Majlis Ta'lim Darul Murtadza | 14 Feb 2020

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa


Tafsir Quran (Surah Al-Anfal: Ayat 1-3)

Ayat 1

  • Al Quran, panduan sepanjang hayat manusia.
  • Contohnya: dalam bab keluarga, berniaga, hak terhadap jiran, cara mendidik anak dsb.
  • Surah Al-Anfal bermaksud harta rampasan perang.
  • Semua surah dalam Al-Quran ada kalimah Bismillah kecuali Surah At-Taubah.
  • Berkata Imam Syafie: Bismillah dikira sebagai ayat pertama pada Surah Al-Fatihah. Manakala Bismillah dikira ayat pembuka pada surah-surah yang lain.
  • Kenapa Surah At-Taubah tiada Bismillah?
    • Sebab ayat pertama surah itu menceritakan tentang murka Allah.
    • Sedangkan makna Bismillah itu menunjukkan sifat rahmat Allah Taala.
    • Maka ianya tidak sesuai digandingkan sifat rahmat Allah dan murka Allah.


  • Al-Anfal diturunkan di Madinah (disebut sebagai Surah Madaniyyah) iaitu surah yang turun selepas peristiwa Hijrah Nabi S.A.W.
  • Seruan jihad tidak wajib sehinggalah pada tahun ke-2 Hijrah, barulah diwajibkan jihad.
  • Diceritakan tentang harta rampasan perang, dahulunya ada perselisihan tentang agihan harta Ghanimah (rampasan perang).
  • Pada syariat yang terdahulu, orang Islam tidak boleh ambil harta orang kafir. Namun ianya dibolehkan pada syariat Nabi S.A.W.


  • Islam mengambil berat tentang isu kemanusiaan (human rights).
  • Sampainya cahaya Islam, maka kaum wanita dibela dan dijaga haknya.
  • Rasulullah menyuruh agar berbuat ihsan (baik) kepada para tawanan perang.
  • Ianya menunjukkan agama Islam adalah agam yang menjaga hak kemanusiaan.


  • Bilamana di medan perang kita diajar dalam Islam untuk:
    • Tidak musnahkan rumah ibadat.
    • Tidak membunuh orang awam, perempuan, kanak-kanak, orang tua dan orang yang tidak memegang senjata.
    • Tidak mencantas pohon-pohon yang ada di sekitarnya.
  • Lalu bagaimana pula perang zaman kita sekarang? Kononnya perjuangkan HUMAN RIGHTS tapi letak bom merata tempat tanpa fikirkan orang lain. Ini bukan HUMAN RIGHTS, ini FIRAUN RIGHTS!

  • Ada 5 keistimewaan yang Allah kurniakan kepada aku (Nabi S.A.W) yang tiada pada nabi-nabi sebelumnya:
    • Musuh perang akan takut kepadaku selama 1 bulan.
    • Seluruh bumi ini adalah tempat sujud dan tanah ini semuanya bersih untuk tayammum.
    • Dihalalkan harta rampasan perang.
    • Aku mampu berikan syafaat (pertolongan).
    • Nabi-nabi sebelumnya diutuskan untuk kaum yang khusus manakala aku diutuskan untuk seluruh manusia.


  • 3 jenis harta rampasan perang:
    • Ghanimah - Harta rampasan hasil dari berlakunya peperangan.
    • Al-Fai - Harta rampasan yang diperoleh tanpa berlaku peperangan.
    • Al-Nafl - Harta yang dikumpulkan/diperoleh daripada panglima perang sebelum diagihkan kepada tenteranya.
  • Diceritakan dalam ayat ini, harta rampasan perang adalah milik Allah & Rasul. Maka terpulang kepada Allah & RasulNya untuk menentukan.
  • Menunjukkan bahawa perlunya ketaatan 100% kepada Allah & Rasul meskipun arahannya/perintahnya tidak masuk akal.




Ayat 2 & 3

5 kriteria orang beriman:
  • Bilamana disebut nama Allah maka mereka merasa takut.
  • Bila dibaca ayatNya maka gementar hatinya.
  • Bila dibaca ayatNya maka bertambah imannya.
  • Mendirikan solat.
  • Mendermakan sebahagian rezeki kurniaanNya.


Iman ada 3 kategori:
  • Para Nabi - iman mereka SEMAKIN BERTAMBAH, TIDAK BERKURANG.
  • Malaikat - iman mereka TIDAK BERTAMBAH ATAUPUN BERKURANG (Constant).
  • Jin & Manusia - iman mereka BERTAMBAH DAN BERKURANG. Dan bertambah atau berkurangnya iman bergantung pada amalannya.


Kenapa disebutkan zikir ini membuatkan orang takut dan juga tenang? Yang mana satu sebenarnya? Jadi takut atau tenang? Jawapannya adalah KEDUA-DUANYA.
Sebab apa?
  • Bilamana yang berzikir itu ORANG YANG BANYAK BUAT SALAH, maka zikirnya itu menjadikan dirinya takut kerana khuatir akan hukuman yang Allah berikan kepada orang yang derhaka.
  • Bilamana yang berzikir itu ialah ORANG YANG TAAT, maka zikirnya itu menjadikan dirinya itu tenang kerana dia yakin dia tidak berbuat dosa kepada Allah.

Tetapi ada orang yang taat yang sebut nama Allah, tapi masih rasa TAKUT! Kenapa pula begitu?
  • Kerana takut mereka tidak dapat melaksanakan hak Allah tepat pada waktunya.
Ini adalah level orang yang rapat dengan Allah.
Ahli hikmah ada mengatakan: "Perbuatan baik golongan Abrar umpama perbuatan jahat golongan Muqarrabin."



Sabda Nabi S.A.W: "Perbaharuilah iman kamu." Lalu para sahabat bertanya, "Bagaimana mahu perbaharuinya?" Maka Nabi S.A.W menjawab, "iaitu perbanyakkanlah mengucap Ù„اَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ."



Disebut berkenaan Tawakkal: Bermaksud menjadikan Allah sebagai wakil dalam sesuatu perkara.


Syeikh Mutawalli As-Syarawi pernah berkata: Menjadi kekeliruan besar kepada seseorang yang bertawakkal yang tidak MENGAMBIL SEBAB. Contohnya: Orang tak mahu bekerja. Apa sebabnya? Kita tawakal kepada Allah kerana Allah Maha Pemberi Rezeki. Kata Syeikh Mutawalli As-Syarawi lagi, cuba letakkan makanan, ada daging kambing di situ, kita ambil dengan tangan dan biarkan saja, jangan masuk ke dalam mulut. Adakah makanan itu akan lompat sendiri masuk dalam mulut?



Riyadhus Solihin (Bab Keutamaan Berpuasa Bulan Muharram, Syaaban & Bulan-Bulan Yang Dimuliakan)



  • Diletakkan keberkatan dalam ibadah pada tempat dan masa.
  • Contoh pada tempat: Pahala orang yang solat di Masjidil Haram & Masjid Nabawi adalah lebih besar berbanding solat di masjid-masjid lain.
  • Contoh pada masa: Sedekah di bulan Ramadhan lebih besar pahalanya berbandingkan dengan sedekah di bulan-bulan lain.
  • Sentiasalah bersederhana dalam beribadah. Jangan sampai melampau - iaitu melebihi daripada batas kemampuan diri.



Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments