Maulid Bulanan Masjid Al-Falah USJ 9 | 14 Jan 2020





Habib Nael bin Taher



Dalam Kitab Risalah Qusyairiyyah, disebutkan satu hadis Rasulullah S.A.W yang bersabda: "Perkara yang paling aku takut menimpa kepada umatku adalah mengikuti hawa nafsu, dan panjang angan-angan."

  • Mengikuti hawa nafsu akan menjadi sebab terhalangnya dari jalan kebenaran.
  • Manakala panjang angan-angan pula akan membuatkan dia lupa kepada akhirat.





Salah satu cara untuk dapat melepasi ujian ini adalah: jadilah kamu Muslih, dan bukan sahaja orang soleh. Sesungguhnya kata para salafus soleh, "Satu orang Muslih lebih afdhal dari seribu orang soleh."

  • Muslih adalah seseorang yang menjadi sebab penyeru kebaikan, mengingatkan orang lain kepada Allah, walaupun dirimu masih penuh dengan kekurangan.


  • Setiap kali kita hadir majlis ilmu, ambillah ilmu dan peringatan untuk kita sebarkan kepada orang lain - untuk diri kita, keluarga kita, anak-anak dan sahabat-sahabat kita.
  • Barangsiapa yang ingatkan keluarganya, itupun akan tertulis sebagai seorang pendakwah di jalan Allah Taala.


  • Janganlah tunggu sampai kita ini jadi orang baik, barulah kita nak ingatkan orang lain kepada Allah.
  • Gunakanlah segala kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk menjadi sebab kepada kebaikan orang lain.
  • Sesungguhnya orang yang soleh adalah dia sentiasa mengingatkan orang lain kepada Allah saat di hati tetap merasa dirinya penuh kekurangan dan dosa.





Wallahu'alam. Kindly share buat yang tersayang!

Post a Comment

0 Comments