Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid |
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa
Tafsir
Quran (Surah Al-A'raf: 193 - 199)
Ayat
193
- Berbicara tentang kaum musyrikin.
- Syirik adalah satu bahagian daripada macam-macam kekufuran.
- Kafir ada beberapa macam: Orang yang tak percaya Tuhan (Ateis), ianya kafir. Tapi bukannya musyrik (syirik).
- Contoh syirik: Sembah api, sembah matahari, sembah kubur dll.
- Bermulanya syirik di Mekah adalah wujudnya patung berhala.
- Dahulu Bani Israel, bilamana salah satu Nabi mereka meninggal, maka mereka akan buat patung yang sama wajahnya dengan Nabi mereka.
- Berubah patung itu jadi sembahan berhala, disebabkan naluri mereka bilamana tidak didasari dengan iman dan ilmu yang benar.
- Kita diajar bilamana berdialog dengan golongan musyrikin, bukannya suka-suka kita berdialog – ianya ada caranya dan kaedahnya.
- Asas berdialog itu adalah mencari kebenaran.
- Imam As-Syafie pernah berkata: Saya berharap dalam berdialog, saya menemui kebenaran daripada musuh saya.
- Berdialog dengan golongan musyrikin bermula dengan konteks aqidah – pastikan mereka kenal Allah dahulu.
- Kita sepakat dengan asas & prinsip dahulu – baru kita boleh bahas hukum hakam dalam agama.
- Jika orang bukan Islam yang tidak percaya Tuhan (tidak percaya bahawa Tuhan itu Satu), maka berbahaslah dengan mereka daripada hasil logik.
Ayat
194
- Jika akal ini dimonopoli oleh hawa nafsu, maka akal pun tidak boleh berfikir waras.
- Ketika Nabi Ibrahim memenggal patung berhala, sepatutnya patung berhala itu boleh menolong dirinya. Tapi ianya tidak berlaku.
- Patung berhala: Tidak boleh menciptakan dirinya, tidak boleh selamatkan diri, tidak boleh menciptakan sesuatu. Namun kenapa kaum musyrikin masih sembah patung berhala itu?
- Ayat ini dianjurkan untuk kita berfikir.
- Sesungguhnya yang disembah itu (berhala) adalah HAMBA seperti manusia juga.
- “Jika ianya (berhala) boleh perkenankan hajat kamu, cubalah panggil ia.” Tidak boleh bergerak pun berhala itu, tapi mereka (musyrikin) tetap sembah berhala itu.
Ayat
195
- Allah berikan tamsilan (perumpamaan) dalam ayat ini.
- Kenapa disebut tubuh badan manusia (kaki, tangan, mata, telinga) pada sembahan berhala?
- Kerana itulah anggota badan yang ada pada manusia untuk bergerak bagi elak mudarat.
Ilmu
ada 3 jenis:
- Daruri: Ilmu yang dapat dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga atau daripada anggota badan yang lain.
- Nadhari: Ilmu yang disimpulkan hasil daripada orang berfikir. Contoh: Orang bertafakkur tentang graviti bumi seperti Newton Law.
- Wahbi/Ladunni: Ilmu yang istimewa diberi oleh Allah kepada seseorang.
Allah
mencabar kaum musyrikin untuk lakukan tipu daya (lawanlah Allah), dan disuruh
kepada mereka untuk panggil berhala-berhala itu untuk melakukannya.
Ayat
196
- Berapa kali kaum musyrikin rancang ingin bunuh Nabi S.A.W tapi tak berjaya?
- Katakanlah wahai Muhammad: Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah turunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan.
- Bermacam-macam sirah Nabi yang diceritakan (seperti peristiwa sebelum Hijrah Nabi, Nabi bermalam di Gua Thur dll.), semuanya mendapat pertolongan daripada Allah.
- Pertolongan demi pertolongan yang Allah turunkan kepada Nabi S.A.W – disebabkan kerana Nabi perjuangkan agama Allah.
- Bukan hanya kepada Nabi sahaja, tapi juga kepada orang-orang soleh - agar supaya seseorang ketika dalam berdakwah, meyakini akan adanya pertolongan Allah. Jika mereka tidak yakin, maka pastinya ada something wrong dengan keimanan mereka.
Kitab
Riyadhus Solihin (Bab Keutamaan untuk Segera Berbuka Puasa)
Hadis
1
Hadis
2
Hadis
3
Hadis
4
Hadis
5
Hadis
6
- Berbicara tentang sunnah-sunnah berpuasa.
- Puasa: Meninggalkan segala perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
- Adanya rukun, syarat, sunnah, perkara makruh dan perkara yang membatalkan puasa – hendaklah setiap Muslim itu mengetahui akan semua ini.
- Tidaklah dikatakan segera dalam berbuka, dia solat dahulu – melainkan dia berbuka dahulu sebelum pergi solat.
- Maksud segera berbuka ini adalah DENGAN TERBENAMNYA MATAHARI.
- Segera dalam berbuka ini, tidak hanya terhad kepada puasa Ramadhan saja, malah termasuk juga puasa qada, puasa sunat dll.
- Meninggalkan perkara yang sunnah dalam berpuasa, hukumnya makruh.
- Waktu puasa itu dari TERBIT FAJAR hingga TERBENAM MATAHARI. Bukannya MASUK AZAN SUBUH DAN MASUKNYA AZAN MAGHRIB sepertimana yang difahami sebahagian orang. Azan itu hanya suatu petanda sahaja.
- Terbenam matahari itu tanda bermulanya waktu malam.
- Sunnah berbuka puasa dengan rutob (kurma basah). Jika tiada, maka dengan kurma (kurma kering). Jika tiada, maka dengan air. Jika tiada, berbukalah dengan benda-benda manis (contoh: madu atau makanan-makanan yang manis).
Kitab
Syarah Hadis Jibril (Tanda-Tanda Kiamat)

- Kiamat adalah perkara yang terkait dengan aqidah dan keimanan. Maka wajib ia diimani dan dipercayai walaupun ianya nampak dahsyat dan pelik.
- Kalimat “pemimpin kamu” itu, merujuk kepada Imam al-Mahdi.
- Ada disebutkan dalam hadis Nabi, berlakunya perubahan zaman dan keadaannya lebih teruk dan dahsyat.
- Setelah berlakunya kezaliman, maka hadirnya Imam Mahdi untuk tegakkan keadilan.
Mudah-mudahan
Allah Taala matikan kita dalam keadaan Husnul Khatimah. Dan dilindungi oleh
Allah daripada fitnah dunia. Ameen Allahumma Ameen.
Wallahualam.











0 Comments