- Rasulullah S.A.W bersabda: "Hendaklah kalian selalu berlaku jujur, kerana kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan menghantarkan seseorang ke syurga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, kerana dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan menghantarkan seseorang ke neraka. Dan jika seseorang sentiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta (pembohong).” - HR Bukhari & Muslim.
- Allah berfirman: "Inilah hari (Qiamat) yang (padanya) orang-orang yang jujur mendapat manfaat dari kejujuran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang mengalirnya sungai sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha kepada mereka dan mereka pula redha kepada Allah. Itulah kejayaan yang amat besar". (Surah Maidah : 119)
- Imam Abu Hasan As-Syazili berkata : "Sekecil atom dari amalannya hati, lebih afdhal daripada bergunung dari amalannya jasad."
- Berkata Guru Mulia Habib Umar Ben Hafidz: "Orang yang ikhlas tidak akan miliki sifat riya', sedangkan orang yang jujur pula tidak akan miliki sifat 'ujub."
- Berusahalah di setiap keadaan dan amalan untuk ikhlas dan jujur, di setiap majlis, di setiap solat, di setiap doa dan di setiap perkara baik - kerana dua sifat itu jika dilakukan dengan penuh semangat akan menyampaikan kita kepada Allah SWT.
Wallahu'alam.






0 Comments