Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid |
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa
Tafsir
Quran (Surah Al-A'raf: 199 - 206)
Ayat
199
- Erti Al-Afwa yang pertama adalah At-Taisir (kemudahan). Bilamana ianya bererti kemudahan, maka Allah perintahkan kepada Nabi S.A.W untuk ambil yang mudah.
- Menunjukkan agama ini sudah mudah dan tak boleh menyusahkan diri dalam melaksanakan urusan agama.
- “Allah berkehendak kepada kamu kemudahan, dan tidak mahu kepada kamu kesusahan.”
- Contoh dalam syariat agama:
- Kewajipan solat yang asalnya 50 rakaat jadi 5 rakaat.
- Bila dalam solat tidak mampu berdiri, maka dibolehkan duduk atau berbaring.
- Perlaksanaan Haji hanya wajib 1 kali sepanjang hayat.
- Dilarang untuk seseorang menyusahkan diri dalam beribadah atau dalam urusan agama.
- Nabi S.A.W pernah bersabda: “Ajarkan yang mudah dan jangan mengajarkan yang susah.”
- Semua perkara dalam agama ini sudahpun MUDAH. Maka jangan pula kita MEMUDAH-MUDAHKAN LAGI (meremehkan hal agama).
- “Allah tidak membebankan manusia lebih daripada kemampuan seseorang.”
- Adakah logik bahawa Allah menciptakan manusia, Allah ciptakan akal fikiran untuk manusia, Allah kurniakan nikmat agama yang prinsipnya mudah - tetapi Allah menghukum seseorang lebih daripada kemampuan manusia?
- Erti Al-Afwa ke-2: Disedekahkan harta yang lebih kepada orang lain.
- Erti Al-Afwa ke-3: Perkara yang ada pada akhlak manusia.
- Hal yang baik pada orang - maka ambil. Hal yang tidak baik pada orang - maka maafkan.
- Erti Al-Afwa ke-4: Ambil sifat maaf.
- Dalam ayat ini, Nabi S.A.W bertanya kepada Jibril berkenaan dengan maksud Khuzil-Afwa (ambil sifat maaf) – maka Jibril bertanya kepada Allah.
- Tanyalah sesuatu perkara kepada orang yang pakar dalam bidangnya.
- Maka Jibril pergi bertanya kepada Allah, maka Allah menjawab:
- Maafkan orang zalim kepada kamu, sambung semula tali silaturahim dan memberi kepada orang yang tidak memberi kepada kamu.
- Dalam agama kita ini, diajarkan kepada kita untuk membezakan perkara baik dan buruk. Pentingnya untuk kita mengetahuinya supaya kita tidak terpancing yakni mengikut perangai yang sama dengan musuh kita.
- Bilamana orang berbuat baik maka kita balas dengan lebih baik. Yang berbuat jahat maka kita balaslah dengan kebaikan.
- Kata Syeikh Abu Bakar Al-Idrus: Perumpamaan orang sufi ini umpama tanah. Apa saja yang orang lain buang di tanah ini, tetap yang ditumbuhkan ke bumi adalah perkara yang baik. Dan yang tumbuh di bumi itu maka akan dimanfaatkan.
- Tugas para anbiya dan para rasul adalah melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
- Bilamana seseorang melaksanakannya namun masih berhadapan dengan orang yang enggan menerimanya, maka berpalinglah daripada orang yang bodoh – yakni tidak melayan orang yang bodoh itu dengan kebodohan.
- Ayat ini ketika dibaca oleh Ibnu Qais di hadapan Saidina Umar, maka Saidina Umar sangat fokus (merenung) ayat itu.
- Sepatutnya seorang mukmin itu bilamana dibacakan ayat Quran maka ditadabbur (direnungkan).
- Redanya kemarahan Saidina Umar bilamana dibacakan ayat ini berulang-ulang kali oleh Ibnu Qais.
Ayat
200
- Ada sentuhan yang tidak dapat dikesan, seperti sentuhannya syaitan.
- Syaitan memainkan peranan dalam menganggu manusia.
- Sentuhan Al-Mas: Yang menyentuh dan yang disentuh tidak sedar.
- Sentuhan Al-Lamas: Yang menyentuh dan disentuh sedar.
- Bilamana seseorang diganggu oleh syaitan maka mintalah perlindungan daripada Allah.
- Al-Quran penawar kepada penyakit emosi.
- Demi Allah, seseorang kalau mahu mencari penawar dalam Al-Quran, pasti jumpa, khususnya penyakit dalaman.
- Penyakit luka di luar boleh dicari ubat luaran.
- Tapi penyakit stress, putus asa, kecewa, cemburu, iri hati, tak puas hati dengan rezeki yang Allah bagi, sombong dan sebagainya - penyakit-penyakit ini yang lebih berbahaya.
- Tiada hospital boleh bagi ubat, tapi ubatnya ada dalam Al-Quran.
4 TIPS ELAK MAKSIAT
- Ingat kepada Allah. Andai sudah tergelincir, insaf.
- Usahakan makan makanan halal. Makanan halal akan memudahkan untuk berbuat amal kebaikan kerana makanan mempunyai pengaruh terhadap diri.
- Jauhkan diri daripada lingkungan yang berbuat maksiat & perkara yang membuka ruang untuk melakukan maksiat.
- Cipta suasana yang akan memudahkan diri kita untuk berbuat taat.
Wallahualam.

0 Comments