Maulid Bulanan MTDM | 7 Feb 2020


Maulid Bulanan MTDM | Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa


Ustaz Azian Man



  • Jika tak mahu rohani kita lemah, maka makanlah makanan yang halal lagi baik. Ianya salah satu asbab buat kita dekat dengan Allah Taala.
  • Para siddiqin (orang-orang yang benar), mereka ini suka dengar ilmu. Ilmu tersebut ibarat makanan harian mereka.
  • Sesungguhnya orang yang istiqamah dengan sesuatu perkara yang baik, dan sekiranya dia sakit (contoh: tak dapat hadir ke masjid) maka para malaikat akan mendoakan kesembuhan untuknya.


Habib Mahdi Abu Bakar Al-Hamid



  • Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: “Allah Taala telah membahagikan amalan kamu sebagaimana Allah membahagikan rezeki kurniaanNya kepada kamu.”
  • Rasulullah S.A.W bersabda: "Barang siapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah SWT akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada si penuntut ilmu itu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air turut mendoakan keampunan kepada si penuntut ilmu itu."
  • Jika kita ingin Allah perkenankan hajat kita, maka hadirlah kita ke majlis ilmu/zikir seperti ini.


  • Di dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: "Seseorang yang hadir ke majlis ilmu bukan dengan niat nak ambil ilmu, maka Allah golongkan juga mereka dalam kalangan orang yang berniat untuk mengambil ilmu (yakni diberi juga kemuliaan di sisi Allah)."


  • Nabi S.A.W menyuruh Saidina Umar dan Saidina Ali untuk cari orang soleh yang tidak duduk di Mekah atau Madinah, iaitu Saidina Uwais Al-Qarni.
  • Kalau ikutkan, mereka (Saidina Umar dan Saidina Ali) adalah orang yang paling rapat dengan Rasulullah. Tapi Baginda amanahkan juga kepada mereka untuk cari seorang soleh iaitu Uwais-al-Qarni di Yaman (beliau ketika itu sangat sibuk menjaga ibunya), lalu Baginda suruh mereka memohonkan doa daripada beliau.



  • Kita sendiri tak tahu amalan yang mana satu yang boleh dekatkan diri kepada Allah. Boleh jadi amalannya nampak besar namun ianya tidak diterima Allah. Boleh jadi amalannya nampak kecil namun ianya suatu yang besar di sisi Allah. Begitu juga dengan maksiat. Mungkin saja maksiat itu kita nampak kecil namun boleh jadi ianya asbab kemurkaan Allah.
  • Adakah kita yakin doa kita dimakbulkan oleh Allah? Maka banyakkan perbaiki kualiti ibadah kita.


  • Wahai penuntut ilmu, kita perlu pada BELAJAR ILMU. Perbanyakkan mencari ilmu khususnya ilmu tasawuf, supaya kita dapat elakkan perkara yang boleh merosakkan amal ibadah kita.
  • Cuba untuk kita amalkan semua sunnah Nabi S.A.W ikut kemampuan kita walaupun kita nampak ia sunnah yang kecil.
  • Selalulah perbaiki niat kita dalam beramal. Sebahagian ahli hikmah ada mengatakan: Amalan yang nampak besar, terkadang niatnya menjadikan amalan itu kecil di sisiNya. Dan sebaliknya amalan yang nampak kecil, terkadang niatnya juga menjadikan amalan itu besar di sisiNya.


  • Bukankah kita semua nak masuk syurga dan bersama Rasulullah dalam syurga? Maka majlis ilmu inilah yang perlu kita hadir dan imarahkan selalu.
  • Moga Allah Taala golongkan kita semua dalam syurga Allah. Ameen Allahumma Ameen.


Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments