MTDM | 27 Dec 2019


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa



Tafsir Quran (Surah Al-A'raf: 179)

Apakah kesilapan manusia dan jin sehingga dicampakkan ke dalam neraka dengan jumlah yang ramai?
  1. Mereka ada hati tapi tidak mahu memahami. Diberi akal fikiran, lalu dihantarkan Rasul dan diberi Al-Quran tapi tidak menggunakannya dengan betul dan tidak mahu beriman.
  2. Mereka punya mata namun tidak mahu menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah Taala.
  3. Mereka ada telinga namun tidak mahu mendengar untuk memahami.


  • Di sini Allah Taala menyebut 3 jenis anggota – hati, mata dan telinga.
  • Hati ini umpama rumah. Pintunya adalah mata dan telinga. Dua anggota ini menjadi laluan utama kepada hati.
  • Apa yang kita dengar dan lihat, maka itulah yang akan masuk ke dalam rumah kita iaitu hati. Barangsiapa yang menjaga kedua-duanya maka dia akan diberikan kemanisan iman di dalam hati.
  • Bilamana tergelincir melihat atau mendengar perkara yang haram, maka segeralah beristighfar, mohon ampun kepada Allah.


Kitab Riyadhus Solihin (Bab Memperbanyak Amal di Bulan Ramadhan terutama 10 Malam Terakhir)

  • Hadis-hadis ini menganjurkan kepada kita untuk perbanyakkan amal di musim yang subur dengan pahala.
  • Dalam kehidupan seharian adanya persiapan tertentu – contohnya jika musim sejuk maka sediakan jaket tebal, kayu api dsb. Demikian juga musim panas, musim cuti dan jika musim ‘sale’ pun orang buat persiapan untuk menghadapinya.
  • Maka Allah Taala memberi peluang buat hamba-hambaNya untuk memperbanyakkan amal.


  • Rasulullah S.A.W bermujahadah di bulan Ramadhan lebih daripada bulan-bulan yang lain. Tapi kalau 10 Ramadhan yang terakhir, Nabi S.A.W bermujahadah lebih lagi.
  • Ini bermakna bahawa Nabi S.A.W mengambil peluang daripada pemberian Allah Taala, oleh kerana pemberiannya terlalu banyak maka amalnya pun juga banyak.


  • Bilamana masuk sahaja 10 malam terakhir Ramadhan, maka Baginda S.A.W melebihkan ibadahnya dan juga berkongsi kebaikan bersama ahli keluarga.
  • Di sini kita mengambil berat tentang keluarga – ertinya janganlah berbuat baik sorang-sorang, ajaklah ahli keluarga juga bersama-sama beribadah.
  • Ajak keluarga untuk berzikir, betahajjud dan berbuat kebaikan. Sesungguhnya yang mengajak akan dapat berlipat kali ganda dan dia melaksanakan tanggungjawab kepada keluarganya.
  • Tanggungjawab itu bukanlah hanya nafkah makan semata-mata, tapi juga mengajar untuk melakukan kebaikan. Itu juga bahagian daripada tanggungjawab kepada keluarga.

Kitab Syarah Hadis Jibril (Bab Tanda-Tanda Kiamat)

Ada beberapa hikmah/sebab besar kenapa Allah Taala sembunyikan waktu hari kiamat, antaranya:
  • Untuk menunjukkan ‘independence’ Allah sehingga tiada siapa pun yang berkongsi dengan Allah tentang bilanya waktu kiamat berlaku. Tiada manusia yang tahu, meskipun para malaikat dan para Anbiya pun tidak tahu bila terjadinya kiamat. Di sini Allah ingin tunjukkan keagungan ilmuNya.
  • Supaya kita segera beramal. Kiamat terbahagi kepada 2 bahagian. Kiamat kecil – iaitu ajal. Dan kiamat besar – hari kehancuran yakni hari kiamat itu sendiri. Bilamana seseorang meninggal dunia, bagi orang itu sudah sampai kiamat kecilnya sebab dia sudah tidak boleh lagi beramal. Kiamat yang kecil dan besar – kedua-duanya pun hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Orang yang meyakini hari kiamat maka dia akan bersedia dengan bekalan amal soleh.


Perkongsian Ilmu (Syed Muhammad bin Hassan As-Saggaf)

  • Kehadiran kita di sini (majlis ilmu) adalah untuk merespon akan seruan Allah Taala untuk hadir ke tempat sebegini untuk dianugerahkan oleh Allah akan ‘kehidupan’ yang sebenar.
  • Ada ahli syair menyebutkan – majlis ilmu ini tiada tandingannya daripada melakukan kebaikan kerana terlalu banyak kemuliaan yang tidak terdapat pada amal baik yang lainnya, namun ada pada majlis ilmu seperti ini.
  • Hadir ke majlis ilmu seperti ini, jiwa akan tenteram, hati akan tenang dan mendapatkan rahmat besar serta dijanjikan darjat yang tinggi oleh Allah Taala.
Badi’ al-Zaman pernah berkata:
  • “Ilmu ini tidak boleh dicari dengan tidur. Dan ianya bukan mudah didapat. Dan ianya bukan hanya sekadar diungkap melalui lisan. Tetapi ilmu itu adalah umpama pokok yang tidak akan tumbuh kecuali dengan ditanam di dalam hati dan jiwa.”


Wallahualam.

Source: @darulmurtadza

Post a Comment

0 Comments