ayat 188

  • Adakah manusia boleh mendatangkan manfaat dan mudarat yang berlaku di sekeliling kita?
  • Manfaat dan mudarat itu tidak boleh berlaku kecuali dengan izinnya Allah Taala.


  • Hal yang ghaib ini – yang mengetahui hanyalah Allah S.W.T. Rasul pun tidak mengetahuinya melainkan Allah yang memberitahukan.
  • Contoh: Nabi S.A.W tahu bahawa akan ada banyak pencakar langit, tahu bahawa perempuan lebih ramai daripada lelaki dsb.



Ayat 189

  • Salah satu tugas yang diberikan oleh para isteri, adalah untuk menenangkan suaminya.
  • Kenapa dikatakan dalam ayat ini: “kandungan yang ringan”? Kerana ianya memerlukan proses yang perlahan (bukannya mengejut) – perlukan tempoh 9 bulan 10 hari.



Ayat 190

Ketika diberikan zuriat yang baik kepada satu pasangan, lalu mereka ini berikan nama anaknya yang menyekutukan Allah. Contoh: Nama anak sepatutnya Abdullah tapi diberikan nama Abdul Harits.

Ayat 191

Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?

Ayat 192

Dan sesungguhnya benda-benda itu tidak dapat menolong mereka, dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri.



Riyadhus Solihin (Doa Ketika Melihat Hilal)




  • Hilal: anak bulan.
  • Dalam hadis ini dimaksudkan dengan melihat anak bulan Ramadhan.
  • Dalam hadis ini menunjukkan kita diajar untuk mengingati Allah – salah satu caranya adalah berinteraksi dengan alam sekeliling.


(Keutamaan Makan Sahur)

Hadis 1

Hadis 2


Hadis 3


  • Waktu sahur itu masuk ketika pertengahan malam. Dan sahur ini bukannya atas dasar mengenyangkan perut semata-mata – tetapi waktu sahur itu ada keberkatannya kerana waktu ini perlunya untuk bermunajat kepada Allah.
  • Waktu imsak itu adalah waktu selesainya sahur hingga terbit fajar.
  • Digalakkan seseorang berhenti makan dan minum di waktu imsak – untuk tujuan berjaga-jaga.
  • Tempoh waktu imsak: kira-kira 10 minit atau panjang 50 ayat (seperti yang disebut dalam hadis 3).


Pembacaan Kitab Tuhfatul Ahbab (Habib Ahmad bin Shihab)



  • Jadilah kamu semua orang yang berpengetahuan dan hendaklah kamu ambil berat dalam melaksanakan kewajipan kepada Allah.
  • Kamu mesti mengetahui apa yang makruh dalam solat. Jika kamu tidak tahu, maka hendaklah kamu bertanya kepada orang yang berilmu.
  • Seorang yang alim itu kalau ditanya oleh orang yang jahil, wajibnya orang alim itu menjelaskan kepada orang jahil itu dan tidak boleh mengolok-oloknya.
  • Rakyat itu adalah satu amanah bagi para pemimpin dan para ulama. Maka marilah kita sama-sama menegakkan kebenaran dengan menyampaikan perkara yang benar dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan antara kita dengan Allah dan antara kita dengan manusia. Ketahuilah bahawasanya Allah Taala Maha Mengetahui akan segala perbuatan kita.



p/s: Untuk pembacaan kitab Tuhfatul Ahbab, tak sempat nak jot down semua points. Anyway moga bermanfaat buat semua.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments